Pada 20 Februari 2013, Aman Palestin Johor telah menerima kunjungan daripada pihak Pusat Islam UTM Johor Bahru sempena dengan Lawatan Muhibbah ke Aman Palestin Berhad Cawangan Johor.
Lawatan mereka ke pejabat kami adalah untuk mengetahui serba sedikit tentang perkembangan gerak kerja Aman Palestin setakat ini dalam membantu rakyat Palestin di samping merapatkan jalinan ukhwah antara Aman Palestin Berhad dan Pusat Islam UTM Johor Bahru.
Antara pihak Pusat Islam UTM Johor yang hadir ialah:
1. Pengarah, Prof Madya Dr. Azhar bin Muhammad
2. Timbalan Pengarah, Dr. Mohd Ismail bin Mustari
3. Penolong Pengarah, Dr. Busrah binti Basiron
4. Penolong Pendaftar Kanan, Encik Abdul Hafidz bin Muhamad Sharif
5. Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Mahyudin Md. Sarip
Alhamdulillah sepanjang lawatan mereka di sini, kelihatan mereka amat berpuas hati dengan layanan dan maklumat yang kami berikan kepada mereka.
Setinggi-tinggi perhargaan kami ucapkan kepada pihak Pusat Islam UTM Johor kerana sudi meluangkan masa mereka untuk berkunjung ke pejabat kami. Semoga segala maklumat yang mereka peroleh di sini menjadi satu titik tolak kepada mereka agar sentiasa membantu rakyat Palestin dalam pelbagai cara yang sesuai.
Kami juga mengalu-alukan pihak Pusat Islam UTM Johor untuk berkunjung lagi ke pejabat kami pada bila-bila masa agar jalinan kerjasama antara dua hala ini menjadi lebih erat.
No comments:
Post a Comment