Sunday, October 31, 2010
Friday, October 29, 2010
Thursday, October 7, 2010
Ceramah "Ramadhan & Palestin" di Politeknik Johor Bharu
09 Ogos 2010- Alhamdulillah bertempat di Politeknik Johor Bharu, ceramah semarak Ramadhan diadakan di Masjid Politeknik anjuran Masjid Politeknik, Aman Palestin,& kelab Rakan Muda Masjid. Tajuk ceramah ini adalah "Ramadhan & Palestin" yang disampaikan sendiri Pengurus Operasi Aman Palestin Johor En. Fauzi bin Abdul Hamid.
Sambutan daripada pelajar & pensyarah sangat menggalakkan. Selain itu juga, kutipan tabung Ramadhan & jualan Palestin turut dilancarkan dan digerakkan oleh Kelab Rakan Muda Masjid Politeknik Johor Bharu. Program bermula selepas solat maghrib sampai 9pm. Semoga program begini akana terus berjalan di masa hadapan.
Sambutan daripada pelajar & pensyarah sangat menggalakkan. Selain itu juga, kutipan tabung Ramadhan & jualan Palestin turut dilancarkan dan digerakkan oleh Kelab Rakan Muda Masjid Politeknik Johor Bharu. Program bermula selepas solat maghrib sampai 9pm. Semoga program begini akana terus berjalan di masa hadapan.
Sumbangan Ramadhan Palestin daripada SMK Seri Saujana, Kota Tinggi
1 Oktober 2010- Alhamdulilllah untuk kutipan ramadhan sekolah yang telah dijalankan pda ramadhan kali ini sangat memberangsangkan. Turut mengambil peluang merebut peluang ini dari SMK Seri Saujana, Kota Tinggi yang menyumbangkan RM440.00 kepada pihak Aman Palestin. Terima kasih diucapkan kepada Pengetua sekolah yang memberi peluang untuk kutipan bersama guru-guru terutama cikgu Suhaja & Ustaz di sekolah.. Majlis penyerahan tabung diadakan selepas guru & pelajar solat sunat hajat di perkarangan sekolah. Kutipan tabung disampaikan oleh HEM SMK Seri Saujana sendiri kepada Aman Palestin caw Johor.
Sambutan hari Al-Quds bersama penaja & media
Alhamdulillah pada 21 Ogos 2010 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Bangsar telah diadakan sambutan hari Al-Quds dan berbuka puasa bersama penaja & media. Pihak aman palestin cawangan johor telah menghantar wakilnya untuk bersama program itu. Program ini turut dihadiri Pengerusi Aman Palestin sendiri Ustaz Abdullah Zaik & beberapa wakil media. Ceramah tentang Al-quds turut disampaikan wakil dari Palestin sendiri mengenai di sebalik 21 Ogos (iaitu pembakaran masjid Al-aqsa). Majlis ini bermula jam 6ptg ini berakhir pada 9malam.
Wednesday, May 26, 2010
Alhmadulillah, Aman Palestin cawangan Johor telah menjalankan aktiviti bersama Masjid Ungku Muhammad di masjid Skudai Kiri Johor Bahru baru-baru ini. Kutipan telah dibuat pada setiap 2 kali solat jumaat dan ceramah telah diberikan oleh ustaz Amiruddin yang merupakan penceramah Aman Palestin cawangan Johor.
Jutaan terima kasih kepada pihak Masjid kerana sudi bekerjasama dengan Aman Palestin cawangan Johor. Segala jasa baik pihak Masjid, akan dihitung pada akhirat kelak..
Wednesday, May 5, 2010
Jemputan Program Karnival Halal di Pontian
Alhamdulilah, pada 23 April – 25 April 2010 Aman Palestin telah dijemput untk mengadakan pameran dan jualan di Karnival Halal di Masjid jamek Benut, Pontian.
Karnival ini merupakan anjuran Jabatan Agama Johor Daerah Pontian dan Masjid Jamek Benut, Pontian.
Objektif untuk memberi kesedaran mengenai isu HALAL yang merupakan kefarduan kita untuk mencari barangan yang Halal.
Jutaan terima kasih kepada pihak Masjid dan juga Jabatan Agama Islam johor Daerah Pontian kerana menjemput kami untuk membuat pameran, jualan dan kutipan derma di program Karnival ini,
Subscribe to:
Posts (Atom)
