Tuesday, March 19, 2013

Karnival Mahabbah IKIM.FM di Plaza Angsana, Johor Bahru

     Pada 8-10 Mac 2013 yang lalu, pihak Aman Palestin Johor telah membuka gerai di tapak Karnival Mahabbah Ikim.fm di Plaza Angsana, Johor Bharu.


     Sepanjang karnival tersebut, kami mengadakan jualan amal dan kutipan derma bagi membantu rakyat Palestin yang masih lagi ditindas di tanah air mereka.


     Alhamdulillah, ramai pengunjung karnival melawat ke gerai kami untuk membeli produk dan barangan Aman Palestin serta melihat pameran tentang isu Palestin yang telah kami sediakan.


     Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada para pengunjung yang memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk untuk membantu rakyat Palestin agar dapat menampung perbelanjaan mereka dalam menyara kehidupan di tanah suci itu.

Wednesday, March 13, 2013

Jualan Amal Sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 di SK Indahpura, Kulaijaya


     Pada 3 Mac 2013, pihak Aman Palestin Johor telah membuka jualan dan pameran di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulaijaya sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
                                 


     Kami membuka jualan di perkarangan kantin sekolah tersebut. Alhamdulillah, kami mendapat sambutan yang meriah daripada warga SK Taman Indahpura 1 dengan memberi sumbangan wang ringgit mereka ke dalam tabung yang telah disediakan, membeli barang-barang jualan seperti mafla, buku-buku dan t-shirt.



     Terdapat juga beberapa warga SK Taman Indahpura 1 tidak kira guru-guru ataupun pelajar-pelajar turut mengunjungi dan melihat pameran tentang Palestin yang telah kami sediakan. Mereka sangat gemar mengetahui tentang isu-isu Palestin yang semakin hangat diperkatan di seluruh masyarakat dunia.




     Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Sk Taman Indahpura 1 kerana sudi untuk berkunjung ke gerai kami untuk memberikan sumbangan mereka kepada rakyat Palestin dalam pelbagai bentuk seperti pembelian amal, wang ringgit dan lain-lain.





     Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput kami untuk membuka jualan dan pameran di sekolah tersebut. Kami juga mengalu-alukan pihak sekolah untuk menjemput kami mengadakan jualan dan pameran di sana pada bila-bila masa.

Jualan Amal Sempena Sambutan Maulidur Rasul di Dewan MPC Bandar Baru Uda Anjuran Persatuan Pekerja Islam Maybank

     Pihak Aman Palestin Johor sekali lagi telah mengadakan jualan amal di Bangunan MPC di Bandar Baru Uda sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Persatuan Pekerja Islam Maybank pada 2 Mac 2013.


     Sambutan tersebut bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dewan MPC. Sepanjang sambutan tersebut berlangsung, para  pengunjung turut mengambil peluang untuk mengunjungi gerai kami. Mereka membeli barang-barang seperti mafla, t-shirt dan pelekat kereta.


     Alhamdulillah kunjungan mereka ke gerai kami sangat memuaskan dan ramai antara mereka memberi sumbangan wang ringgit ke dalam tabung yang telah disediakan untuk kegunaan rakyat Palestin.

     Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung yang sudi hadir ke gerai kami untuk sama-sama membantu rakyat Palestin yang masih lagi berada dalam kesusahan dan penindasan.

Wednesday, March 6, 2013

KARNIVAL MAHABBAH IKIM.FM

Assalamualaikum w.b.t.
Kami akan membuka jualan dan pameran sempena Karnival Mahabbah IKIM FM di Plaza Angsana pada 8-10 Mac 2013 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam.
Jangan lupa untuk berkunjung ke gerai kami.
Jumpa di sana...


Friday, February 22, 2013

LAWATAN MUHIBBAH PUSAT ISLAM UTM JOHOR

          Pada 20 Februari 2013, Aman Palestin Johor telah menerima kunjungan daripada pihak Pusat Islam UTM Johor Bahru sempena dengan Lawatan Muhibbah ke Aman Palestin Berhad Cawangan Johor.


           Lawatan mereka ke pejabat kami adalah untuk mengetahui serba sedikit tentang perkembangan gerak kerja Aman Palestin setakat ini dalam membantu rakyat Palestin di samping merapatkan jalinan ukhwah antara Aman Palestin Berhad dan Pusat Islam UTM Johor Bahru.


          Antara pihak Pusat Islam UTM Johor yang hadir ialah:
          1. Pengarah, Prof Madya Dr. Azhar bin Muhammad
          2. Timbalan Pengarah, Dr. Mohd Ismail bin Mustari
          3. Penolong Pengarah, Dr. Busrah binti Basiron
          4. Penolong Pendaftar Kanan, Encik Abdul Hafidz bin Muhamad Sharif
          5. Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Mahyudin Md. Sarip
                           

         Alhamdulillah sepanjang lawatan mereka di sini, kelihatan mereka amat berpuas hati dengan layanan dan maklumat yang kami berikan kepada mereka.


         Setinggi-tinggi perhargaan kami ucapkan kepada pihak Pusat Islam UTM Johor kerana sudi meluangkan masa mereka untuk berkunjung ke pejabat kami. Semoga segala maklumat yang mereka peroleh di sini menjadi satu titik tolak kepada mereka agar sentiasa membantu rakyat Palestin dalam pelbagai cara yang sesuai.


           Kami juga mengalu-alukan pihak Pusat Islam UTM Johor untuk berkunjung lagi ke pejabat kami pada bila-bila masa agar jalinan kerjasama antara dua hala ini menjadi lebih erat.

Thursday, February 14, 2013

JUALAN AMAL DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA KOTA TINGGI (SMAKT)

           Pada  8 Februari 2013,kami dijemput oleh guru daripada Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi untuk membuka gerai sempena program Sambutan Maulidur Rasul. Alhamdulillah, aktiviti jualan berjalan lancar seiring program Sambutan Maulidur Rasul.
                                         
                                         

                                          

    Kami berasa gembira kerana ramai pengunjung telah datang ke 'booth' kami ,dan berharap pada masa yang akan datang, aktiviti yang akan kami jalankan mendapat sambutan yang lebih hebat daripada pengunjung.

Monday, February 4, 2013

PALOH BIKE'S DAY

   Pada 3 februari 2013,kami telah mengadakan Pameran dan Jualan Amal di Pekan Paloh, Kluang sempena Program 'Paloh Bike Days'.Alhamdulillah,sepanjang program tersebut,pengunjung tidak jemu melawat gerai kami untuk mendapatkan informasi tentang isu Palestin dan tertarik dengan barang jualan


   Bikers turut tidak melepaskan peluang berkunjung
ke gerai kami dan tertarik dengan kain mafla


                                        Antara barang-barang yang dijual di gerai kami

                            
                                           
                   Mudah-mudahan,segala aktiviti yang akan kami jalankan pada masa yang akan datang mendapat sambutan yang hebat,Amin.