Friday, April 9, 2010

Jemputan Ke Pesta Konvo UTM

salam ukhwah, baru-baru ini pada 26 Mac sehingga 30, pihak Aman Palestin cawangan Johor telah menerima jemputan dari pihak UTM untuk membuka booth pameran di Pesta Konvo tersebut. Program pesta konvo in berjalan selama 5 hari berturut-turut. Banyak aktiviti yang telah pihak Aman Palestin jalankan antaranya, pemasangan montaj selama 30 minit di majlis forum Perdana Hal Ehwal Islam anjuran UTM dan RTM. Pengedaran pemplet dan brosur, pameran dan juga kutipan derma.

Program ini juga dibantu oleh PEMBINA Johor yang Johor menjadi sukarelawan Aman Palestin
Jutaan Terima Kasih pada pihak UTM kerana sudi menjemput kami untuk mengadakan pameran dan kutipan derma untuk rakyat Palestin. Segala jasa baik dari pihak tuan, amatlah kami hargai.

Friday, April 2, 2010

Jemputan Ke Program Konsert Nazrey Johari

salam.. alhamdulilah, Pihak Aman Palestin cawangan Johor di jemput ke program Tautan Ukhwah iaitu kerjasama KRIM dan Nazreey Johari. Pihak Aman Palestin Johor Di jemput untuk membuka jualan dan membuat persembahan nasyid.
Alhamdulillah, prgram berjalan dengan sempurna dan lancar.

Program Bersama Institut Latihan Perindustrian Johor

Alhamdulillah, Pihak Aman Palestin telah menjalankan aktiviti bersama IPT di johor. Baru-baru ini, Pihak Aman Palestin cawangan Johor di jemput menjalankan aktiviti bersama di ILP (Institut Latihan Perindustrian) Johor. Program dihadiri oleh pengarah ILP, staf-staf, pensyarah-pensyarah dan juga pelajar-pelajar ILP.
Program yang dianjurkan oleh ILP ini bertajuk "Tangisan Gaza ".
Ceramah Palestin diberikan oleh Ustaz Hj Bariman yang merupakan penceramah dari Aman Palestin cawangan Johor. Ramai para pelajar yang turut serta di dalam majlis amal ini. Program ini juga di hadiri oleh Pengarah ILP cawangan Johor dan staf-stafnya.
Ribuan terima kasih juga pihak aman palestin johor ucapkan kepada pihak ILP kerana memberi kerjasama dengan baik sekali.