Sunday, September 30, 2012


Tuan / Puan yang dirahmati Allah s.w.t,

Para pecinta Syahid ..
Para pejuang Syeikh Ahmad Yassin
Para pemidato semangat seumpama Dr. Ar-Rantisi
Para pejuang kebenaran
Para pendokong Palestin atau Al-Quds
Di mana sahaja anda berada !
Kita tetap mempunyai Akidah yang sama !
Agama yang sama ! Kiblat Yang sama !
Jihad yang sama! Perjuangan membebaskan Al-quds
YANG SAMA ..Ayuh!


Nantikan salah seorang TOKOH AL-AQSA, Syeikh Al-Ustaz Miftahuddin Kamil dari Damansara, Selangor (berasal dari Jakarta Indonesia) ke Johor dari 3 OKTOBER 2012, Rabu sehingga 7 OKTOBER 2012, Ahad di ...
Masjid/ Surau / Pejabat Kerajaan / Sekolah terpilih untuk CERAMAH BERTAJUK "MASJID AL-AQSA DALAM BAHAYA" SEMPENA DI AMBANG AIDIL ADHA 1433H serta wasiat Tokoh paling digeruni Syeikh Al-Aqsa Raed Solah kepada umat Islam Malaysia dan seluruh dunia. Jadual akan disertakan dalam FB dan Blog AP Johor. Ikuti perkembangan aktiviti AP Johor, terutama orang Johor dan Singapura. Jangan lepaskan peluang ini !!! HIDUPKU, NYAWAKU, MATIKU, HARTAKU, MASA DAN TENAGAKU ..AKU SERAHKAN KEPADA PEMBEBASAN AL-QUDS
 
 

Thursday, September 6, 2012

Jadual Roadshow & Program Sheikh Raed Solah sepanjang berada di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.amanpalestin.net.

Syeikh Raed Solah di akhbar Harian Metro 9 September 2012

Penerangan diberikan Syeikh Raed Solah membuka mata penonton akan keadaan sebenar Masjid Al-Aqsa di Palestin. Sungguh masjid umat Islam ini boleh runtuh berikutan tindakan Zionis menggali terowong dibawah masjid itu. Berdoalah kepada Allah agar usaha mereka gagal.
Teruskan mengikuti perkembangan beliau. Layari http://www.amanpalestin.net/
Facebook Page Aman Palestin Johor : https://www.facebook.com/amanpalestinjohor

Tuesday, September 4, 2012

Jom ke Seminar Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis 2012


Seminar “Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis”
Tarikh : 8 September 2012 (Sabtu)
Masa : jam 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Auditorium D8, Parcel D, Putrajaya
Anjuran : Aman Palestin Bhd
Yuran : Dewasa (RM20) Pelajar (RM10) *tempat adalah terhad kepada 700 orang pertama sahaja

Untuk mendaftar, emailkan Nama, No Kad Pengenalan, No Telefon Bimbit & Email ke alamat sesmaz2012@yahoo.com atau hubungi Cik Amy (019-7355018).

--

Pembentangan 1- "Bahaya Zionis kepada Umat Islam"
Y.Bhg. Mejar Nadzri Musman (Perunding Aman Palestin)
Pegawai Staf Undang-Undang, Angkatan Tentera Malaysia

Pembentangan 2- "Intifadhah - Merintis Generasi Solahuddin"
Dr Zainur Rashid Zainuddin (Perunding Aman Palestin)
Dekan IMU Clinical School, International Medical University

Pembentangan 3- "Al Quds - Bumi Suci Umat Islam"
Syeikh Maulana Ihsaan Hendricks
Pengerusi, Persatuan Ulama’ Afrika Selatan
Pengerusi, Institut Al Aqsa Afrika Selatan

Pembentangan 4 (Kemuncak)- “Al-Aqsa Dalam Bahaya”
Syeikh Raed Solah
Pengerusi Pertubuhan Islam Palestin-48
Tokoh Pejuang Kebebasan Baitul Maqdis

Jangan lepaskan peluang anda berjumpa dengan tokoh al-Quds ini.

Monday, September 3, 2012

Kunjungan Syeikh Raed Solah ke Malaysia




Kunjungan Sheikh Raed Solah ke Malaysia (4 - 15 September 2012)
- Selasa, 4 September 2012 : Ketibaan di KLIA (6.30 pagi)
- Rabu, 5 September 2012 : Majlis Ramah Mesra Raed Solah Bersama Media, di Hotel De Palma, Shah Alam (10.30 pagi – 1.00 tengahari)
- Sabtu, 8 September 2012 : Seminar “Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis” di Auditorium D8, Parcel D, Putrajaya (8.00 pagi – 4.00 petang)
- Ahad, 9 September 2012 : Hi-Tea Amal bersama Raed Solah (3.00-5.30 petang) *s
ekitar Lembah Klang, akan dimaklumkan kemudian
- Sabtu, 15 September 2012 : Ceramah Perdana “Al-Aqsa Dalam Bahaya!” di Dewan Konvensyen, Shah Alam Convention Center (SACC) (7.00-10.30 malam)
- Jelajah Masjid-masjid Terpilih : Jadual tarikh, masa dan masjid akan dimakluman dari semasa ke semasa.

Kunjungan Sheikh Raed Solah Ke Malaysia dibawakan secara eksklusif oleh Aman Palestin Bhd.

Profil Lengkap Sheikh Raed Solah (Pahlawan Masjid Al-Aqsa)

NAMA PENUH : Raed Solah Silaiman Abu Shaqra Mahajna
TARIKH LAHIR : 10 November 1958
STATUS : Berkahwin | Anak: 3 Lelaki, 5 Perempuan
ALAMAT : Mantiqah Al-Markaz , Hayyu Al-Mahajna, Umm Al-Fahm, Palestin 1948
PENDIDIKAN
• 1965 – 1973 : Peringkat Rendah : Sekolah Al-Jurf (Sek. Ibnu Sina – Hagini)
• 1973 – 1976 : Peringkat Menengah : Sekolah Menengah Umm Al-Fahm

• 1977 – 1980 : Peringkat Tinggi : Kuliah Syariah, Universiti Al-Khalil (B.A Syariah)

PENCAPAIAN
• Pengasas Harakah Islamiah, Palestin 48 (Kini dikenali sebagai Israel)
• Pendakwah di peringkat negara arab dan antarabangsa
• 1980-1985 : bekerja sendiri/berniaga selepas dihalang oleh Israel daripada mengajar di sekolah
• 1989-1989 : Pengarah Majalah Bulanan As-Siroth
• 1989 : Yang Dipertua Majlis Perbandaran Umm Al-Fahm
*Ketika berumur 31 tahun telah memenangi pilihanraya dengan kemenangan 73%
*Golongan Islamis memenangi 13 daripada 15 kerusi golongan Islamis dalam pilihanraya Dewan Perbandaran
• 1989-2001 : Timbalan Pengarah, Komiti Ketua-Ketua Pihak Berkuasa Tempatan Arab (mewakili Palestin) & Timbalan Presiden, Badan Pemantau Tertinggi Penduduk Arab
• 1993 : Dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Majlis Perbandaran Umm Al-Fahm bagi penggal kedua dengan kemenangan 74%
* Golongan Islamis memenangi 13 daripada 15 kerusi golongan Islamis dalam pilihanraya Dewan Perbandaran
• 1996 : Dilantik sebagai Pengerusi Gerakan Islam, Palestin 1948*
*Kini dikenali sebagai Israel
• 1998 : Dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Majlis Perbandaran Umm Al-Fahm bagi penggal ketiga
*Golongan Islamis memenangi 13 daripada 15 kerusi golongan Islamis dalam pilihanraya Dewan Perbandaran
- Melancarkan projek kemasyarakatan yang bertujuan membina jati diri rakyat Palestin di dalam Palestin 1948
- Berjaya menentang pencerobohan Israel di dalam peristiwa ‘Ar-Rahan’ di mana tentera Israel telah menceroboh bandar Umm Al-Fahm dengan menembak dan mencederakan hampir 600 penduduk Umm Al-Fahm.
- Bersama Kesatuan Penduduk Ar-Rahan telah berjaya membebaskan sebahagian besar kawasan Ar-Rahan yang dirampas oleh Israel
• Beliau merupakan perintis utama yang mengimarahkan ‘Al-Musolla Al-Marwani’ di dalam Masjid Al-Aqsa, dan merintis Projek Memakmurkan Masjid Al-Aqsa selaku Pengerusi Institusi Al-Aqsa
• 2001 : meletak jawatan sebagai YDP Majlis Perbandaran Umm Al Fahm untuk menjadi pendakwah bebas dan memberikan tumpuan kepada mempertahankan Masjid Al-Aqsa, tanah suci dan waqaf umat Islam
• 2002 : Dilantik semula sebagai Pengerusi Harakah Islamiah, Palestin 1948 (Israel)
• 2000 hingga sekarang : Pengerusi, Majlis Tertinggi Badan Dakwah Dan Bantuan, Baitul Maqdis
• 2000 hingga sekarang : Anggota, Majlis Dakwah Dan Bantuan Islam Antarabangsa
• 2003-2005 : Dipenjarakan oleh rejim Israel selama 2 tahun disebabkan oleh Kes Tebusan Masjid Al-Aqsa




Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-89267019, atau layari www.amanpalestin.net.