Tuesday, January 29, 2013

PAMERAN & JUALAN AMAL DI GIANT, TAMPOI


            Pada 27 Januari 2013, kami telah mengadakan pameran dan jualan amal di Pasaraya Giant, Tampoi. Alhamdulillah, sepanjang pameran dan jualan amal ini diadakan para pengunjung tidak putus-putus melawat gerai kami untuk membeli barang-barang yang djual serta melihat pameran mengenai isu Palestin.



  Banyak barang yang laris dijual seperti mafla, tabung dan Al-Quran terjemahan. Terdapat juga pengunjung yang bertanya tentang isu-isu Palestin yang mereka ingin tahu.




            Semoga segala aktiviti yang kami jalankan pada masa akan datang mendapat sambutan yang lebih meriah lagi, Insya-Allah.

PAMERAN & JUALAN AMAL DI PELABUHAN TANJUNG PELEPAS (PTP)


            Pada 21 Januari 2013 yang lepas,kami mengadakan pameran dan jualan amal di Bangunan Wisma B dan Kantin PUB yang bertempat di Pelabuhan Tanjung Pelepas yang dijalankan selama 5 hari dan berakhir pada 25 Januari 2013. Antara barang yang dijual ialah mafla,  Al-quran terjemahan, dan lain-lain.


Di Kantin PUB

Di Bangunan Wisma B

 Sambutan yang cukup baik diberikan oleh warga PTP terhadap program kami. Alhamdulillah, banyak barang jualan laris dijual. Warga PTP juga amat prihatin terhadap isu rakyat Palestin.

Antara barang jualan di booth kami:

               Tabung Palestin                   Al-Quran Terjemahan               Buku-buku ilmiah

Syukur kepada Allah kerana perancangan kami dalam program ini berjalan dengan lancar. Pihak Aman Palestin berharap agar kerjasama dapat diberikan lagi untuk program pada masa akan datang agar kesedaran tentang isu Palestin yang hangat ini sentiasa diberikan perhatian sepenuhnya oleh semua masyarakat di dunia ini agar berusaha membantu saudara kita di Palestin.

Thursday, January 17, 2013

Program Amal Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi “Bike For Gaza”




  Pada 13 Januari 2013 yang lepas, Program Amal Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi “Bike For Gaza”, anjuran ITS Success Services dengan kerjasama Aman Palestin Berhad Cawangan Johor dan badan-badan lain telah diadakan di negeri Johor. Konvoi ini bermula dari pejabat ITS Success Services di Taman Molek, Johor Bahru dan berakhir di Dataran Tanjung Emas, Muar.

  Pihak Aman Palestin telah membuka booth di Dataran Kompleks Niaga, Parit Raja, Batu Pahat. Sambutan yang cukup baik telah diberikan oleh warga Batu Pahat terhadap booth kami. Alhamdulillah, jualan Mafla Palestin cukup laris.

Booth Jualan


Barang jualan mendapat sambutan


  Pihak  ITS Success Services dengan bermurah hati telah membantu menggerakkan Tabung Gaza di semua lokasi sepanjang konvoi ini. Alhamdulillah, kutipan tabung itu mencecah RM..........


Warga kerja ITS Success Services membantu dalam kutipan


Kutipan dilakukan di One Segamat

  Syukur ke hadrat Ilahi, segala perancangan dalam program ini berjalan lancar. Pihak kami berharap kerjasama seperti ini boleh dilakukan lagi dalam masa yang akan datang agar kesedaran tentang isu Palestin ini dapat menyusup ke dalam segenap lapisan mayarakat Malaysia, khususnya di negeri Johor ini selain dapat mengumpulkan dana yang lebih banyak untuk membantu saudara seagama kita di Palestin.




Pengurus AP Johor bersama motosikal berkuasa tinggi

Van Aman Palestin turut serta dalam konvoi

Tuesday, January 8, 2013

Makan Malam Amal Sempena Pembinaan Masjid Abu Bakar Al-Seddeq mendapat sambutan yang memberangsangkan

   Makan Malam Amal Sempena Pembinaan Masjid Abu Bakar Al-Seddeq, Bandar Tayibe, Tanah Palestin 1948 telah diadakan dengan jayanya di Hotel New York, Johor Bahru. Alhamdulillah, rakyat Johor telah bermurah hati dengan memberi sumbangan sebanyak RM 160,000.00, melebihi sasaran asal AP Johor iaitu RM 150,000.00.

YB Dato' Nooh mewakili rakyat Johor menyampaikan cek kepada Ustaz Awang Suffian, CEO Aman Palestin Berhad



   Lelongan Amal yang telah diadakan juga telah mendapat sambutan hangat daripada para hadirin pada malam itu. Kedua-dua barang lelongan; Mafla Palestin Dato' Nooh yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh dan Plak Kunci Palestin, telah terjual dengan harga RM 10,000.00.





Mafla Dato' Nooh

Plak Kunci Palestin
   


Selamat Tahun Baru

   Masih tidak terlambat rasanya pihak AP Johor mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca, semoga tahun 2013 ini memperlihatkan usaha kita bertambah gigih dalam membantu rakyat Palestin. Diharapkan semua sudah pun menetapkan azam untuk meningkatkan ibadah dan amal kita semua kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

   Dalam kegembiraan kita menyambut tahun baru, janganlah pula kita alpa akan kesusahan dan keperitan yang melanda saudara seagama kita di Palestin sana. Janganlah isu Palestin ini menjadi isu bermusim yang hanya menjadi hangat apabila ada liputan media sahaja. Moga doa kita sentiasa bersama mereka.

   Pihak AP Johor berikrar akan melipatgandakan usaha dalam membantu rakyat Palestin dari segi dana kewangan. Kami berharap para pembaca dapat terus menyokong usaha kami agar program-program yang akan diadakan tahun ini berjalan dengan lancar, Insyaallah..


Semoga Palestin akan bebas dari cengakaman Zionis Israel, insyaallah

Pemergian Pengurus AP Johor dan YB Dato' Hj. Nooh Bin Gadot Penasihat Majlis Agama Islam Johor ke Gaza, Palestin untuk menghantar sumbangan Qurban

   Pada 22 Oktober sehingga 31 Oktober tahun lepas, Pengurus Aman Palestin Johor, En. Mohd Fauzi bin Abdul Hamid dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor Dato' Haji Nooh bin Gadot pergi ke Gaza bersama delegasi AP pusat untuk menyampaikan sumbangan qurban. Pada tahun 2011 Aman Palestin berjaya mengembirakan rakyat Palestin dengan bantuan korban yang meningkat daripada jumlah sumbangan wang dan seterusnya menambahkan lagi jumlah haiwan korban pada tahun tersebut, secara purata setiap tahun peningkatan berlaku hampir lebih daripada 75%, sebanyak RM400,000 di agih-agihkan di Semenanjung Gaza, RM92,000 di Khalil Ibrahimi dan RM123,000 di sekitar Baitul Maqdis khasnya pada tahun 2012.

   Sementara itu, ketua misi Aman Palestin ke Gaza kali ke-10 ini, Anas Abdul Wahab menjelaskan sebanyak 40 ekor lembu dan 350 ekor kambing dikorbankan pada tahun 2012. Harga untuk ibadah korban di Gaza ialah sebanyak RM1,400 satu bahagian lembu dan RM1,200 untuk seekor kambing dan harganya agak mahal berbanding di negara kita disebabkan pelbagai faktor termasuk bekalan serta logistik.

   Misi ibadah korban Aman Palestin ke Gaza pada tahun ini turut disertai oleh lima pengamal media dari pelbagai agensi



Bacaan doa sebelum berangkat


Ketibaan di lapangan terbang, Kaherah, Mesir
Ketibaan di pintu sempadan Rafah


Sambutan meriah oleh rakyat Palestin












Pengurus AP Johor bersama daging qurban yang akan diagihkan






Wajah ceria kanak-kanak Palestin menerima daging qurban

Dato' Nooh menyampaikan sumbangan