Thursday, December 9, 2010

Selamat Pengantin baru kepada sukarelawan Aman Palestin Johor saudara Naim

Alhamdulillah selamat pengantin baru kepada saudara Mohd Naim b Muri Sukarelawan Aman Palestin yang banyak membantu kerja-kerja di Johor kerana memasuki gerbang rumah tangga. Akad nikah diadakan pada 26.11.2010 yang lalu bertempat di Bukit saujana, Johor Bharu.

Pihak Aman Palestin Johor ucapkan Tahniah & berbahagia ke anak cucu kepada beliau. Insyallah Pihak Aman Palestin Johor berterima kasih menyumbangkan masa & tenaga sepanjang menjadi sukarelawan. Amin

Tahniah kepada SM Arab Kota Tinggi & adik Nazrul

Pihak Aman Palestin caw Johor mengucapkan tahniah & syabas kepada SM Arab Kota Tinggi atas kejayaan kutipan Palestin Ramadah tertinggi di negeri Johor peringkat sekolah sebanyak RM3237.40. Terima kasih kepada Pengetua, guru-guru, staf & pelajar SM Arab Kota Tinggi menjayakan  kutipan utk Palestin.


Tahniah juga diucapkan kepada adik Nazrul pelajar tingkatan 2 SM Arab Kota Tinggi kerana memperoleh kutipan kad Ramadhan tertinggi peringkat pelajar negeri Johor pada Ramadhan 1431H yg lalu. Penyerahan sijil & cenderamata dilakukan oleh Pegawai Tadbir Aman Palestin Johor di Sekolah sebelum cuti sekolah yang lalu.

Insyallah kerjasama yang erat antara Aman Palestin Johor & warga SM Arab Kota Tinggi dapat diteruskan berterusan di masa hadapan.