Friday, October 9, 2009

Pemuda PAS Bandar Tenggara nekad membantu demi rakyat Palestin pada Bulan Ramadhan 1430H yang lepas



16 - 17 Sept,(Rabu - Khamis) - Aman Palestin Johor bersama Pemuda PAS Bandar Tenggara sebagai Sukarelawan Aman Palestin telah mengadakan "KEMPEN AMAN PALESTIN" selama 2 hari pada minggu terakhir Ramadhan 1430H di Bandar Tenggara, Kulai Johor.

Kempen ini yang diadakan di Bazar Ramadhan telah menarik perhatian masyarakat sekitar khususnya Umat Islam di Bandar Tenggara, Kulai untuk melihat sendiri kempen tersebut. Terdapat Kutipan Derma dan Jualan Amal Aman Palestin yang telah dibuat. Ketua Sukarelawan kempen tersebut selaku wakil PAS Bandar Tenggara Kulai, En. Mohzit sangat berpuas hati dan mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana program berjalan lancar walaupun kempen tersebut berlangsung siang hingga malam. Demi Umat Islam yang berjuang di Palestin, kita sanggup lakukan apa sahaja demi membantu mereka. Alhamdulillah, hasil kutipan derma yang berjaya dikutip dan telah disalurkan kepada Aman Palestin untuk disampaikan kepada masyarakat Islam Palestin berjumlah RM1488.81.

Tahniah, pihak Aman Palestin ucapkan kepada semua yang terlibat moga kerjasama sebegini dapat diteruskan hingga ke masa hadapan.

No comments:

Post a Comment