Wednesday, May 5, 2010

Program Aman Palestin Di Sekolah SMK Tunku Abdul Rahman Putra

Pada 11 Mac 2010, pihak Aman Palestin cawangan Johor telah membuat aktiviti bersama SMK Tunku Abdul rahman Putra di Kulai Johor. Ceramah Palestin telah disampaikan oleh Penceramah Aman Palestin berhad yang merupakan tokoh maal hijrah 2008 bagi negeri Selangor.

Ceramahnya yang mantap dengan pengisian yang padat membuatkan ramai yang terpegun dan mengalirkan air mata mengenangkan nasib umat islam di Palestin.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada kami di Aman Palestin cawangan Johor untuk memberi pendedahan mengenai isu Palestin yang hangat diperkatakan pada masa kini.

No comments:

Post a Comment