Thursday, June 2, 2011

TOT Sukarelawan Aman Palestin Johor; Persediaan Karnival di Mersing

      

         Pada 23 Januari 2011, Aman Palestin Johor telah mengadakan Training Of Trainers (T.OT) bagi para sukarelawan yang akan turun membantu pihak Aman Palestin Johor di Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin (KKRP) di Mersing.  Seramai 32 orang sukarelawan hadir ke T.O.T yang diadakan di Pejabat Aman Palestin Johor yang terletak di Taman Setia Tropika, Johor Bahru. Program ini bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Penceramah jemputan adalah Ustaz Amiruddin. Turut hadir pada sesi TOT ini adalah Tn Haji Bariman bin Yasimin, Pengerusi Aman Palestin Johor.




          Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman yang jelas dan maklumat yang sebenar berkenaan isu Palestin sebagai isu akidah, perjuangan dan kemanusiaan yang global. Selain itu, TOT ini diadakan bagi menunjukkan sokongan rakyat malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk menyelamatkan Masjid A-Aqsa dan membebaskan bumi Anbiya' ini melalui aktiviti-aktiviti terancang dan bersepadu. 





   
       Besar harapan kami di Aman Palestin Johor agar para sukarelawan dapat menghayati objektif program ini dan dapat berkongsi ilmu yang diperoleh kepada masyarakat di luar sana. Secara tidak langsung, para sukarelawan yang hadir dapat menjadi duta@jurucakap bagi produk Aman Palestin. Semoga TOT Aman Palestin akan datang dapat dihadiri oleh lebih ramai sukarelawan yang bersedia berjuang demi bumi cinta, Palestina.






No comments:

Post a Comment