Thursday, October 15, 2009

Jumlah Kutipan Aman Palestin Johor



Sejak Januari 2009 hingga ke Oktober 2009 sebanyak lebih kurang RM375,000 telah
berjaya dikumpulkan hasil sumbangan semua rakyat Malaysia tidak mengira agama, bangsa
dan peringkat umur khususnya penduduk sekitar Johor.

Aman Palestin Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang. Moga dengan sumbangan yang amat bermakna ini bagi rakyat Palestin akan menambahkan lagi rezeki para penyumbang dengan berlipat-ganda banyaknya.

Aman Palestin Johor mengharapkan lebih ramai lagi penyumbang sama ada daripada pihak individu, berkumpulan,NGO, badan swasta dan kerajaan untuk tampil memberi sumbangan untuk disalurkan kepada projek - projek kemanusiaan di Palestin melalui Aman Palestin Berhad.(WWW.AMANPALESTIN.ORG)

Projek Aman Palestin Johor 2009 sehingga 2010




Aman Palestin Johor akan meneruskan mini projek yang dirangka oleh Aman Palestin Pusat yang lalu untuk dilaksanakan :-



a) Projek Kutipan Derma Masjid dan Surau seluruh Johor
b) Projek Kutipan Derma dan Ceramah AP : Sekolah Menengah Keb. dan Agama Negeri Johor
c) Projek Kutipan Derma dan Ceramah di seluruh IPT Negeri Johor
d) Projek Dana Palestin bersama Syarikat/Institusi

Aman Palestin Johor menyeru semua pihak agar dapat memberi bantuan sama ada dari aspek tenaga, kewangan, kemahiran dan sebagainya kepada Aman Palestin demi menyelamatkan serta membela Masjid Al-Aqsa yang telah dijajah oleh Zionis.

Link ke : amanpalestin.org

Monday, October 12, 2009

Aman Palestin Johor menjelaskan Isu Al-Aqsa Dalam Cengkaman Zionis di IKM JB





8 Oktober 2009 (Khamis) - Aman Palestin Johor telah mengadakan ceramah dan kutipan derma Palestin di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru, Larkin. Program yang bermula selepas solat isyak itu alhamdulillah mendapat sambutan penyertaan yang begitu baik
daripada pelajar lelaki mahupun perempuan. Turut hadir Ketua Warden, En Ibrahim dan Us. Amin selaku salah seorang tenaga pensyarah IKM JB. Kira-kira 60 - 70 orang pelajar yang menyertainya di Surau IKM JB.

Program dimulakan dengan Ceramah "Kenapa Palestin" disampaikan oleh Saudara Mohd Fauzi, wakil Aman Palestin Johor. Para peserta terpegun dan terkejut melihat keadaan
sebenar yang menimpa saudara-saudara Islam mereka di Palestin. Isu "Obama Barack" yang bertopeng dua muka juga menghangatkan suasana dewan surau.

Program ini sedikit sebanyak menyedarkan para pelajar IKM yang boleh dikategorikan dalam umur "belia".Bahawa banyak potensi yang baik di Malaysia boleh disumbangkan oleh belia dalam mengetengahkan Isu Palestin dalam Masyarakat.

Program tamat dengan hidangan jamuan oleh pihak IKM bersama Sukarelawan Aman Palestin yang lain. Kutipan sebanyak RM465.45 berjaya dikumpulkan melalui tenaga
gembleng para pelajar IKM JB. Syabas dan tahniah moga segala apa yang kita lakukan
mendapat keredhaan Allah s.w.t. Amin.

Friday, October 9, 2009

Pemuda PAS Bandar Tenggara nekad membantu demi rakyat Palestin pada Bulan Ramadhan 1430H yang lepas



16 - 17 Sept,(Rabu - Khamis) - Aman Palestin Johor bersama Pemuda PAS Bandar Tenggara sebagai Sukarelawan Aman Palestin telah mengadakan "KEMPEN AMAN PALESTIN" selama 2 hari pada minggu terakhir Ramadhan 1430H di Bandar Tenggara, Kulai Johor.

Kempen ini yang diadakan di Bazar Ramadhan telah menarik perhatian masyarakat sekitar khususnya Umat Islam di Bandar Tenggara, Kulai untuk melihat sendiri kempen tersebut. Terdapat Kutipan Derma dan Jualan Amal Aman Palestin yang telah dibuat. Ketua Sukarelawan kempen tersebut selaku wakil PAS Bandar Tenggara Kulai, En. Mohzit sangat berpuas hati dan mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana program berjalan lancar walaupun kempen tersebut berlangsung siang hingga malam. Demi Umat Islam yang berjuang di Palestin, kita sanggup lakukan apa sahaja demi membantu mereka. Alhamdulillah, hasil kutipan derma yang berjaya dikutip dan telah disalurkan kepada Aman Palestin untuk disampaikan kepada masyarakat Islam Palestin berjumlah RM1488.81.

Tahniah, pihak Aman Palestin ucapkan kepada semua yang terlibat moga kerjasama sebegini dapat diteruskan hingga ke masa hadapan.