Friday, May 29, 2009

Mengenang Kembali Ekspedisi Road Show Berbasikal Semalaysia




(Gambar : Sukarelawan Aman Palestin di Kulai Johor)

Tahun 2008 merupakan tarikh keramat bagi Aman Palestin Malaysia apabila
Sukarelawan Aman Palestin yang berasal dari Utara Malaysia telah nekad untuk menjalankan ekspedisi berbasikal dari Utara Malaysia hingga ke Selatan Malaysia.Ekspedisi yang boleh dikatakan berjiwa berani ini hanya terdiri daripada dua orang iaitu Bekas Guru yang bergelar Cikgu Sahideen, 63 tahun dan seorang belia berumur 22 tahun. Perjalanan Ekspedisi berbasikal mengambil masa berminggu-minggu ini berobjektifkan Kempen Aman Palestin di seluruh Malaysia.

Di antara aktiviti yang dilakukan semasa sepanjang ekspedisi ialah memberi penerangan tentang Isu Palestin kepada sesiapa sahaja apabila beliau berhajat
berhenti di premis-premis atau tempat tertentu. Di samping itu, beliau juga
mengutip derma bagi Tabung Aman Palestin. Bayangkan bagaimana seorang
sukarelawan yang berumur 63 tahun sanggup berbasikal seluruh Malaysia
untuk menunjukkan keprihatinan yang amat tinggi beliau terhadap Isu Palesin. Bagaimana pula dengan semangat dan jiwa berani belia-belia dan remaja-remaja di Malaysia ini!Tidak tercabar ke kepada jiwa-jiwa mereka.Persoalan yang wajib dijawab!

Semoga Allah s.w.t merahmati segala pengorbanan yang telah diimplementasikan oleh Cikgu Sahideen dan memberi pahala sebanyak-banyaknya kepada beliau. Ameen.

Monday, May 4, 2009

Uitm Kampus Bandaraya Johor Bahru dalam kenangan pupuk kesedaran peduli ummat



Kata-Kata Dekan UITM Segamat pada masa Program Ihya’ Ramadhan tahun lalu
Kami telah dipertontonkan dengan kekejaman terhadap orang-orang muslim di Palestin, Afghanistan, Chechnya, Afghanistan, India, Serbia dan di seluruh pelusuk dunia.
Hati terkedu, tersedu dan sebak melihat tayangan tersebut. Itu yang tersurat dan tergambar dengan mata kasar. Lemah dan hinanya umat Islam.
Mereka yang kehilangan anak, suami - isteri dan sanak saudara menangis mendayu-dayu. Merintih dan meraung-raung sambil mengutuk mereka yang melakukannya.
Saya mungkin tidak dapat membayangi betapa peritnya penderitaan yang telah mereka tempuh. Namun dicelah-celah suasana tersebut, saya terlintas - mungkin jauh-jauh - dan bertanya: Kenapa tiada satu pun yang memohon pertolongan Allah, menyebut Allah, merintih - Ya Allah bantulah kami, Ya Allah. Mungkin mereka tidak merakam bahagian tersebut. Atau ia hanya secara kebetulan.
Ia boleh berlaku di Malaysia. Saya menyeru [sambil mengingati diri sendiri] kepada para hadirin:
Marilah kita berbalik kepada yang asas, bersolat 5 waktu, mengingati Allah dan memohon perlindungannya. Marilah kita belajar bersungguh-sungguh, belajar supaya jadi manusia yang cemerlang supaya kita dapat melindungi umat Islam. Ingat, Allah sentiasa mengingati hambanya, Aku dekat denganmu, Aku dekat denganmu!



Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada warga UiTM Johor, Kampus Bandaraya JB.

Sunday, May 3, 2009

Mengimbau sejarah dalam kenangan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) turut ambil peduli tanggungjawab kepada Umat!


Jumaat , 30 Januari 2009 - Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa MARSAH (MPMM) dengan kerjasama bersama Aman Palestin Berhad bahagian Johor melalui wakilnya Mohd Fauzi Bin Abd Hamid, Setiausaha Eksekutif Aman Palestin Berhad telah mengadakan program Bulan Aman Palestin yang bertujuan untuk mewujudkan satu suasana bersama-sama bersimpati dan kasih terhadap saudara-saudara seagama yang sedang mengalami kemelut peperangan di negara Al-Quds, Palestin.

Program yang diisi dengan ceramah, jualan, tayangan, pameran serta kutipan derma tersebut sampai ke kemuncaknya pada hari Jumaat, 28hb Januari 2009 dengan Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh Ustaz Salleh Bin Sanwan selaku Pendaftar MARSAH. Hasil kutipan yang terkumpul melalui program ini adalah berjumlah RM 1715.60. Ianya akan diserahakan kepada wakil Aman Palestin Berhad sebagai badan yang bertanggungjawab memastikan wang yang didermakan tersebut sampai ke tangan mereka yang memerlukan.

Pihak MPMM, selaku penganjur program di kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini. Terutama kepada pihak pentadbiran MARSAH, Aman Palestin Berhad, Ahli Jawatankuasa MPMM serta pelajar-pelajar yang turut terlibat secara langsung di dalam memastikan program-program yang kami rancangkan sepanjang bulan Januari lalu berjalan dengan lancar. Apa yang kami harapkan dari program-program seperti ini ialah para warga Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dapat merasakan semangat ukhuwah islamiah yang jitu yang akan seterusnya membawa kepada penyatuan umat. Sekian. Wassalaamua’alaikum.

Presiden MPMM.