Wednesday, May 26, 2010










Alhmadulillah, Aman Palestin cawangan Johor telah menjalankan aktiviti bersama Masjid Ungku Muhammad di masjid Skudai Kiri Johor Bahru baru-baru ini. Kutipan telah dibuat pada setiap 2 kali solat jumaat dan ceramah telah diberikan oleh ustaz Amiruddin yang merupakan penceramah Aman Palestin cawangan Johor.
Jutaan terima kasih kepada pihak Masjid kerana sudi bekerjasama dengan Aman Palestin cawangan Johor. Segala jasa baik pihak Masjid, akan dihitung pada akhirat kelak..

Wednesday, May 5, 2010

Jemputan Program Karnival Halal di Pontian

Alhamdulilah, pada  23 April – 25 April 2010 Aman Palestin telah dijemput untk mengadakan pameran dan jualan di Karnival Halal di Masjid jamek Benut, Pontian.
Ramai pengunjung yang mengunjungi booth Aman Palestin dan booth-booth lain walaupun pada tarikh yang sama telah adanya Karnival Jom Heboh di Johor. 
 Karnival ini merupakan anjuran Jabatan Agama Johor Daerah Pontian dan Masjid Jamek Benut, Pontian. 

Objektif untuk memberi kesedaran mengenai isu HALAL yang merupakan kefarduan kita untuk mencari barangan yang Halal.

Jutaan terima kasih kepada pihak Masjid dan juga Jabatan Agama Islam johor Daerah Pontian kerana menjemput kami untuk membuat pameran, jualan dan kutipan derma di program Karnival ini,

Program Aman Palestin Di Sekolah SMK Tunku Abdul Rahman Putra

Pada 11 Mac 2010, pihak Aman Palestin cawangan Johor telah membuat aktiviti bersama SMK Tunku Abdul rahman Putra di Kulai Johor. Ceramah Palestin telah disampaikan oleh Penceramah Aman Palestin berhad yang merupakan tokoh maal hijrah 2008 bagi negeri Selangor.

Ceramahnya yang mantap dengan pengisian yang padat membuatkan ramai yang terpegun dan mengalirkan air mata mengenangkan nasib umat islam di Palestin.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada kami di Aman Palestin cawangan Johor untuk memberi pendedahan mengenai isu Palestin yang hangat diperkatakan pada masa kini.