Wednesday, June 29, 2011

ILP Pasir Gudang gembira menerima kehadiran Aman Palestin

Pada 3 Mac 2011 yang lalu, Aman Palestin Berhad Cawangan Johor dijemput bersama dalam
program "Tangisan Gaza" di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang Johor Bahru. Seramai lebih kurang
300 pelajar ILP Pasir Gudang yang telah menyertai program tersebut.

Program tersebut telah bermula dengan kempen kesedaran selama dua minggu  dan kutipan palestin disusuli program

kemuncak iaitu Ceramah "Tangisan Gaza". Ini merupakan tahun ke-dua ILP Pasir Gudang menjemput



Aman Palestin Johor untuk menjayakan bersama dalam program murni ini.

Monday, June 13, 2011

Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin, Mersing

       Alhamdulillah, segala puji  bagi Allah swt yang telah mengizinkan segala perancangan hamba-Nya terlaksana. Syukur juga di atas limpahan rahmat-Nya yang memayungi jiwa-jiwa insan yang ingin terus menyumbang dan berbakti terhadap Palestina. Moga keringat yang mengalir akan menjadi saksi semangat dan perjuangan di hari perhitungan kelak.

       Pada tanggal 28 Januari 2011 hingga 6 Februari 2011, buat julung kalinya Aman Palestin Johor dengan kerjasama Majlis Daerah Mersing telah mengadakan Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin (KKRP) di Dataran Pulau, Mersing, Johor. Karnival yang berlangsung selama 10 hari ini telah berjaya menarik ribuan pengunjung yang terdiri daripada penduduk sekitar Mersing khususnya dan pengunjung dari daerah-daerah lain di negeri Johor amnya.

      Aktiviti yang dilaksanakan oleh krew Aman Palestin Johor sepanjang karnival ini berlangsung antaranya termasuklah kutipan tabung derma Palestin, jualan amal barangan Aman Palestin, lelongan amal, kuiz dan cabutan bertuah, pameran bahan dan informasi tentang Palestin serta pertunjukan video peristiwa berdarah di Palestin. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan daripada Persatuan Belia Islam Nasional Johor (PEMBINA) yang telah menyumbang tenaga dan masa demi menjayakan karnival ini. Sesungguhnya, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan budi yang dicurahkan.


      Daerah Mersing menjadi lokasi pilihan untuk mengadakan karnival ini kerana Mersing terkenal sebagai destinasi tarikan pelancong. Oleh itu, KKRP ini dilihat mampu menjadi tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Mersing. Selain gerai jualan dan pameran APJ, terdapat pelbagai jenis gerai jualan makanan, pakaian dan barangan kesihatan yang dibuka.


      Kedudukan Mersing yang berhampiran dengan kawasan laut dan sentiasa berangin memberi kelebihan buat krew Aman Palestin Johor. Tiupan angin seakan menghembus semangat perjuangan kepada pengunjung yang hadir. Bendera-bendera Palestin berkibar dengan megah tanda positif sokongan yang tidak berbelah bahagi pengunjung di Mersing terhadap rakyat Palestin yang berterusan berjuang memerdekakan tanah air mereka walau nyawa jadi taruhan.

 
     
       Diharap KKRP  di Mersing ini berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk membuka mata orang awam tentang kepentingan perjuangan membebaskan Palestin dari jajahan Zionis Yahudi serta memberi kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab yang boleh dimainkan masyarakat dalam membantu rakyat Palestin yang dizalimi. Biar jarak beribu batu, doa dan sumbangan akan terus disalurkan kerana kami menyedari hakikat bahawa sesungguhnya Muslim itu bersaudara.




    

 

Projek Pemusnahan Identiti Masjid di Palestin

Projek meng’yahudi’kan bumi Palestin tidak hanya berlaku di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa sahaja bahkan di keseluruhan kawasan bumi Palestin yang telah dijajah pada tahun 1948 dan 1967. Tidak kurang daripada 1200 buah masjid telah dimusnahkan identitinya oleh rejim zionis sejak tahun 1948 (Nakbah).
Berikut adalah sebahagian daripada foto masjid-masjid yang telah dinodai oleh zionis Israel untuk diinsafi oleh semua umat Islam.
1-Masjid Afoula (  مسجد العفولة  )   yang telah ditukar menjadi sinagog Yahudi.

2-Masjid ‘ain Kareem (  مسجد عين كارم  ) yang kini digunakan untuk pusat pelacuran

3-Masjid Bassa (  مسجد البصة  )  yang terletak di Daerah Acre, kini digunakan sebagai pusat biri-biri

4-Majid ‘ain Hawad (  مسجد عين حوض  ) di Haifa, kini didunakan sebagai restoren dan bar

5-Masjid Ahmar ( المسجد الأحمر  ) , kini dijadikan sebagai markas politik Parti Qadeema Israel

6-Masjid ‘ain Zaytounah (مسجد عين الزيتونة), yang kini digunakan sebagai kandang lembu

7-Masjid Jadid (  المسجد الجديد  )  di pantai Haifa, kini digunakan sebagai restoren dan bar

8-Masjid Khalisah ( مسجد الخالصة  )  di Safad, kini digunakan sebagai Museum Perbandaran

9-Masjid Nabi Yusha’ (  مسجد النبي يوشع  )di daerah Safad yang telah rosak dan tidak dibenarkan untuk dibaik-pulih.
10-Masjid az Zaeb (مسجد الزيب ) di Daerah Acre yang kini digunakan sebagai setor penyimpanan barangan pertanian
Foto-foto di atas hanya 10 daripada kira-kira 1200 masjid-masjid di Palestin yang telah dirampas oleh regim Israel. Kemuncak projek ini ialah dengan memusnahkan Masjid al-Aqsa dan digantikan dengan The Solomon temple yang telah mereka idam-idamkan selama ini.
Foto ini adalah satu daripada puluhan versi ‘artist impression’ kepada ‘The Solomon Temple’ yang direka oleh arkitek-arkitek zionis.
Tidak ada erti Palestin tanpa Baitul Maqdis dan tidak ada erti Baitul Maqdis tanpa Masjid al-Aqsa. Kalau dahulu Baitul Maqdis telah dibuka oleh Umar al-Khattab daripada jajahan Romawi dan kemudiannya dibebaskan oleh Solahuddin daripada jajahan salib.
Kini, di manakah Umar dan Solahuddin yang baru yang akan membebaskan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis daripada cengkaman zionis Israel?
Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban



Thursday, June 2, 2011

TOT Sukarelawan Aman Palestin Johor; Persediaan Karnival di Mersing

      

         Pada 23 Januari 2011, Aman Palestin Johor telah mengadakan Training Of Trainers (T.OT) bagi para sukarelawan yang akan turun membantu pihak Aman Palestin Johor di Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin (KKRP) di Mersing.  Seramai 32 orang sukarelawan hadir ke T.O.T yang diadakan di Pejabat Aman Palestin Johor yang terletak di Taman Setia Tropika, Johor Bahru. Program ini bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Penceramah jemputan adalah Ustaz Amiruddin. Turut hadir pada sesi TOT ini adalah Tn Haji Bariman bin Yasimin, Pengerusi Aman Palestin Johor.




          Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman yang jelas dan maklumat yang sebenar berkenaan isu Palestin sebagai isu akidah, perjuangan dan kemanusiaan yang global. Selain itu, TOT ini diadakan bagi menunjukkan sokongan rakyat malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk menyelamatkan Masjid A-Aqsa dan membebaskan bumi Anbiya' ini melalui aktiviti-aktiviti terancang dan bersepadu. 





   
       Besar harapan kami di Aman Palestin Johor agar para sukarelawan dapat menghayati objektif program ini dan dapat berkongsi ilmu yang diperoleh kepada masyarakat di luar sana. Secara tidak langsung, para sukarelawan yang hadir dapat menjadi duta@jurucakap bagi produk Aman Palestin. Semoga TOT Aman Palestin akan datang dapat dihadiri oleh lebih ramai sukarelawan yang bersedia berjuang demi bumi cinta, Palestina.