Sunday, May 3, 2009

Mengimbau sejarah dalam kenangan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) turut ambil peduli tanggungjawab kepada Umat!


Jumaat , 30 Januari 2009 - Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa MARSAH (MPMM) dengan kerjasama bersama Aman Palestin Berhad bahagian Johor melalui wakilnya Mohd Fauzi Bin Abd Hamid, Setiausaha Eksekutif Aman Palestin Berhad telah mengadakan program Bulan Aman Palestin yang bertujuan untuk mewujudkan satu suasana bersama-sama bersimpati dan kasih terhadap saudara-saudara seagama yang sedang mengalami kemelut peperangan di negara Al-Quds, Palestin.

Program yang diisi dengan ceramah, jualan, tayangan, pameran serta kutipan derma tersebut sampai ke kemuncaknya pada hari Jumaat, 28hb Januari 2009 dengan Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh Ustaz Salleh Bin Sanwan selaku Pendaftar MARSAH. Hasil kutipan yang terkumpul melalui program ini adalah berjumlah RM 1715.60. Ianya akan diserahakan kepada wakil Aman Palestin Berhad sebagai badan yang bertanggungjawab memastikan wang yang didermakan tersebut sampai ke tangan mereka yang memerlukan.

Pihak MPMM, selaku penganjur program di kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini. Terutama kepada pihak pentadbiran MARSAH, Aman Palestin Berhad, Ahli Jawatankuasa MPMM serta pelajar-pelajar yang turut terlibat secara langsung di dalam memastikan program-program yang kami rancangkan sepanjang bulan Januari lalu berjalan dengan lancar. Apa yang kami harapkan dari program-program seperti ini ialah para warga Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dapat merasakan semangat ukhuwah islamiah yang jitu yang akan seterusnya membawa kepada penyatuan umat. Sekian. Wassalaamua’alaikum.

Presiden MPMM.

No comments:

Post a Comment