Sunday, February 21, 2010

Program Bersama Masjid Al-Hidayah

salam ukhwah kepada semua, pada 3 februari 2010, sekali lagi pihak Aman Palestin Johor telah berjaya menjalankan aktiviti bersama Masjid Al-Hidayah dengan mengadakan kutipan pada 2 kali solat jumaat dan ceramah mengenai Palestin dengan jayanya.
Alhamdulillah, walaupun pihak penceramah dan sukarelawan Aman Palestin Johor sesat ketika hendak menghadiri majlis ceramah, Allah telah membantu kami untuk sampai ke Masjid yang hendak dituju dengan selamat. Jutaan terima kasih pada pihak Masjid atas kerjasamanya membantu pihak Aman Palestin Berhad cawangan Johor mencari dana untuk umat islam kita yang sengsara di bumi Palestin.

Saturday, February 20, 2010

Program Bersama Masjid Desa Cemerlang

alhamdulillah, selangkah dihadapan, Aman Palestin Johor menjalankan aktiviti kutipan dan ceramah bersama Masjid desa Cemerlang pada 31 januari 2010, dari 9.00 malam sehingga 11.00 malam. Ramai jemaah Masjid yang hadir bersama-sama kami bagi mengimarahkan ceramah mengenai Palestin. Jutaan terima kasih juga pada pihak Masjid atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan kepada pihak Aman Palestin Berhad cawangan Johor. Semoga Allah membalas segala amalan yang telah diberikan.

Thursday, February 18, 2010

Program Bersama Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid

Salam pada semua sukarelawan dan pecinta Aman Palestin,
Pada 22 Februari, Aman Palestin telah menjalankan aktiviti bersama Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid dimana diadakan kutipan dan juga ceramah yang telah diberikan oleh Ust. Wan Mohd Azli Bin Wan Ahmad.
Majlis bermula selepas Maghrib dan selesai pada pukul 9.30 malam. Ceramah dimasjid ini bertajuk
"Selamatkan Al-Aqsa". Terima kasih diucapkan pada pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.