Friday, April 26, 2013

JB Berselawat serta Ihtifal Qiraah Al-Quran Kali Ke-4


     Pada 20 April yang lalu, pihak Aman Palestin Johor telah dijemput oleh Badan Kebajikan MAJLEZA untuk membuka jualan amal serta pameran di Padang Besar, Taman Desa Harmoni sempena Program JB Berselawat serta Ihtifal Qiraah Al-Quran Kali Ke-4.


     Banyak aktiviti kerohanian yang telah dilaksanakan seperti haflah Al-Quran, qasidah dan tazkirah sepanjang program tersebut adalah bertujuan untuk memperingati junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.




     Majlis tersebut bermula pada 9 malam yang dirasmikan oleh al-Mukarram Dato’ Tahrir bin Dato’ Haji Shamsudin, Mufti Johor. Turut hadir ke majlis tersebut ialah kumpulan nasyid Al-Mawlid dan beberapa orang ulama yang terkenal di Malaysia.






     Para muslimin dan muslimat yang hadir ke majlis tersebut tidak melepaskan peluang berkunjung ke gerai jualan kami untuk membeli barangan Aman Palestin. Mereka berminat untuk membantu rakyat Palestin dengan cara pembelian amal serta sumbangan wang ringgit ke dalam tabung Palestin yang telah disediakan.



     Sambutan hangat juga turut diberikan oleh para pengunjung di pameran dan tayangan yang telah disediakan berkenaan dengan isu semasa yang berlaku Palestin pada masa kini. Ternyata mereka amat simpati terhadap penderitaan yang berlaku ke atas rakyat-rakyat Palestin.




     Pihak Aman Palestin Johor amat berpuas hati dengan kunjungan hebat yang diberikan dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung yang membeli barangan Aman palestin dan memberi sumbangan wang ringgit ke dalam tabung Palestin. 




     Jutaan terima kasih juga kami tujukan kepada pihak MAJLEZA menjemput kami ke majlis tersebut dan pihak-pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu kami mengadakan jualan amal dan kutipan derma Palestin sepanjang majlis tersebut berlangsung.

No comments:

Post a Comment