Monday, October 1, 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh Tuan dan Puan yang dirahmati Allah s.w.t.


IBADAH KORBAN BERSAMA AMAN PALESTIN
"Laksanakan ibadah korban anda sambil menyumbang kepada Tabung Palestin"
** Setiap sumbangan layak mendapat pengecualian cukai. Sila dapatkan resit rasmi Aman Palestin Berhad.

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

1. Kami mengucapkan Salam Jutaan Terima Kasih kepada semua penyumbang dan pendokong Aman Palestin Alhamdulillah, sebanyak lebih 2 Juta yang telah dihantar ke Palestin hasil kutipan Ramadhan 1433H. Semoga tuan/ puan terus komited membantu kami dalam memastikan bumi Palestin dan rakyatnya terbela.

2. Untuk makluman semua, pihak Aman Palestin telah membuka penyertaan Qurban di Palestin bagi tahun 1433H.

3. Justeru, Kami mengharapkan pihak tuan/puan boleh bersama Aman Palestin dalam Ibadah Qurban pada tahun ini.
 
1. PAKEJ KORBAN DI PALESTIN
* Pelaksanaan ibadah korban di bumi Palestin, daging akan diagihkan kepada rakyat Palestin.
Harga:
1 Bahagian Lembu: RM 1400.00
1 ekor kambing: RM 1200.00
Sedekah Qurban: RM 350.00



  (Sumbangan daripada Syarikat dan berkumpulan juga boleh diterima)
 
                                
Kongsi Pahala Qurban Kita Dengan Kita Berkongsi Sumbangan Kita
 
 
 
4. Aman Palestin juga mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk zakat. (Zakat Pendapatan / Zakat Harta / Zakat Simpanan / Zakat Emas dan Perak /Fi sabilillah DLL.)

5. Sumbangan kepada Aman Palestin boleh mendapat pengecualian cukai. Nombor kelulusan pengecualian cukai Aman Palestin ialah (8.09) 248/40/7-1338 Vol.10 (SK.2)(13).

6. Sumbangan boleh dimasukkan ke salah satu daripada akaun berikut:
 Bank Islam: 12029010047880
 Maybank: 562263010787
 Bank Muamalat: 12070005133717
 RHB Islamic Bank: 21245760004907
 Bank Rakyat: 22-080-619592-2

10. Selepas sumbangan dilakukan, sila maklumkan kepada kami maklumat berikut:
  Nama penuh
  Alamat penghantaran resit
  Alamat berdaftar dengan LHDN
  No telefon bimbit
  Alamat Emel
  Jumlah sumbangan
  Tarikh & masa
  Bank

Atau boleh juga SCAN resit bank dan emelkan ke amanpalestinjohor@gmail.com. Ini amat penting bagi urusan rekod pentadbiran kami dan tujuan penghantaran dokumen berkaitan penyumbang ke LHDN.

11. Akhir sekali, kami amat berharap agar maklumat ini dapat disebarkan di alam maya kepada semua capaian emel tuan/ puan agar usaha kita membantu pembebasan Masjid Al-Aqsa ini dapat diketahui dan dibantu oleh rakan-rakan lain.

12. Kami dahului dengan ucapan terima kasih atas sumbangan dan bantuan selama ini. Hanya Allah selayak pemberi ganjaran.
 
Aman Palestin Berhad
Cawangan Johor
http://amanpalestinjohor.blogspot.com/
019-3314342
Pengurus Cawangan
Mohd Fauzi Bin Abd Hamid