Wednesday, September 14, 2011

Hari Unesco Sedunia Sempena Selamatkan Masjid Al-Agsa dari Ancaman Zionis

Program ini merupakan Anjuran pihak UTHM dengan kerjasama Aman Palestin Johor. Dijangka seramai 400 orang akan hadir,jadi marilah datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini disamping beramal.

Aturcara Program
*************************

8.00-8.30 pagi -  Pendaftaran Peserta/Pameran

8.30-9.00 pagi - Jamuan Minum Pagi VVIP/VIP dan peserta

9.00-9.20 pagi -Ucapan Alu-aluan
                         Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al Edrus
                         Pengarah Pusat Islam

9.20-9.45 pagi -Ucapan Perasmian dan Pelancaran Aman Tabung Palestin
                          Profesor Dato'. Dr. Mohd Noh Bin Dalimin
                          Naib Canselor UTHM

                       -Persembahan 'Choral Speaking Palestin' oleh:
                          "Kumpulan Pelajar SMK Seri Gading".

9.45-10.45 pagi -Ceramah 1 : Mejar Nadzri Bin Munsman
                           (Masjid Al-Aqsa dalam Bahaya dan kesannya kepada ummah)

10.45-11.45 pagi -Ceramah 2 : Prof Madya Dr Hj Zainur Rashid Bin Zainuddin
                             (Intifadhah -Merintis Generasi Salahuddin dalam Mengakhiri Agenda Zionis)

11.45-12.30 pagi -Dokumentari Kezaliman Zionis
                            -Jamuan Makan Tengahari VVIP/VIP dan peserta


* sebarang perubahan aturcara program akan dimaklumakan nanti.
* sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat Aman Palestin johor di talian 07-2367506.

** 1 Maruah 1 Ummah - Kesucian Baitul Maqdis **

Wednesday, July 13, 2011

Aman Palestin di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang


Aman Palestin dengan kerjasama, Pejabat Daerah Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang akan meganjurkan sebuah program iaitu PROGAM BERSAMAMU PALESTIN. Merupakan sebuah program yang berkonsepkan berhibur sambil menderma untuk mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Palestin.

Turut serta mendapat kerjasama dari KEMAS dan Johor FM serta badan bukan kerajaan iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Kelab Remaja ISMA (KRIM), Kelab Anak Hebat (NAZIM) serta Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Pelbagai aktiviti menarik seperti 'roadshow' aman palestin, cabutan bertuah, persembahan artis dan banyak lagi, serta pelbagai hadiah istimewa menanti anda!

Tidak lupa juga penampilan ikon tabung aman palestin Farah Adeeba yang didatangkan khas, turut akan memeriahkan Program Bersamamu Palestin ini.

Jangan lepaskan peluang sertai kami pada 15-17 Julai 2011, 10.00pg - 10.00mlm di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Berhibur sambil menderma. Jumpa di sana!

Wednesday, June 29, 2011

ILP Pasir Gudang gembira menerima kehadiran Aman Palestin

Pada 3 Mac 2011 yang lalu, Aman Palestin Berhad Cawangan Johor dijemput bersama dalam
program "Tangisan Gaza" di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang Johor Bahru. Seramai lebih kurang
300 pelajar ILP Pasir Gudang yang telah menyertai program tersebut.

Program tersebut telah bermula dengan kempen kesedaran selama dua minggu  dan kutipan palestin disusuli program

kemuncak iaitu Ceramah "Tangisan Gaza". Ini merupakan tahun ke-dua ILP Pasir Gudang menjemput



Aman Palestin Johor untuk menjayakan bersama dalam program murni ini.

Monday, June 13, 2011

Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin, Mersing

       Alhamdulillah, segala puji  bagi Allah swt yang telah mengizinkan segala perancangan hamba-Nya terlaksana. Syukur juga di atas limpahan rahmat-Nya yang memayungi jiwa-jiwa insan yang ingin terus menyumbang dan berbakti terhadap Palestina. Moga keringat yang mengalir akan menjadi saksi semangat dan perjuangan di hari perhitungan kelak.

       Pada tanggal 28 Januari 2011 hingga 6 Februari 2011, buat julung kalinya Aman Palestin Johor dengan kerjasama Majlis Daerah Mersing telah mengadakan Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin (KKRP) di Dataran Pulau, Mersing, Johor. Karnival yang berlangsung selama 10 hari ini telah berjaya menarik ribuan pengunjung yang terdiri daripada penduduk sekitar Mersing khususnya dan pengunjung dari daerah-daerah lain di negeri Johor amnya.

      Aktiviti yang dilaksanakan oleh krew Aman Palestin Johor sepanjang karnival ini berlangsung antaranya termasuklah kutipan tabung derma Palestin, jualan amal barangan Aman Palestin, lelongan amal, kuiz dan cabutan bertuah, pameran bahan dan informasi tentang Palestin serta pertunjukan video peristiwa berdarah di Palestin. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan daripada Persatuan Belia Islam Nasional Johor (PEMBINA) yang telah menyumbang tenaga dan masa demi menjayakan karnival ini. Sesungguhnya, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan budi yang dicurahkan.


      Daerah Mersing menjadi lokasi pilihan untuk mengadakan karnival ini kerana Mersing terkenal sebagai destinasi tarikan pelancong. Oleh itu, KKRP ini dilihat mampu menjadi tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Mersing. Selain gerai jualan dan pameran APJ, terdapat pelbagai jenis gerai jualan makanan, pakaian dan barangan kesihatan yang dibuka.


      Kedudukan Mersing yang berhampiran dengan kawasan laut dan sentiasa berangin memberi kelebihan buat krew Aman Palestin Johor. Tiupan angin seakan menghembus semangat perjuangan kepada pengunjung yang hadir. Bendera-bendera Palestin berkibar dengan megah tanda positif sokongan yang tidak berbelah bahagi pengunjung di Mersing terhadap rakyat Palestin yang berterusan berjuang memerdekakan tanah air mereka walau nyawa jadi taruhan.

 
     
       Diharap KKRP  di Mersing ini berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk membuka mata orang awam tentang kepentingan perjuangan membebaskan Palestin dari jajahan Zionis Yahudi serta memberi kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab yang boleh dimainkan masyarakat dalam membantu rakyat Palestin yang dizalimi. Biar jarak beribu batu, doa dan sumbangan akan terus disalurkan kerana kami menyedari hakikat bahawa sesungguhnya Muslim itu bersaudara.




    

 

Projek Pemusnahan Identiti Masjid di Palestin

Projek meng’yahudi’kan bumi Palestin tidak hanya berlaku di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa sahaja bahkan di keseluruhan kawasan bumi Palestin yang telah dijajah pada tahun 1948 dan 1967. Tidak kurang daripada 1200 buah masjid telah dimusnahkan identitinya oleh rejim zionis sejak tahun 1948 (Nakbah).
Berikut adalah sebahagian daripada foto masjid-masjid yang telah dinodai oleh zionis Israel untuk diinsafi oleh semua umat Islam.
1-Masjid Afoula (  مسجد العفولة  )   yang telah ditukar menjadi sinagog Yahudi.

2-Masjid ‘ain Kareem (  مسجد عين كارم  ) yang kini digunakan untuk pusat pelacuran

3-Masjid Bassa (  مسجد البصة  )  yang terletak di Daerah Acre, kini digunakan sebagai pusat biri-biri

4-Majid ‘ain Hawad (  مسجد عين حوض  ) di Haifa, kini didunakan sebagai restoren dan bar

5-Masjid Ahmar ( المسجد الأحمر  ) , kini dijadikan sebagai markas politik Parti Qadeema Israel

6-Masjid ‘ain Zaytounah (مسجد عين الزيتونة), yang kini digunakan sebagai kandang lembu

7-Masjid Jadid (  المسجد الجديد  )  di pantai Haifa, kini digunakan sebagai restoren dan bar

8-Masjid Khalisah ( مسجد الخالصة  )  di Safad, kini digunakan sebagai Museum Perbandaran

9-Masjid Nabi Yusha’ (  مسجد النبي يوشع  )di daerah Safad yang telah rosak dan tidak dibenarkan untuk dibaik-pulih.
10-Masjid az Zaeb (مسجد الزيب ) di Daerah Acre yang kini digunakan sebagai setor penyimpanan barangan pertanian
Foto-foto di atas hanya 10 daripada kira-kira 1200 masjid-masjid di Palestin yang telah dirampas oleh regim Israel. Kemuncak projek ini ialah dengan memusnahkan Masjid al-Aqsa dan digantikan dengan The Solomon temple yang telah mereka idam-idamkan selama ini.
Foto ini adalah satu daripada puluhan versi ‘artist impression’ kepada ‘The Solomon Temple’ yang direka oleh arkitek-arkitek zionis.
Tidak ada erti Palestin tanpa Baitul Maqdis dan tidak ada erti Baitul Maqdis tanpa Masjid al-Aqsa. Kalau dahulu Baitul Maqdis telah dibuka oleh Umar al-Khattab daripada jajahan Romawi dan kemudiannya dibebaskan oleh Solahuddin daripada jajahan salib.
Kini, di manakah Umar dan Solahuddin yang baru yang akan membebaskan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis daripada cengkaman zionis Israel?
Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban



Thursday, June 2, 2011

TOT Sukarelawan Aman Palestin Johor; Persediaan Karnival di Mersing

      

         Pada 23 Januari 2011, Aman Palestin Johor telah mengadakan Training Of Trainers (T.OT) bagi para sukarelawan yang akan turun membantu pihak Aman Palestin Johor di Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin (KKRP) di Mersing.  Seramai 32 orang sukarelawan hadir ke T.O.T yang diadakan di Pejabat Aman Palestin Johor yang terletak di Taman Setia Tropika, Johor Bahru. Program ini bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Penceramah jemputan adalah Ustaz Amiruddin. Turut hadir pada sesi TOT ini adalah Tn Haji Bariman bin Yasimin, Pengerusi Aman Palestin Johor.




          Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman yang jelas dan maklumat yang sebenar berkenaan isu Palestin sebagai isu akidah, perjuangan dan kemanusiaan yang global. Selain itu, TOT ini diadakan bagi menunjukkan sokongan rakyat malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk menyelamatkan Masjid A-Aqsa dan membebaskan bumi Anbiya' ini melalui aktiviti-aktiviti terancang dan bersepadu. 





   
       Besar harapan kami di Aman Palestin Johor agar para sukarelawan dapat menghayati objektif program ini dan dapat berkongsi ilmu yang diperoleh kepada masyarakat di luar sana. Secara tidak langsung, para sukarelawan yang hadir dapat menjadi duta@jurucakap bagi produk Aman Palestin. Semoga TOT Aman Palestin akan datang dapat dihadiri oleh lebih ramai sukarelawan yang bersedia berjuang demi bumi cinta, Palestina.






Wednesday, April 27, 2011

Anak-Anak Yatim Palestin sangat perlukan penaja-penaja di Malaysia

Khalid Khalid Ramadhan Al-amrity , Anak Yatim Palestin

Aman Palestin Cawangan Johor kini sedang menjalankan kempen bagi mendapatkan penaja bagi anak-anak yatim Palestin. Semua anak yatim Palestin ini telah kematian bapa yang dibunuh oleh Yahudi Zionis. Mereka kini tinggal bersama ibu masing-masing di rumah yang amat daif. Mereka amat memerlukan bantuan daripada rakyat Malaysia.
Aman Palestin telah menyediakan pakej yang amat berpatutan untuk rakyat Malaysia membantu mereka. Tajaan setiap orang anak yatim ialah sebanyak RM150 secara bulanan untuk tempoh setahun. Bayaran boleh dibuat secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan.



Bagi sesiapa yang berminat menaja anak-anak yatim ini adalah amat dialu-alukan. Maklumat lanjut berkaitan kempen ini boleh didapati dengan menghubungi En. Mohd Fauzi Bin Abd Hamid, Pengurus Aman Palestin Cawangan Johor di talian 019-3314342.

Anak-Anak Yatim Palestin sangat perlukan penaja-penaja di Malaysia


Alhamdulillah, segala puji milik Allah. Tuhan Pencipta Alam ini. Dengan sokongan seluruh rakyat malaysia
akhirnya Aman Palestin berjaya membuka pejabat cawangannya di Gaza. Dengan adanya pejabat Aman Palestin Berhad Cawangan Gaza dapat membantu memudahkan saluran-saluran dana dimanfaatkan bagi membantu meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin terutamanya dana yang bersifat urgensi untuk anak-anak yatim Palestin.

Anak-anak yatim Palestin sebenarnya ibarat seperti anak-anak kita  yang lain di Malaysia. Keprihatinan
kita dengan menaja mereka akan membuatkan mereka terasa dihargai untuk terus mempertahankan
bumi Palestin yang dijajah oleh Zionis.

Sebenarnya, Penajaan Anak Yatim Palestin RM150 yang kita sumbangkan secara bulanan tidak mencukupi buat mereka tetapi cukuplah sekadar mengurangkan rasa perit, pedih dan sedih mereka kerana kehilangan
segala-galanya. Jika kita tidak menyokong usaha murni, siapa lagi yang boleh kita harapkan.

Anak-Anak yatim ini berani dan lantang berkata :

Kenapa kamu semua wahai muslimin dan muslimat di luar sana hanya mahu melihat kami terus terseksa
Sedangkan Israel menceroboh tanah air kami
Membakar ladang dan tanaman kami
Memusnahkan rumah-rumah kami
Merampas pekerjaan kami
Mencuri air kami
Merompak tanah kami
Dan ....

Memenjarakan ayah-ayah kami
Membunuh ibu-ibu kami
Menghancurkan masa depan kami
Menjadikan kebuluran santapan istimewa kami
Meyatimkan bayi-bayi Palestin
Meletupkan kilang-kilang, sekolah
Dan masjid kami ...

"Aina antum" - Di manakah kalian semua ?!
"Aina antum" - Di manakah kalian semua ?!
Adakah kalian sekadar melihat ?!
Sesungguhnya Allah s.w.t akan menghitung sikap berdiam diri kalian!

Tolong kami ya Allah!
Bantulah kami !!
Ya Rob . Ya Rob ...

Saturday, April 2, 2011

Skuad Aman Palestin Johor beraksi


Kota Damansara, 28/03/2011 - Aman Palestin Johor telah menerima undangan Aman Palestin Pusat
dengan melaksanakan aktiviti riadah Aman Palestin iaitu bermain futsal di salah sebuah Futsal Sport Centre
di Kota Damansara. Peristiwa yang penuh bermakna ini pasti tidak akan dilupakan oleh semua yang menyertai perlawanan persahabatan tersebut setelah berkursus pada pagi hingga petangnya.

Tuesday, January 25, 2011

Pertemuaan dengan CEO Aman Palesin caw Gaza


19 Januari 2011, Sejarah sekali lagi terpahat pada 2011 ini kerana diadakan mesyuarat dengan CEO Aman Palestin caw Gaza Ir Omar Siyam beserta pembantunya Mansor di pejabat Aman Palestin cawangan Damansara. Perbincangan kali ini lebih berkisar keadaan terkini di Palestin khususnya Aman Palestin di Gaza.

Ini menunjukkan betapa komitmennya aman Palestin dalam menjayakan & membebaskan Al-Quds tercinta. Semua staf-staf Pusat & Pengurus setiap cawangan kecuali Sarawak hadir untuk mendengar & beramah mesra dgn Ir Omar Siyam. 

Kami juga dikejutkan dengan kehadiran Duta Aman Palestin iaitu Saudari Farah Diba, pengacara TV9. Beliau begitu optimis dan yakin dengan Aman Palestin.

Petemuaan ini berakhir pukul 5pm dan Ir Omar Siyam sendiri memberi cenderamata kepada semua yang hadir yang dia bawa sendiri daripada Gaza, Palestin dan sesi bergambar.

Car boot sale di perkarangan Masjid As Sabirin, Taman Daya

07 Januari 2011, sejarah tercipta buat Aman Palestin caw Johor kerana berjaya membuka car boot sale di perkarangan Masjid As-Sabirin, Taman Daya sempena kutipan Jumaat Masjid As-sabirin. car boot sale ini berjaya menarik perhatian kerana membeli sambil menderma.

Terima kasih kepada AJK Masjid As-Sabirin khususnya pengerusinya kerana membenarkan pihak Aman Palestin caw Johor untuk meletakkan tabung kutipan jumaat & membuka jualan amal. Mudahan kerjasama akan terus dijalinkan.

Syukran

Kunjungan hormat YDP MPJBT


6 Jan 2011, pihak Aman Palestin memberi kunjungan hormat kepada YDP MPJBT  Hj Md Fuzi bin Ahmad Shahimi untuk memperkenalkan Aman Palestin dan membincangkan bentuk-bentuk kerjasama yang boleh dibuat antara MPJBT dan Aman Palestin cawangan Johor. Pertemuan diadakan di pejabat beliau jam 9 pagi.

Respon daripada YDP sangat positif untuk kerjasama yang berpanjangan. Untuk permulaan pihak MPJBT membenarkan peletakkan tabung Palestin di kaunter MPJBT. Pertemuan berakhir dengan sesi pemberian cenderamata kepada pihak MPJBT.