Pada 20 April yang lalu, pihak Aman Palestin Johor telah
dijemput oleh Badan Kebajikan MAJLEZA untuk membuka jualan amal serta pameran
di Padang Besar, Taman Desa Harmoni sempena Program JB Berselawat serta Ihtifal
Qiraah Al-Quran Kali Ke-4.
Banyak aktiviti kerohanian yang telah dilaksanakan seperti
haflah Al-Quran, qasidah dan tazkirah sepanjang program tersebut adalah bertujuan
untuk memperingati junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta mendekatkan
diri kita kepada Allah SWT.
Majlis
tersebut bermula pada 9 malam yang dirasmikan oleh al-Mukarram Dato’ Tahrir
bin Dato’ Haji Shamsudin, Mufti Johor. Turut hadir ke majlis tersebut ialah kumpulan
nasyid Al-Mawlid dan beberapa orang ulama yang terkenal di Malaysia.
Para muslimin
dan muslimat yang hadir ke majlis tersebut tidak melepaskan peluang berkunjung
ke gerai jualan kami untuk membeli barangan Aman Palestin. Mereka berminat
untuk membantu rakyat Palestin dengan cara pembelian amal serta sumbangan wang
ringgit ke dalam tabung Palestin yang telah disediakan.
Sambutan
hangat juga turut diberikan oleh para pengunjung di pameran dan tayangan yang
telah disediakan berkenaan dengan isu semasa yang berlaku Palestin pada masa
kini. Ternyata mereka amat simpati terhadap penderitaan yang berlaku ke atas
rakyat-rakyat Palestin.
Pihak Aman
Palestin Johor amat berpuas hati dengan kunjungan hebat yang diberikan dan kami
mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung yang membeli barangan
Aman palestin dan memberi sumbangan wang ringgit ke dalam tabung Palestin.