Pihak Aman Palestin Johor sekali lagi telah mengadakan
jualan amal di Bangunan MPC di Bandar Baru Uda sempena Sambutan Maulidur Rasul
anjuran Persatuan Pekerja Islam Maybank pada 2 Mac 2013.
Alhamdulillah kunjungan mereka ke gerai kami sangat
memuaskan dan ramai antara mereka memberi sumbangan wang ringgit ke dalam
tabung yang telah disediakan untuk kegunaan rakyat Palestin.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung
yang sudi hadir ke gerai kami untuk sama-sama membantu rakyat Palestin yang
masih lagi berada dalam kesusahan dan penindasan.
No comments:
Post a Comment