Wednesday, March 13, 2013

Jualan Amal Sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 di SK Indahpura, Kulaijaya


     Pada 3 Mac 2013, pihak Aman Palestin Johor telah membuka jualan dan pameran di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulaijaya sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
                                 


     Kami membuka jualan di perkarangan kantin sekolah tersebut. Alhamdulillah, kami mendapat sambutan yang meriah daripada warga SK Taman Indahpura 1 dengan memberi sumbangan wang ringgit mereka ke dalam tabung yang telah disediakan, membeli barang-barang jualan seperti mafla, buku-buku dan t-shirt.



     Terdapat juga beberapa warga SK Taman Indahpura 1 tidak kira guru-guru ataupun pelajar-pelajar turut mengunjungi dan melihat pameran tentang Palestin yang telah kami sediakan. Mereka sangat gemar mengetahui tentang isu-isu Palestin yang semakin hangat diperkatan di seluruh masyarakat dunia.




     Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Sk Taman Indahpura 1 kerana sudi untuk berkunjung ke gerai kami untuk memberikan sumbangan mereka kepada rakyat Palestin dalam pelbagai bentuk seperti pembelian amal, wang ringgit dan lain-lain.





     Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput kami untuk membuka jualan dan pameran di sekolah tersebut. Kami juga mengalu-alukan pihak sekolah untuk menjemput kami mengadakan jualan dan pameran di sana pada bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment