Antara objektif bagi program ini adalah memberi kefahaman yang jelas dan maklumat yang sebenar berkenaan Isu Palestin sebagai isu akidah, perjuangan dan kemanusiaan yang global. Selain itu, menunjukkan tanda sokongan rakyat malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk menyelamatkan Masjid A-Aqsa dan membebaskan bumi Anbiya' ini melalui aktiviti-aktiviti terancang dan bersepadu. Dalam pada masa yang sama, dapat menyemai nilai-nilai persaudaraan islam dan kesedaran dikalangan muslimin keseluruhannya tanpa mengira bangsa dan batasan sempadan geografi.
Program ini juga mendapat pandangan yang baik dari kalangan peserta. Malah, peserta meminta pihak Aman Palestin menganjurkan program T.O.T sebegini selama 2 hari bagi memantapkan lagi kefahaman dan kesedaran mengenai Palestin. Ini menunjukkan semangat jihad di kalangan peserta bagi membantu Palestin yang kini dijajah oleh orang yahudi laknatullah.
No comments:
Post a Comment