Sunday, March 8, 2009
Yayasan Harmoni Lancar RM250,000.00 sasaran Untuk Aman Palestin
Johor Bahru 7 Mac 2008 di the Zon Stulang Laut, satu majlis pelancaran pungutan dana oleh Yayasan Harmoni dengan kerjasama Atlan Holding, the Zon dan Aman Palestin telah berjaya dianjurkan. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Atlan Holding - General Dato Seri Panglima Azumi (Rtd), Pengurus Eksekutif Yayasan Harmoni - Tn Hj Adam Sani Abdullah, Pengerusi Aman Palestin Johor - Imam Ust. Mohd Akib Abdullah serta tetamu kehormat, sukarelawan AMan Palestin dan para pemberita.
Melalui kutipan yang dijalankan syarikat-syarikat dalam rangkaian the Zon dan Atlan Holding serta Yayasan Harmoni sendiri bermula hari ini sehingga akhir bulan Mei 2009, sejumlah RM250,000 adalah menjadi sasaran dan menurut Pengurus Eksekutif Yayasan Harmoni, jumlah tersebut adalah peringkat pertama yang akan diserahkan kepada Aman Palestin sebagai sumbangan yayasan untuk menjayakan projek pembinaan Hospital Pakar di Gaza yang sedang diusahakan oleh Aman Palestin.
Majlis di atas dipenuhi dengan tayangan multimedia yang menyentuh perasaan, ucapan wakil rakyat Palestin - Br. Muslim Abu Umar dan pamiran Aman Palestin di ruang legar the Zon yang akan terus berlangsung beberapa hari.
Penglibatan badan korporat sebegini rupa, sesungguhnya adalah suatu yang sangat membanggakan dan Insya ALlah akan benar-benar ditunggu-tunggu oleh rakyat Palestin yang benar-benar sedang menunggu bantuan dari rakyat Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment