Tuesday, January 25, 2011

Pertemuaan dengan CEO Aman Palesin caw Gaza


19 Januari 2011, Sejarah sekali lagi terpahat pada 2011 ini kerana diadakan mesyuarat dengan CEO Aman Palestin caw Gaza Ir Omar Siyam beserta pembantunya Mansor di pejabat Aman Palestin cawangan Damansara. Perbincangan kali ini lebih berkisar keadaan terkini di Palestin khususnya Aman Palestin di Gaza.

Ini menunjukkan betapa komitmennya aman Palestin dalam menjayakan & membebaskan Al-Quds tercinta. Semua staf-staf Pusat & Pengurus setiap cawangan kecuali Sarawak hadir untuk mendengar & beramah mesra dgn Ir Omar Siyam. 

Kami juga dikejutkan dengan kehadiran Duta Aman Palestin iaitu Saudari Farah Diba, pengacara TV9. Beliau begitu optimis dan yakin dengan Aman Palestin.

Petemuaan ini berakhir pukul 5pm dan Ir Omar Siyam sendiri memberi cenderamata kepada semua yang hadir yang dia bawa sendiri daripada Gaza, Palestin dan sesi bergambar.

Car boot sale di perkarangan Masjid As Sabirin, Taman Daya

07 Januari 2011, sejarah tercipta buat Aman Palestin caw Johor kerana berjaya membuka car boot sale di perkarangan Masjid As-Sabirin, Taman Daya sempena kutipan Jumaat Masjid As-sabirin. car boot sale ini berjaya menarik perhatian kerana membeli sambil menderma.

Terima kasih kepada AJK Masjid As-Sabirin khususnya pengerusinya kerana membenarkan pihak Aman Palestin caw Johor untuk meletakkan tabung kutipan jumaat & membuka jualan amal. Mudahan kerjasama akan terus dijalinkan.

Syukran

Kunjungan hormat YDP MPJBT


6 Jan 2011, pihak Aman Palestin memberi kunjungan hormat kepada YDP MPJBT  Hj Md Fuzi bin Ahmad Shahimi untuk memperkenalkan Aman Palestin dan membincangkan bentuk-bentuk kerjasama yang boleh dibuat antara MPJBT dan Aman Palestin cawangan Johor. Pertemuan diadakan di pejabat beliau jam 9 pagi.

Respon daripada YDP sangat positif untuk kerjasama yang berpanjangan. Untuk permulaan pihak MPJBT membenarkan peletakkan tabung Palestin di kaunter MPJBT. Pertemuan berakhir dengan sesi pemberian cenderamata kepada pihak MPJBT.

Thursday, December 9, 2010

Selamat Pengantin baru kepada sukarelawan Aman Palestin Johor saudara Naim

Alhamdulillah selamat pengantin baru kepada saudara Mohd Naim b Muri Sukarelawan Aman Palestin yang banyak membantu kerja-kerja di Johor kerana memasuki gerbang rumah tangga. Akad nikah diadakan pada 26.11.2010 yang lalu bertempat di Bukit saujana, Johor Bharu.

Pihak Aman Palestin Johor ucapkan Tahniah & berbahagia ke anak cucu kepada beliau. Insyallah Pihak Aman Palestin Johor berterima kasih menyumbangkan masa & tenaga sepanjang menjadi sukarelawan. Amin

Tahniah kepada SM Arab Kota Tinggi & adik Nazrul

Pihak Aman Palestin caw Johor mengucapkan tahniah & syabas kepada SM Arab Kota Tinggi atas kejayaan kutipan Palestin Ramadah tertinggi di negeri Johor peringkat sekolah sebanyak RM3237.40. Terima kasih kepada Pengetua, guru-guru, staf & pelajar SM Arab Kota Tinggi menjayakan  kutipan utk Palestin.


Tahniah juga diucapkan kepada adik Nazrul pelajar tingkatan 2 SM Arab Kota Tinggi kerana memperoleh kutipan kad Ramadhan tertinggi peringkat pelajar negeri Johor pada Ramadhan 1431H yg lalu. Penyerahan sijil & cenderamata dilakukan oleh Pegawai Tadbir Aman Palestin Johor di Sekolah sebelum cuti sekolah yang lalu.

Insyallah kerjasama yang erat antara Aman Palestin Johor & warga SM Arab Kota Tinggi dapat diteruskan berterusan di masa hadapan.

Tuesday, November 9, 2010

Promosi Qurban di Masjid Tampoi Indah


Pada 01/11/2010 bertempat di Masjid Tampoi Indah pihak Aman Palestin cawangan Johor mengadakan ceramah Palestin serta promosi Qurban di Palestin. Pihak masjid khususnya AJK Pengurusan masjid membantu kami dalam menjayakan qurban di Palestin. Ceramah di sampaikan oleh En. Hairul & program berakhir jam 9.30malam. Insyallah Aman Palestin cawangan Johor sangat mengalu- alukan segala bentuk kerjasama agar dapat dimanfaatkan di Palestin. Bumi Israq & miqraj umat ISlam.

Promosi Qurban di SAJH Larkin

Pada 03&04.11 bertempat di SAJH Larkin, staf Aman Palestin Johor membuka booth bagi mempromosikan qurban di Palestin. Alhamdulillah staf-staf SAJH Larkin banyak menyumbang qurban mahupun sadaqah qurban di Palestin. Jumlah kutipan utk sadaqah qurban & qurban RM2000. Moga rakyat johor khususnya dapat terus menyumbang sebelum habisnya raya aidiladha. Terima kasih juga kepada Koperasi SAJ & pengurusan SAJH dalam menjayakan promosi di kalangan staf-staf SAJH