Tuesday, March 19, 2013

Karnival Mahabbah IKIM.FM di Plaza Angsana, Johor Bahru

     Pada 8-10 Mac 2013 yang lalu, pihak Aman Palestin Johor telah membuka gerai di tapak Karnival Mahabbah Ikim.fm di Plaza Angsana, Johor Bharu.


     Sepanjang karnival tersebut, kami mengadakan jualan amal dan kutipan derma bagi membantu rakyat Palestin yang masih lagi ditindas di tanah air mereka.


     Alhamdulillah, ramai pengunjung karnival melawat ke gerai kami untuk membeli produk dan barangan Aman Palestin serta melihat pameran tentang isu Palestin yang telah kami sediakan.


     Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada para pengunjung yang memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk untuk membantu rakyat Palestin agar dapat menampung perbelanjaan mereka dalam menyara kehidupan di tanah suci itu.

Wednesday, March 13, 2013

Jualan Amal Sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 di SK Indahpura, Kulaijaya


     Pada 3 Mac 2013, pihak Aman Palestin Johor telah membuka jualan dan pameran di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulaijaya sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
                                 


     Kami membuka jualan di perkarangan kantin sekolah tersebut. Alhamdulillah, kami mendapat sambutan yang meriah daripada warga SK Taman Indahpura 1 dengan memberi sumbangan wang ringgit mereka ke dalam tabung yang telah disediakan, membeli barang-barang jualan seperti mafla, buku-buku dan t-shirt.



     Terdapat juga beberapa warga SK Taman Indahpura 1 tidak kira guru-guru ataupun pelajar-pelajar turut mengunjungi dan melihat pameran tentang Palestin yang telah kami sediakan. Mereka sangat gemar mengetahui tentang isu-isu Palestin yang semakin hangat diperkatan di seluruh masyarakat dunia.




     Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Sk Taman Indahpura 1 kerana sudi untuk berkunjung ke gerai kami untuk memberikan sumbangan mereka kepada rakyat Palestin dalam pelbagai bentuk seperti pembelian amal, wang ringgit dan lain-lain.





     Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput kami untuk membuka jualan dan pameran di sekolah tersebut. Kami juga mengalu-alukan pihak sekolah untuk menjemput kami mengadakan jualan dan pameran di sana pada bila-bila masa.

Jualan Amal Sempena Sambutan Maulidur Rasul di Dewan MPC Bandar Baru Uda Anjuran Persatuan Pekerja Islam Maybank

     Pihak Aman Palestin Johor sekali lagi telah mengadakan jualan amal di Bangunan MPC di Bandar Baru Uda sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Persatuan Pekerja Islam Maybank pada 2 Mac 2013.


     Sambutan tersebut bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dewan MPC. Sepanjang sambutan tersebut berlangsung, para  pengunjung turut mengambil peluang untuk mengunjungi gerai kami. Mereka membeli barang-barang seperti mafla, t-shirt dan pelekat kereta.


     Alhamdulillah kunjungan mereka ke gerai kami sangat memuaskan dan ramai antara mereka memberi sumbangan wang ringgit ke dalam tabung yang telah disediakan untuk kegunaan rakyat Palestin.

     Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung yang sudi hadir ke gerai kami untuk sama-sama membantu rakyat Palestin yang masih lagi berada dalam kesusahan dan penindasan.

Wednesday, March 6, 2013

KARNIVAL MAHABBAH IKIM.FM

Assalamualaikum w.b.t.
Kami akan membuka jualan dan pameran sempena Karnival Mahabbah IKIM FM di Plaza Angsana pada 8-10 Mac 2013 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam.
Jangan lupa untuk berkunjung ke gerai kami.
Jumpa di sana...