Wednesday, January 27, 2010

Masjid Intan Abu Bakar Pembuka Tirai Program Masjid Bagi Tahun 2010



Baru-baru ini, Aman Palestin Johor telah membuat aktiviti kutipan derma di Masjid Intan Abu Bakar selama 2 minggu (2 kali solat Jumaat) dan sambutan amat menggalakan daripada jemaah Masjid.



Justeru itu, pihak Aman Palestin telah membuat ceramah mengenai isu Paletin di Masjid Intan Abu Bakar yang telah disamapaikan oleh Ustaz Wan Mohd Azli Bin Wan Ahmad, beliau merupakan Perunding Aman Palestin Johor.


Program ceramah ini juga mendapat sambutan yang ramai oleh jemaah-jemaah Masjid Intan Abu Bakar. Jutaan terima kasih diberikan kepada pihak Masjid kerana membantu pihak Aman Palestin menjalankan aktiviti. Sekian, terima kasih.

Program Maal Hijrah KPYPJ bersama Aman Palestin Johor


Alhamdulillah, pada 15 januari 2010, KPYPJ telah menjalankan program sambutan Maal Hijrah yang bertempat di Kolej Islam Johor YPJ. Pihak KPYPJ juga menjemput pihak Aman Palestin cawangan Johor untuk membuat kutipan derma, jualan dan juga persembahan nasyid dari pihak Aman Palestin cawangan Johor.


Program ini di bantu oleh sukarelawan-sukarelawan Aman Palestin yang terdiri daripada Ahli Ajk Kelab BADAR yang merupakan pelajar Kolej Islam Johor YPJ.


Terima kasih diucapkan pada pihak KPYPJ kerana menjemput kami untuk mengutip dana dan sebagainya. Dan tidak lupa juga kepada Kelab BADAR yang membantu Aman Palestin Johor. Semoga Allah merahmati anda semua. Amin…

Wednesday, January 13, 2010

Training For Trainers Aman Palestin Johor 2010 bersama NGO Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Johor Bahru



Aman Palestin Johor telah mengadakan Training Of Trainers (T.OT) bagi sukarelawan-sukarelawan Aman Palestin Johor untuk memantapkan lagi kefahaman mengenai Isu Palestin. Seramai 42 orang sukarelawan Aman Palestin Johor yang menyertai T.O.T yang diadakan pada 9 januari 2010. Bertempat di pejabat Aman Palestin Johor yang baru di Taman Setia Tropika. Program ini bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. Di antara penceramah yang hadir ialah Professor Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin, pakar Perunding Obstetik dan Ginekologi di International Madical University, merangkap Perunding Aman Palestin Malaysia. Dan Mejar Nadzri Munsman, juga merangkap Perunding Aman Palestin.

        Antara objektif bagi program ini adalah memberi kefahaman yang jelas dan maklumat yang sebenar berkenaan Isu Palestin sebagai isu akidah, perjuangan dan kemanusiaan yang global. Selain itu, menunjukkan tanda sokongan rakyat malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk menyelamatkan Masjid A-Aqsa dan membebaskan bumi Anbiya' ini melalui aktiviti-aktiviti terancang dan bersepadu. Dalam pada masa yang sama, dapat menyemai nilai-nilai persaudaraan islam dan kesedaran dikalangan muslimin keseluruhannya tanpa mengira bangsa dan batasan sempadan geografi.


        Program ini juga mendapat pandangan yang baik dari kalangan peserta. Malah, peserta meminta pihak Aman Palestin menganjurkan program T.O.T sebegini selama 2 hari bagi memantapkan lagi kefahaman dan kesedaran mengenai Palestin. Ini menunjukkan semangat jihad di kalangan peserta bagi membantu Palestin yang kini dijajah oleh orang yahudi laknatullah.

Friday, January 1, 2010

sila tekan link dibawah untuk melihat PERANCANGAN AGENDA AMAN PALESTIN JOHOR