Monday, August 27, 2012

Projek Berbuka Puasa di Masjid Al-Aqsa Sumbangan Rakyat Malaysia

Terima kasih kepada semua para penyumbang dan penderma di Malaysia yang telah menjayakan Projek Berbuka Puasa di Masjid Al-Aqsa. Sumbangan Ramadhan anda saham untuk akhirat dan jihad fi sabilillah.

Monday, August 13, 2012

5 hari Bersama Imam Hafiz, Khaled Abdul Malek Abu Astrah dari Gaza

5 hari berada di Johor masih belum cukup untuk saudara Khaled Abdul Malek menikmati kemeriahan Ramadhan. Beliau yang dihantar oleh Aman Palestin Berhad ke Johor telah menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah Palestin di lima buah masjid terpilih bermula dari 5 hingga 9 Ogos 2012. Kehadirannya ke Johor telah memberikan satu pengalaman baru buat umat Islam di Johor di mana tazkirah yang disampaikan itu telah memberikan gambaran yang lebih luas mengenai penderitaan umat Islam di Palestin. Saudara Khaled juga telah menceritakan pengalamannya hidup di Gaza yang dibelenggu oleh rejim Zionis Israel. Alhamdulillah, hasil kedatangan beliau ke Johor telah menarik para jemaah masjid untuk menyumbang wang ringgit sebagai bantuan demi meringan penderitaan rakyat Palestin. Kehadiran saudara Khaled ini merupakan satu daripada projek Ramadhan yang dianjurkan oleh Aman Palestin Berhad untuk menambah hasil kutipan derma sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Terima kasih kepada semua jemaah masjid yang telah menyumbang wang ringgit. Semoga amalan ini mendapat keredhaan Allah SWT sebagai satu jihad yang berterusan.












Foto aktiviti boleh dilihat di sini:
https://www.facebook.com/amanpalestinjohor/photos

Salam Ramadhan.