Wednesday, January 18, 2012

Abbas: Netanyahu Tidak Mengemukakan Apa-Apa "Penyelesaian"

Assalamualaikum.



18 Januari 2012 - Presiden Mahmoud Abbas berkata: "Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak menyediakan satu pun plan projek yang ada kepentingan untuk memulihkan kebaikan politik Palestin sehingga Sabtu lepas, penyelesaian ini adalah haram, tidak boleh diteruskan tanpa noktah".

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama dengan Timbalan Perdana Menteri British, Nick Clegg di London: "Kami sentiasa mengambil langkah-langkah untuk membina sebuah negara yang merdeka, apabila tiba masanya untuk melepaskan dan saya ingin mengemukakan kepada Netanyahu mana-mana projek kita bersetuju atau tidak bersetuju, sekurang-kurangnya menyediakan satu topik untuk dibincangkan, tetapi malangnya beliau tidak memberikan apa-apa projek penting kepada kita".

Dalam respons kepada soalan wartawan, berkata: "Saya tidak boleh mengatakan Netanyahu penipu, tetapi apa yang boleh saya katakan bahawa beliau tidak memberikan sesuatu yang baru kepada kami, apatah lagi keengganannya menghentikan aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi di Baitul Maqdis sehingga membuatkan kita tertanya-tanya: Di manakah kami akan bina kerajaan? ".

Abbas bertemu dengan Timbalan Menteri Luar Negeri British di Jordan untuk berbincang peranan Kesatuan Eropah dalam rundingan damai dan perkembangan ekonomi di wilayah-wilayah Palestin.

Wednesday, January 4, 2012

Awareness APJ Programme at @Mart

Pada 29 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012, Aman Palestin Johor (APJ) telah mengadakan program Awareness Aman Palestin Johor di @Mart Kempas, Johor Bahru. Program sepanjang empat hari ini merupakan salah satu aktiviti APJ untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan isu Palestin. Program ini juga memberi peluang kepada masyarakat untuk menghayati penderitaan rakyat Palestin di samping keseronokan menyambut Tahun Baru 2012. Anggota masyarakat berpeluang untuk memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin di samping mendengar penerangan secara individu mengenai isu Palestin. Begitu juga dengan tayangan beberapa video tentang isu Palestin untuk tatapan umum. APJ juga membuka gerai jualan dan kutipan derma melalui tabung Palestin. Sambutan daripada masyarakat amat menggalakkan ekoran sambutan Tahun Baru 2012.











Kami pihak Aman Palestin Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli masyarakat yang menyokong dan menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin melalui Aman Palestin.

Wednesday, September 14, 2011

Hari Unesco Sedunia Sempena Selamatkan Masjid Al-Agsa dari Ancaman Zionis

Program ini merupakan Anjuran pihak UTHM dengan kerjasama Aman Palestin Johor. Dijangka seramai 400 orang akan hadir,jadi marilah datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini disamping beramal.

Aturcara Program
*************************

8.00-8.30 pagi -  Pendaftaran Peserta/Pameran

8.30-9.00 pagi - Jamuan Minum Pagi VVIP/VIP dan peserta

9.00-9.20 pagi -Ucapan Alu-aluan
                         Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al Edrus
                         Pengarah Pusat Islam

9.20-9.45 pagi -Ucapan Perasmian dan Pelancaran Aman Tabung Palestin
                          Profesor Dato'. Dr. Mohd Noh Bin Dalimin
                          Naib Canselor UTHM

                       -Persembahan 'Choral Speaking Palestin' oleh:
                          "Kumpulan Pelajar SMK Seri Gading".

9.45-10.45 pagi -Ceramah 1 : Mejar Nadzri Bin Munsman
                           (Masjid Al-Aqsa dalam Bahaya dan kesannya kepada ummah)

10.45-11.45 pagi -Ceramah 2 : Prof Madya Dr Hj Zainur Rashid Bin Zainuddin
                             (Intifadhah -Merintis Generasi Salahuddin dalam Mengakhiri Agenda Zionis)

11.45-12.30 pagi -Dokumentari Kezaliman Zionis
                            -Jamuan Makan Tengahari VVIP/VIP dan peserta


* sebarang perubahan aturcara program akan dimaklumakan nanti.
* sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat Aman Palestin johor di talian 07-2367506.

** 1 Maruah 1 Ummah - Kesucian Baitul Maqdis **

Wednesday, July 13, 2011

Aman Palestin di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang


Aman Palestin dengan kerjasama, Pejabat Daerah Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang akan meganjurkan sebuah program iaitu PROGAM BERSAMAMU PALESTIN. Merupakan sebuah program yang berkonsepkan berhibur sambil menderma untuk mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Palestin.

Turut serta mendapat kerjasama dari KEMAS dan Johor FM serta badan bukan kerajaan iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Kelab Remaja ISMA (KRIM), Kelab Anak Hebat (NAZIM) serta Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Pelbagai aktiviti menarik seperti 'roadshow' aman palestin, cabutan bertuah, persembahan artis dan banyak lagi, serta pelbagai hadiah istimewa menanti anda!

Tidak lupa juga penampilan ikon tabung aman palestin Farah Adeeba yang didatangkan khas, turut akan memeriahkan Program Bersamamu Palestin ini.

Jangan lepaskan peluang sertai kami pada 15-17 Julai 2011, 10.00pg - 10.00mlm di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Berhibur sambil menderma. Jumpa di sana!

Wednesday, June 29, 2011

ILP Pasir Gudang gembira menerima kehadiran Aman Palestin

Pada 3 Mac 2011 yang lalu, Aman Palestin Berhad Cawangan Johor dijemput bersama dalam
program "Tangisan Gaza" di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang Johor Bahru. Seramai lebih kurang
300 pelajar ILP Pasir Gudang yang telah menyertai program tersebut.

Program tersebut telah bermula dengan kempen kesedaran selama dua minggu  dan kutipan palestin disusuli program

kemuncak iaitu Ceramah "Tangisan Gaza". Ini merupakan tahun ke-dua ILP Pasir Gudang menjemput



Aman Palestin Johor untuk menjayakan bersama dalam program murni ini.

Monday, June 13, 2011

Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin, Mersing

       Alhamdulillah, segala puji  bagi Allah swt yang telah mengizinkan segala perancangan hamba-Nya terlaksana. Syukur juga di atas limpahan rahmat-Nya yang memayungi jiwa-jiwa insan yang ingin terus menyumbang dan berbakti terhadap Palestina. Moga keringat yang mengalir akan menjadi saksi semangat dan perjuangan di hari perhitungan kelak.

       Pada tanggal 28 Januari 2011 hingga 6 Februari 2011, buat julung kalinya Aman Palestin Johor dengan kerjasama Majlis Daerah Mersing telah mengadakan Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin (KKRP) di Dataran Pulau, Mersing, Johor. Karnival yang berlangsung selama 10 hari ini telah berjaya menarik ribuan pengunjung yang terdiri daripada penduduk sekitar Mersing khususnya dan pengunjung dari daerah-daerah lain di negeri Johor amnya.

      Aktiviti yang dilaksanakan oleh krew Aman Palestin Johor sepanjang karnival ini berlangsung antaranya termasuklah kutipan tabung derma Palestin, jualan amal barangan Aman Palestin, lelongan amal, kuiz dan cabutan bertuah, pameran bahan dan informasi tentang Palestin serta pertunjukan video peristiwa berdarah di Palestin. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan daripada Persatuan Belia Islam Nasional Johor (PEMBINA) yang telah menyumbang tenaga dan masa demi menjayakan karnival ini. Sesungguhnya, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan budi yang dicurahkan.


      Daerah Mersing menjadi lokasi pilihan untuk mengadakan karnival ini kerana Mersing terkenal sebagai destinasi tarikan pelancong. Oleh itu, KKRP ini dilihat mampu menjadi tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Mersing. Selain gerai jualan dan pameran APJ, terdapat pelbagai jenis gerai jualan makanan, pakaian dan barangan kesihatan yang dibuka.


      Kedudukan Mersing yang berhampiran dengan kawasan laut dan sentiasa berangin memberi kelebihan buat krew Aman Palestin Johor. Tiupan angin seakan menghembus semangat perjuangan kepada pengunjung yang hadir. Bendera-bendera Palestin berkibar dengan megah tanda positif sokongan yang tidak berbelah bahagi pengunjung di Mersing terhadap rakyat Palestin yang berterusan berjuang memerdekakan tanah air mereka walau nyawa jadi taruhan.

 
     
       Diharap KKRP  di Mersing ini berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk membuka mata orang awam tentang kepentingan perjuangan membebaskan Palestin dari jajahan Zionis Yahudi serta memberi kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab yang boleh dimainkan masyarakat dalam membantu rakyat Palestin yang dizalimi. Biar jarak beribu batu, doa dan sumbangan akan terus disalurkan kerana kami menyedari hakikat bahawa sesungguhnya Muslim itu bersaudara.




    

 

Projek Pemusnahan Identiti Masjid di Palestin

Projek meng’yahudi’kan bumi Palestin tidak hanya berlaku di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa sahaja bahkan di keseluruhan kawasan bumi Palestin yang telah dijajah pada tahun 1948 dan 1967. Tidak kurang daripada 1200 buah masjid telah dimusnahkan identitinya oleh rejim zionis sejak tahun 1948 (Nakbah).
Berikut adalah sebahagian daripada foto masjid-masjid yang telah dinodai oleh zionis Israel untuk diinsafi oleh semua umat Islam.
1-Masjid Afoula (  مسجد العفولة  )   yang telah ditukar menjadi sinagog Yahudi.

2-Masjid ‘ain Kareem (  مسجد عين كارم  ) yang kini digunakan untuk pusat pelacuran

3-Masjid Bassa (  مسجد البصة  )  yang terletak di Daerah Acre, kini digunakan sebagai pusat biri-biri

4-Majid ‘ain Hawad (  مسجد عين حوض  ) di Haifa, kini didunakan sebagai restoren dan bar

5-Masjid Ahmar ( المسجد الأحمر  ) , kini dijadikan sebagai markas politik Parti Qadeema Israel

6-Masjid ‘ain Zaytounah (مسجد عين الزيتونة), yang kini digunakan sebagai kandang lembu

7-Masjid Jadid (  المسجد الجديد  )  di pantai Haifa, kini digunakan sebagai restoren dan bar

8-Masjid Khalisah ( مسجد الخالصة  )  di Safad, kini digunakan sebagai Museum Perbandaran

9-Masjid Nabi Yusha’ (  مسجد النبي يوشع  )di daerah Safad yang telah rosak dan tidak dibenarkan untuk dibaik-pulih.
10-Masjid az Zaeb (مسجد الزيب ) di Daerah Acre yang kini digunakan sebagai setor penyimpanan barangan pertanian
Foto-foto di atas hanya 10 daripada kira-kira 1200 masjid-masjid di Palestin yang telah dirampas oleh regim Israel. Kemuncak projek ini ialah dengan memusnahkan Masjid al-Aqsa dan digantikan dengan The Solomon temple yang telah mereka idam-idamkan selama ini.
Foto ini adalah satu daripada puluhan versi ‘artist impression’ kepada ‘The Solomon Temple’ yang direka oleh arkitek-arkitek zionis.
Tidak ada erti Palestin tanpa Baitul Maqdis dan tidak ada erti Baitul Maqdis tanpa Masjid al-Aqsa. Kalau dahulu Baitul Maqdis telah dibuka oleh Umar al-Khattab daripada jajahan Romawi dan kemudiannya dibebaskan oleh Solahuddin daripada jajahan salib.
Kini, di manakah Umar dan Solahuddin yang baru yang akan membebaskan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis daripada cengkaman zionis Israel?
Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban