Tuesday, March 31, 2009

BERSAMAMU PALESTIN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H



Alhamdulillah, Aman Palestin Johor sekali lagi berjaya bekerjasama dengan JKK Bandar Mas, Kota Tinggi, DUN PENAWAR dan KEJORA dalam menjayakan Program Bersamamu Palestin Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1430H. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah berlangsung pada 28 Mac 2009, bermula jam 6.30 p.m sehingga 12.30 p.m di Mini Stadium Kg. Bandar Mas.

Program bermula dengan Sudut Pameran Mini Palestin pada 6.30 p.m. Kemudian, 9.30p.m – dengan ucapan wakil pengerusi Aman Palestin Johor, En. Fauzi dan seterusnya Tayangan Multimedia Palestin yang dikendalikan oleh saudara Nur Hidayat (Wakil Kolej Islam Johor). Tayangan tersebut banyak memaparkan bagaimana Sukarelawan Aman Palestin Malaysia mengadakan delegasi ke Palestin untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat palestin terutamanya pelarian di Lubnan dan projek-projek Aman Palestin di sana.

Program diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Zulrahim dari Pasir Gudang. Beliau mengajak ahli kariah Kg. Bandar Mas untuk terus menyumbang kepada rakyat palestin melalui Aman Palestin kerana Rasulullah sendiri menyuruh umatnya banyak bersedekah.

Pihak Aman Palestin mengucapkan tahniah kepada JKK Program kerana menjemput Aman Palestin untuk bersama dalam program ini dan ucapan terima kasih kerana telah berjaya mendapatkan kutipan derma sebanyak RM1130.45.Cek Replika disampaikan oleh YB Hamimah. Moga Allah memberkati usaha kita semua.


No comments:

Post a Comment