Tuesday, September 29, 2009

Sukarelawan Aman Palestin Universiti Teknologi Malaysia dan sekitar Johor Bahru menyeru "Selamatkan Al-Quds" dalam bulan Ramadhan 1430H






4 Sept, Jumaat - Aman Palestin Johor berserta NGO Ikatan Muslimin Malaysia Johor dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional Johor, Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai Johor serta sukarelawan UTM Skudai telah menganjurkan Hari Al-Quds Sedunia bertempat di Kawasan Masjid Sultan Ismail UTM Skudai. Di antara bentuk program:-
Booth dan Pameran Palestin.

Solat Asar berjemaah.

Ceramah Aman Palestin.

Kutipan derma untuk Palestin.

Majlis berbuka puasa.

Solat Maghrib, Solat Sunat Hajat dan Isya’ berjamaah.

Solat Tarawih berjemaah.

Solat Sunat Hajat Palestin

Program bermula jam 11 pagi dan tamat pada jam 10 malam tersebut memberi impak yang
begitu berkesan apabila ramai di kalangan para pelajar utm skudai berpusu-pusu menyertai pameran Hari Al-Quds Sedunia. Pengarah Program, Saudara Muzaffar yang juga merupakan Bendahari PEMBINA Johor serta sebagai sukarelawan Aman Palestin UTM Skudai amat berpuas hati dengan penganjuran program ini.

Walaupun program ini dianggap "Add-Hock" namun program ini berjaya dilaksanakan dalam bulan Ramadhan yang mulia dalam masa dua hari persiapan. Ini menunjukkan para pemuda Islam (sukarelawan aman palestin) mampu melaksanakan tugas yang melibatkan kerja-kerja fizikal yang boleh dikatakan berat asal ada kemahuan, keikhlasan yang tinggi dan semangat juang yang tidak pernah padam seumpama jika kita meninjau kembali rentetan sejarah perjuangan pemuda Islam dalam perang badar al-kubra yang berlaku juga dalam bulan yang mulia ini.

Syabas dan Tahniah kepada Aman Palestin Johor selaku penganjur utama, Ahli JK PEMBINA Johor, JK Ikatan Muslimin Malaysia Johor dan sukarelawan Aman Palestin UTM Skudai kerana dengan usaha mereka telah menjayakan program yang barakah ini. Setinggi- tinggi penghargaan kepada Dr. Us. Azhar Bin Mohamad, Pengarah Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai kerana dengan bantuan beliau Aman Palestin Johor dapat melaksanakan salah satu tanggungjawab fardhu menyebarluaskan Isu
Palestin di UTM Skudai.

Semoga ramai lagi rakyat malaysia khususnya di Johor berminat untuk membantu Aman Palestin dengan menjadi SUKARELAWAN AMAN PALESTIN . Pendaftaran sukarelawan adalah percuma sahaja. Sila hubungi saudara fauzi 019-3314342 sekarang!.