Tuesday, April 16, 2013

Jelajah Puan Hashimah (Ceramah Bersamamu Palestin 2013)


     Pada 28-29 Mac 2013, pihak Aman Palestin telah mengadakan Ceramah Bersamamu Palestin yang telah disampaikan oleh perunding Aman Palestin Malaysia, Puan Hajah Hashimah Binti Saleh.


     Pada hari pertama bertarikh 28 Mac (Jumaat), ceramah ini diadakan selepas waktu maghrib di Masjid Nurus Sa’adah, Felda Taib Andak, Kulaijaya. Ramai jemaah yang hadir untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Puan Hashimah yang mempunyai pengalaman melawat rakyat Palestin di kem-kem pelarian di Lubnan seperti kem Shabra dan Shatilla.


     Banyak pengalaman yang beliau kongsikan kepada para jemaah yang hadir untuk menunjukkan bahawa betapa sedihnya rakyat-rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi oleh rejim zionis.


     Pada keesokan harinya, sekali lagi Puan Hashimah memberi ceramah di Masjid Al-Mubarak, Bandar Putra Kulai selepas waktu isyak.


     Perkongsian pengalaman dan nasihat yang diberikan oleh beliau mengenai Palestin sangat memberi kesan yang positif kepada jemaah yang hadir. Isu-isu Palestin pada hari ini perlu dititik beratkan oleh seluruh masyarakat dunia sama ada yang beragama Islam ataupun tidak demi mempertahankan hak kemanusiaan rakyat-rakyat Palestin.


     Selain ceramah yang diberikan oleh Puan Hashimah, pihak Aman Palestin Johor juga ada membuka jualan amal di perkarangan masjid tersebut. Kami mendapat sambutan yang menggalakkan dari jemaah yang hadir. 



     Segala sumbangan dan kehadiran para jemaah kami dahulukan dengan jutaan terima kasih. Semoga jasa baik kalian akan dibalas oleh Allah SWT dengan rezeki yang banyak.

No comments:

Post a Comment