Wednesday, April 27, 2011
Anak-Anak Yatim Palestin sangat perlukan penaja-penaja di Malaysia
Alhamdulillah, segala puji milik Allah. Tuhan Pencipta Alam ini. Dengan sokongan seluruh rakyat malaysia
akhirnya Aman Palestin berjaya membuka pejabat cawangannya di Gaza. Dengan adanya pejabat Aman Palestin Berhad Cawangan Gaza dapat membantu memudahkan saluran-saluran dana dimanfaatkan bagi membantu meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin terutamanya dana yang bersifat urgensi untuk anak-anak yatim Palestin.
Anak-anak yatim Palestin sebenarnya ibarat seperti anak-anak kita yang lain di Malaysia. Keprihatinan
kita dengan menaja mereka akan membuatkan mereka terasa dihargai untuk terus mempertahankan
bumi Palestin yang dijajah oleh Zionis.
Sebenarnya, Penajaan Anak Yatim Palestin RM150 yang kita sumbangkan secara bulanan tidak mencukupi buat mereka tetapi cukuplah sekadar mengurangkan rasa perit, pedih dan sedih mereka kerana kehilangan
segala-galanya. Jika kita tidak menyokong usaha murni, siapa lagi yang boleh kita harapkan.
Anak-Anak yatim ini berani dan lantang berkata :
Kenapa kamu semua wahai muslimin dan muslimat di luar sana hanya mahu melihat kami terus terseksa
Sedangkan Israel menceroboh tanah air kami
Membakar ladang dan tanaman kami
Memusnahkan rumah-rumah kami
Merampas pekerjaan kami
Mencuri air kami
Merompak tanah kami
Dan ....
Memenjarakan ayah-ayah kami
Membunuh ibu-ibu kami
Menghancurkan masa depan kami
Menjadikan kebuluran santapan istimewa kami
Meyatimkan bayi-bayi Palestin
Meletupkan kilang-kilang, sekolah
Dan masjid kami ...
"Aina antum" - Di manakah kalian semua ?!
"Aina antum" - Di manakah kalian semua ?!
Adakah kalian sekadar melihat ?!
Sesungguhnya Allah s.w.t akan menghitung sikap berdiam diri kalian!
Tolong kami ya Allah!
Bantulah kami !!
Ya Rob . Ya Rob ...
Saturday, April 2, 2011
Skuad Aman Palestin Johor beraksi
Kota Damansara, 28/03/2011 - Aman Palestin Johor telah menerima undangan Aman Palestin Pusat
dengan melaksanakan aktiviti riadah Aman Palestin iaitu bermain futsal di salah sebuah Futsal Sport Centre
di Kota Damansara. Peristiwa yang penuh bermakna ini pasti tidak akan dilupakan oleh semua yang menyertai perlawanan persahabatan tersebut setelah berkursus pada pagi hingga petangnya.
Tuesday, January 25, 2011
Pertemuaan dengan CEO Aman Palesin caw Gaza
19 Januari 2011, Sejarah sekali lagi terpahat pada 2011 ini kerana diadakan mesyuarat dengan CEO Aman Palestin caw Gaza Ir Omar Siyam beserta pembantunya Mansor di pejabat Aman Palestin cawangan Damansara. Perbincangan kali ini lebih berkisar keadaan terkini di Palestin khususnya Aman Palestin di Gaza.
Ini menunjukkan betapa komitmennya aman Palestin dalam menjayakan & membebaskan Al-Quds tercinta. Semua staf-staf Pusat & Pengurus setiap cawangan kecuali Sarawak hadir untuk mendengar & beramah mesra dgn Ir Omar Siyam.
Kami juga dikejutkan dengan kehadiran Duta Aman Palestin iaitu Saudari Farah Diba, pengacara TV9. Beliau begitu optimis dan yakin dengan Aman Palestin.
Petemuaan ini berakhir pukul 5pm dan Ir Omar Siyam sendiri memberi cenderamata kepada semua yang hadir yang dia bawa sendiri daripada Gaza, Palestin dan sesi bergambar.
Car boot sale di perkarangan Masjid As Sabirin, Taman Daya
07 Januari 2011, sejarah tercipta buat Aman Palestin caw Johor kerana berjaya membuka car boot sale di perkarangan Masjid As-Sabirin, Taman Daya sempena kutipan Jumaat Masjid As-sabirin. car boot sale ini berjaya menarik perhatian kerana membeli sambil menderma.
Terima kasih kepada AJK Masjid As-Sabirin khususnya pengerusinya kerana membenarkan pihak Aman Palestin caw Johor untuk meletakkan tabung kutipan jumaat & membuka jualan amal. Mudahan kerjasama akan terus dijalinkan.
Syukran
Terima kasih kepada AJK Masjid As-Sabirin khususnya pengerusinya kerana membenarkan pihak Aman Palestin caw Johor untuk meletakkan tabung kutipan jumaat & membuka jualan amal. Mudahan kerjasama akan terus dijalinkan.
Syukran
Kunjungan hormat YDP MPJBT
6 Jan 2011, pihak Aman Palestin memberi kunjungan hormat kepada YDP MPJBT Hj Md Fuzi bin Ahmad Shahimi untuk memperkenalkan Aman Palestin dan membincangkan bentuk-bentuk kerjasama yang boleh dibuat antara MPJBT dan Aman Palestin cawangan Johor. Pertemuan diadakan di pejabat beliau jam 9 pagi.
Respon daripada YDP sangat positif untuk kerjasama yang berpanjangan. Untuk permulaan pihak MPJBT membenarkan peletakkan tabung Palestin di kaunter MPJBT. Pertemuan berakhir dengan sesi pemberian cenderamata kepada pihak MPJBT.
Thursday, December 9, 2010
Selamat Pengantin baru kepada sukarelawan Aman Palestin Johor saudara Naim
Alhamdulillah selamat pengantin baru kepada saudara Mohd Naim b Muri Sukarelawan Aman Palestin yang banyak membantu kerja-kerja di Johor kerana memasuki gerbang rumah tangga. Akad nikah diadakan pada 26.11.2010 yang lalu bertempat di Bukit saujana, Johor Bharu.
Pihak Aman Palestin Johor ucapkan Tahniah & berbahagia ke anak cucu kepada beliau. Insyallah Pihak Aman Palestin Johor berterima kasih menyumbangkan masa & tenaga sepanjang menjadi sukarelawan. Amin
Pihak Aman Palestin Johor ucapkan Tahniah & berbahagia ke anak cucu kepada beliau. Insyallah Pihak Aman Palestin Johor berterima kasih menyumbangkan masa & tenaga sepanjang menjadi sukarelawan. Amin
Tahniah kepada SM Arab Kota Tinggi & adik Nazrul
Pihak Aman Palestin caw Johor mengucapkan tahniah & syabas kepada SM Arab Kota Tinggi atas kejayaan kutipan Palestin Ramadah tertinggi di negeri Johor peringkat sekolah sebanyak RM3237.40. Terima kasih kepada Pengetua, guru-guru, staf & pelajar SM Arab Kota Tinggi menjayakan kutipan utk Palestin.
Tahniah juga diucapkan kepada adik Nazrul pelajar tingkatan 2 SM Arab Kota Tinggi kerana memperoleh kutipan kad Ramadhan tertinggi peringkat pelajar negeri Johor pada Ramadhan 1431H yg lalu. Penyerahan sijil & cenderamata dilakukan oleh Pegawai Tadbir Aman Palestin Johor di Sekolah sebelum cuti sekolah yang lalu.
Insyallah kerjasama yang erat antara Aman Palestin Johor & warga SM Arab Kota Tinggi dapat diteruskan berterusan di masa hadapan.
Tahniah juga diucapkan kepada adik Nazrul pelajar tingkatan 2 SM Arab Kota Tinggi kerana memperoleh kutipan kad Ramadhan tertinggi peringkat pelajar negeri Johor pada Ramadhan 1431H yg lalu. Penyerahan sijil & cenderamata dilakukan oleh Pegawai Tadbir Aman Palestin Johor di Sekolah sebelum cuti sekolah yang lalu.
Insyallah kerjasama yang erat antara Aman Palestin Johor & warga SM Arab Kota Tinggi dapat diteruskan berterusan di masa hadapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





