Tuesday, March 31, 2009

BERSAMAMU PALESTIN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H



Alhamdulillah, Aman Palestin Johor sekali lagi berjaya bekerjasama dengan JKK Bandar Mas, Kota Tinggi, DUN PENAWAR dan KEJORA dalam menjayakan Program Bersamamu Palestin Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1430H. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah berlangsung pada 28 Mac 2009, bermula jam 6.30 p.m sehingga 12.30 p.m di Mini Stadium Kg. Bandar Mas.

Program bermula dengan Sudut Pameran Mini Palestin pada 6.30 p.m. Kemudian, 9.30p.m – dengan ucapan wakil pengerusi Aman Palestin Johor, En. Fauzi dan seterusnya Tayangan Multimedia Palestin yang dikendalikan oleh saudara Nur Hidayat (Wakil Kolej Islam Johor). Tayangan tersebut banyak memaparkan bagaimana Sukarelawan Aman Palestin Malaysia mengadakan delegasi ke Palestin untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat palestin terutamanya pelarian di Lubnan dan projek-projek Aman Palestin di sana.

Program diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Zulrahim dari Pasir Gudang. Beliau mengajak ahli kariah Kg. Bandar Mas untuk terus menyumbang kepada rakyat palestin melalui Aman Palestin kerana Rasulullah sendiri menyuruh umatnya banyak bersedekah.

Pihak Aman Palestin mengucapkan tahniah kepada JKK Program kerana menjemput Aman Palestin untuk bersama dalam program ini dan ucapan terima kasih kerana telah berjaya mendapatkan kutipan derma sebanyak RM1130.45.Cek Replika disampaikan oleh YB Hamimah. Moga Allah memberkati usaha kita semua.


Friday, March 13, 2009

AMAN PALESTIN MEMBANTU PERBANAN PERPUSTAKAAN MEWUJUDKAN PALESTINIAN CORNER





Selama dua minggu, AMan Palestin Johor membantu dan bekerjasama dengan Perbanan Perpustakaan Negri Johor menganjurkan pameran dan aktiviti kesedaran Palestin. Orang awam sekitar Johor Bahru boleh memperolehi makluamt dan latar belakan serta sejarah konflik Palestin dalam bentuk Poster, Keratan AKhbar, Tayangan Media dan Buku-buku yang ada dipasaran.
Tahniah kepada Pengurus dan pihak Perbadanan Perpustakaan Negeri Johor di atas inisiatif yang murni.

Sunday, March 8, 2009

Yayasan Harmoni Lancar RM250,000.00 sasaran Untuk Aman Palestin






Johor Bahru 7 Mac 2008 di the Zon Stulang Laut, satu majlis pelancaran pungutan dana oleh Yayasan Harmoni dengan kerjasama Atlan Holding, the Zon dan Aman Palestin telah berjaya dianjurkan. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Atlan Holding - General Dato Seri Panglima Azumi (Rtd), Pengurus Eksekutif Yayasan Harmoni - Tn Hj Adam Sani Abdullah, Pengerusi Aman Palestin Johor - Imam Ust. Mohd Akib Abdullah serta tetamu kehormat, sukarelawan AMan Palestin dan para pemberita.
Melalui kutipan yang dijalankan syarikat-syarikat dalam rangkaian the Zon dan Atlan Holding serta Yayasan Harmoni sendiri bermula hari ini sehingga akhir bulan Mei 2009, sejumlah RM250,000 adalah menjadi sasaran dan menurut Pengurus Eksekutif Yayasan Harmoni, jumlah tersebut adalah peringkat pertama yang akan diserahkan kepada Aman Palestin sebagai sumbangan yayasan untuk menjayakan projek pembinaan Hospital Pakar di Gaza yang sedang diusahakan oleh Aman Palestin.
Majlis di atas dipenuhi dengan tayangan multimedia yang menyentuh perasaan, ucapan wakil rakyat Palestin - Br. Muslim Abu Umar dan pamiran Aman Palestin di ruang legar the Zon yang akan terus berlangsung beberapa hari.
Penglibatan badan korporat sebegini rupa, sesungguhnya adalah suatu yang sangat membanggakan dan Insya ALlah akan benar-benar ditunggu-tunggu oleh rakyat Palestin yang benar-benar sedang menunggu bantuan dari rakyat Malaysia.

Saturday, March 7, 2009

DARI KAMU UNTUK GAZA







Jumaat 6 Mac 2009, Kelab Thesis Tahun Akhir Senibina UTM telah berjaya menganjurkan program "Dari Kamu Untuk Gaza". Majlis terbahagi kepada dua segmen iaitu wakti pagi di Bilik Seminar Fakulti Alam Bina UTM dalam bentuk ceramah palestin dan pameran. Wakil Aman Palestin Imam Ustaz Mohd Akib dan PM Dr Mohd Zin memberikan ceramah dan dikuti dengan soal jawab. Beberapa persoalan penting diketengahkan para bakal arkitek yang hadir. Beberapa orang pensyarah Seni Bina juga turut hadir.
Di sebelah malam pula di adakan majlis makan malam yang di adakan di bangunan Canselori UTM. Majlis dimulai dengan tayangan multimedia Palestin, Deklamasi Sajak, Ucapan Timbalan Dekan - Prof Dr Hamdan AHmad, Ucapan Wakil Aman Palestin Tn Hj Tahir Hamdan dan persempahan kesenian serta penyerahan cek kutipan dana kemanusiaan oleh Prof Hamdan kepada Th Hj Tahir. Majlis dihadiri oleh pelajar-pelajar dan kakitangan UTM. Teman Dari Kamu Untuk Gaza memberikan kesan yang mendalam kepada para hadirin bagaimana kesengsaraan rakyat Palestin dan simpati serta kebersamaan pelajar dan staf dalam negei dan luar negara yang berbilang kaum. Sdr Jack merupakan Pengerusi Program dan turut dibantu oleh Sdr Rofi dan pengemblengan tenaga padu dari pelajar-pelajar thesis tahun akhir senibina.

SEKOLAH DI MERSING PERIHATIN



Wakil Aman Palestin, saudara AHmadi telah menerima memberikan ceramah dan menerima sumbangan dari sebuah sekolah di Mersing. Jualan produk-produk Palestin Juga diadakan.

Monday, March 2, 2009

MAJLIS PELANCARAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN UNTUK MANGSA PENCEROBOHAN ZIONIS ISRAEL DI PALESTINE - THE ZON JOHOR BAHRU

3 Mac (Selasa) –12 Mac (Khamis)
Pameran Palestin dan Kutipan “The Zon Johor Bahru” Stulang.

7 Mac 3p.m,:Pelancaran Program :VIP Yayasan Harmoni + Semua Wakil Aman Palestin Johor.

Tempat : The Zon Johor Bahru, Atrium Level 1