Wednesday, April 27, 2011

Anak-Anak Yatim Palestin sangat perlukan penaja-penaja di Malaysia

Khalid Khalid Ramadhan Al-amrity , Anak Yatim Palestin

Aman Palestin Cawangan Johor kini sedang menjalankan kempen bagi mendapatkan penaja bagi anak-anak yatim Palestin. Semua anak yatim Palestin ini telah kematian bapa yang dibunuh oleh Yahudi Zionis. Mereka kini tinggal bersama ibu masing-masing di rumah yang amat daif. Mereka amat memerlukan bantuan daripada rakyat Malaysia.
Aman Palestin telah menyediakan pakej yang amat berpatutan untuk rakyat Malaysia membantu mereka. Tajaan setiap orang anak yatim ialah sebanyak RM150 secara bulanan untuk tempoh setahun. Bayaran boleh dibuat secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan.



Bagi sesiapa yang berminat menaja anak-anak yatim ini adalah amat dialu-alukan. Maklumat lanjut berkaitan kempen ini boleh didapati dengan menghubungi En. Mohd Fauzi Bin Abd Hamid, Pengurus Aman Palestin Cawangan Johor di talian 019-3314342.

Anak-Anak Yatim Palestin sangat perlukan penaja-penaja di Malaysia


Alhamdulillah, segala puji milik Allah. Tuhan Pencipta Alam ini. Dengan sokongan seluruh rakyat malaysia
akhirnya Aman Palestin berjaya membuka pejabat cawangannya di Gaza. Dengan adanya pejabat Aman Palestin Berhad Cawangan Gaza dapat membantu memudahkan saluran-saluran dana dimanfaatkan bagi membantu meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin terutamanya dana yang bersifat urgensi untuk anak-anak yatim Palestin.

Anak-anak yatim Palestin sebenarnya ibarat seperti anak-anak kita  yang lain di Malaysia. Keprihatinan
kita dengan menaja mereka akan membuatkan mereka terasa dihargai untuk terus mempertahankan
bumi Palestin yang dijajah oleh Zionis.

Sebenarnya, Penajaan Anak Yatim Palestin RM150 yang kita sumbangkan secara bulanan tidak mencukupi buat mereka tetapi cukuplah sekadar mengurangkan rasa perit, pedih dan sedih mereka kerana kehilangan
segala-galanya. Jika kita tidak menyokong usaha murni, siapa lagi yang boleh kita harapkan.

Anak-Anak yatim ini berani dan lantang berkata :

Kenapa kamu semua wahai muslimin dan muslimat di luar sana hanya mahu melihat kami terus terseksa
Sedangkan Israel menceroboh tanah air kami
Membakar ladang dan tanaman kami
Memusnahkan rumah-rumah kami
Merampas pekerjaan kami
Mencuri air kami
Merompak tanah kami
Dan ....

Memenjarakan ayah-ayah kami
Membunuh ibu-ibu kami
Menghancurkan masa depan kami
Menjadikan kebuluran santapan istimewa kami
Meyatimkan bayi-bayi Palestin
Meletupkan kilang-kilang, sekolah
Dan masjid kami ...

"Aina antum" - Di manakah kalian semua ?!
"Aina antum" - Di manakah kalian semua ?!
Adakah kalian sekadar melihat ?!
Sesungguhnya Allah s.w.t akan menghitung sikap berdiam diri kalian!

Tolong kami ya Allah!
Bantulah kami !!
Ya Rob . Ya Rob ...

Saturday, April 2, 2011

Skuad Aman Palestin Johor beraksi


Kota Damansara, 28/03/2011 - Aman Palestin Johor telah menerima undangan Aman Palestin Pusat
dengan melaksanakan aktiviti riadah Aman Palestin iaitu bermain futsal di salah sebuah Futsal Sport Centre
di Kota Damansara. Peristiwa yang penuh bermakna ini pasti tidak akan dilupakan oleh semua yang menyertai perlawanan persahabatan tersebut setelah berkursus pada pagi hingga petangnya.