Monday, October 12, 2009

Aman Palestin Johor menjelaskan Isu Al-Aqsa Dalam Cengkaman Zionis di IKM JB





8 Oktober 2009 (Khamis) - Aman Palestin Johor telah mengadakan ceramah dan kutipan derma Palestin di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru, Larkin. Program yang bermula selepas solat isyak itu alhamdulillah mendapat sambutan penyertaan yang begitu baik
daripada pelajar lelaki mahupun perempuan. Turut hadir Ketua Warden, En Ibrahim dan Us. Amin selaku salah seorang tenaga pensyarah IKM JB. Kira-kira 60 - 70 orang pelajar yang menyertainya di Surau IKM JB.

Program dimulakan dengan Ceramah "Kenapa Palestin" disampaikan oleh Saudara Mohd Fauzi, wakil Aman Palestin Johor. Para peserta terpegun dan terkejut melihat keadaan
sebenar yang menimpa saudara-saudara Islam mereka di Palestin. Isu "Obama Barack" yang bertopeng dua muka juga menghangatkan suasana dewan surau.

Program ini sedikit sebanyak menyedarkan para pelajar IKM yang boleh dikategorikan dalam umur "belia".Bahawa banyak potensi yang baik di Malaysia boleh disumbangkan oleh belia dalam mengetengahkan Isu Palestin dalam Masyarakat.

Program tamat dengan hidangan jamuan oleh pihak IKM bersama Sukarelawan Aman Palestin yang lain. Kutipan sebanyak RM465.45 berjaya dikumpulkan melalui tenaga
gembleng para pelajar IKM JB. Syabas dan tahniah moga segala apa yang kita lakukan
mendapat keredhaan Allah s.w.t. Amin.

1 comment:

  1. salam syeikh ana ust amin IKMJB, wah dah masuk gambarnya, bagus perjuangan anta, teruskan sesungguhnya perjuangan anta murni di sisi Allah

    ni alamat blog ana, ada apa2 hantarlah khabar
    http://asshafiee.blogspot.com

    ReplyDelete