Thursday, December 24, 2009

AMAN PALESTIN MA'AL HIJRAH 1431



Aman Palestin Johor mengucapkan Selamat Melangkah Ke Hijrah yang baru. Moga Allah s.w.t menerima segala amalan kita. Denyutan Nadi Kita bersama Palestin.

Ayuh kita gegarkan bumi Malaysia ini dengan panggilan Semangat Palestin Bumi Al-Aqsa!

ALLAHUAKBAR!!!

Thursday, December 17, 2009

Mohon Kemaafan Di Atas Pembatalan Konsert Hijrah Bersamamu Ramli Sarip

Assalamu'alaikum kepada semua individu yang terlibat dalam usaha menjayakan
Konsert Aman Palestin bersama Ramli Sarip. Diumumkan bahawa Konsert
yang sepatutnya bakal berlangsung pada 20 Disember 2009 bermula jam 8.30 p.m terpaksa dibatalkan
pada saat - saat akhir ini disebabkan perkara - perkara yang tidak dapat dielakkan.

Kami selaku bagi pihak Aman Palestin memohon kemaafan di atas segala perkara
telah yang berlaku. Doakan mudah-mudahan pada tahun 2010 kita dapat merancang
dan melaksanakan program yang lebih baik. Segala kesulitan amat dikesali.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saudara fauzi 019-3314342.

Aman Palestin Johor

Thursday, December 10, 2009

Makluman Program Konsert Aman Palestin bersama Azhan Production





Bersempena program akhir tahun ini, Aman Palestin Berhad Cawangan Johor akan menganjurkan bersama Satu Konsert Agung Malam Hijrah Bersama Ramlee Sarip, detil program adalah seperti berikut :-


Tarikh : 20 Disember 2009 (Ahad)

Masa : 8.30 p.m hingga 11.30 p.m

Tempat : Stadium Kejora Bandar Tenggara, Johor

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Kehadiran tuan dan puan
menyatakan sokongan membantah pembantaian zionis terhadap umat islam
di Palestin dan untuk menyelamatkan Masjid Suci Ke-3 Al-Aqsa.
Usaha ini perlu disemarakkan secara konsisten.
Hidup!Hidup! Palestin! Jahanam! Jahanam! Israel!

Bayaran Tiket : RM20 seorang

Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan juga persembahan Saudara Azhan
Bekas Juara Akademi Nasyid TV9. Sesuatu yang pasti memberi kenangan gemilang
kepada kita semua. AYUH KITA GEGARKAN STADIUM KEJORA BANDAR TENGGARA!!!!
Sambil kita menderma...

sukarelawan aman palestin johor dijemput hadir membantu...hubungi fauzi 019-3314342

Thursday, November 19, 2009

Dokumen Sokongan Aman Palestin

Khutbah Aman Palestin Sempena Hari Raya Aidil Adha



(Download)

Monday, November 16, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

PROJEK QURBAN PALESTIN 1430H - AMAL YANG BERTERUSAN SEJAK 1427H

Dalam Usaha membantu beban saudara seagama di Palestin. Sempena Hari Raya Korban 1430H, Aman Palestin Berhad memikul tanggungjawab besar dengan melancarkan Projek Korban 1430H untuk rakyat Palestin. Ini berdasarkan “Konsep sadaqah korban merupakan ibadat sunat yang paling afdhal ketika Hari Raya Korban. Sadaqah hukumnya sunat dikeluarkan. Begitupun untuk sadaqah korban wajib dikeluarkan dan paling afdhal untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.”

Jenis penyertaan bagi tahun ini terbahagi kepada tiga :-

a) Sadaqah Quban : RM350

b) Seekor Kambing : RM900

c) Satu Bahagian Lembu : RM1000

SERTAILAH SEKARANG ! UMAT ISLAM PALESTIN SANGAT MENUNGGU SUMBANGAN SEDEQAH QURBAN DARIPADA ANDA SEMUA …TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 23 NOV 2009

Untuk menyertai Projek Qurban 2009 untuk Palestin secara 'online' sila isikan borang online dan "Hantar Borang" melalui link web aman palestin :

http://www.amanpalestin.org/

http://www.amanpalestin.net/salam.php?borang_qurban (Borang Online)

Atau

Sila isi borang secara “off-line’’ dan fakskan borang serta slip pembayaran ke:-

Aman Palestin Berhad (719871-K)
Cawangan Johor
No. 28-02, Jalan Putra 1,
Taman Sri Putra
81200 Tampoi, Johor Bahru. Johor.
Tel: 07-5563085, Fax: 07-5563085
e-mail: amanpalestinjohor@gmail.com

Atau hubungi En. Mohd Fauzi 019-331 4342 (Pengurus Operasi) untuk keterangan lanjut.

Untuk penyumbang benar - benar ingin mendapatkan pahala jihad sebagaimana mereka
yang berjuang mempertahankan Al - Aqsa sila lawati video qurban 2008 aman palestin
sebagai bukti sedekah rakyat malaysia sampai kepada insan yang betul berhak menerima
sumbangan sedekah qurban : slia klik !
http://www.youtube.com/watch?v=WHWVw1WjzWo

Thursday, October 15, 2009

Jumlah Kutipan Aman Palestin Johor



Sejak Januari 2009 hingga ke Oktober 2009 sebanyak lebih kurang RM375,000 telah
berjaya dikumpulkan hasil sumbangan semua rakyat Malaysia tidak mengira agama, bangsa
dan peringkat umur khususnya penduduk sekitar Johor.

Aman Palestin Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang. Moga dengan sumbangan yang amat bermakna ini bagi rakyat Palestin akan menambahkan lagi rezeki para penyumbang dengan berlipat-ganda banyaknya.

Aman Palestin Johor mengharapkan lebih ramai lagi penyumbang sama ada daripada pihak individu, berkumpulan,NGO, badan swasta dan kerajaan untuk tampil memberi sumbangan untuk disalurkan kepada projek - projek kemanusiaan di Palestin melalui Aman Palestin Berhad.(WWW.AMANPALESTIN.ORG)

Projek Aman Palestin Johor 2009 sehingga 2010




Aman Palestin Johor akan meneruskan mini projek yang dirangka oleh Aman Palestin Pusat yang lalu untuk dilaksanakan :-



a) Projek Kutipan Derma Masjid dan Surau seluruh Johor
b) Projek Kutipan Derma dan Ceramah AP : Sekolah Menengah Keb. dan Agama Negeri Johor
c) Projek Kutipan Derma dan Ceramah di seluruh IPT Negeri Johor
d) Projek Dana Palestin bersama Syarikat/Institusi

Aman Palestin Johor menyeru semua pihak agar dapat memberi bantuan sama ada dari aspek tenaga, kewangan, kemahiran dan sebagainya kepada Aman Palestin demi menyelamatkan serta membela Masjid Al-Aqsa yang telah dijajah oleh Zionis.

Link ke : amanpalestin.org

Monday, October 12, 2009

Aman Palestin Johor menjelaskan Isu Al-Aqsa Dalam Cengkaman Zionis di IKM JB





8 Oktober 2009 (Khamis) - Aman Palestin Johor telah mengadakan ceramah dan kutipan derma Palestin di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru, Larkin. Program yang bermula selepas solat isyak itu alhamdulillah mendapat sambutan penyertaan yang begitu baik
daripada pelajar lelaki mahupun perempuan. Turut hadir Ketua Warden, En Ibrahim dan Us. Amin selaku salah seorang tenaga pensyarah IKM JB. Kira-kira 60 - 70 orang pelajar yang menyertainya di Surau IKM JB.

Program dimulakan dengan Ceramah "Kenapa Palestin" disampaikan oleh Saudara Mohd Fauzi, wakil Aman Palestin Johor. Para peserta terpegun dan terkejut melihat keadaan
sebenar yang menimpa saudara-saudara Islam mereka di Palestin. Isu "Obama Barack" yang bertopeng dua muka juga menghangatkan suasana dewan surau.

Program ini sedikit sebanyak menyedarkan para pelajar IKM yang boleh dikategorikan dalam umur "belia".Bahawa banyak potensi yang baik di Malaysia boleh disumbangkan oleh belia dalam mengetengahkan Isu Palestin dalam Masyarakat.

Program tamat dengan hidangan jamuan oleh pihak IKM bersama Sukarelawan Aman Palestin yang lain. Kutipan sebanyak RM465.45 berjaya dikumpulkan melalui tenaga
gembleng para pelajar IKM JB. Syabas dan tahniah moga segala apa yang kita lakukan
mendapat keredhaan Allah s.w.t. Amin.

Friday, October 9, 2009

Pemuda PAS Bandar Tenggara nekad membantu demi rakyat Palestin pada Bulan Ramadhan 1430H yang lepas



16 - 17 Sept,(Rabu - Khamis) - Aman Palestin Johor bersama Pemuda PAS Bandar Tenggara sebagai Sukarelawan Aman Palestin telah mengadakan "KEMPEN AMAN PALESTIN" selama 2 hari pada minggu terakhir Ramadhan 1430H di Bandar Tenggara, Kulai Johor.

Kempen ini yang diadakan di Bazar Ramadhan telah menarik perhatian masyarakat sekitar khususnya Umat Islam di Bandar Tenggara, Kulai untuk melihat sendiri kempen tersebut. Terdapat Kutipan Derma dan Jualan Amal Aman Palestin yang telah dibuat. Ketua Sukarelawan kempen tersebut selaku wakil PAS Bandar Tenggara Kulai, En. Mohzit sangat berpuas hati dan mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana program berjalan lancar walaupun kempen tersebut berlangsung siang hingga malam. Demi Umat Islam yang berjuang di Palestin, kita sanggup lakukan apa sahaja demi membantu mereka. Alhamdulillah, hasil kutipan derma yang berjaya dikutip dan telah disalurkan kepada Aman Palestin untuk disampaikan kepada masyarakat Islam Palestin berjumlah RM1488.81.

Tahniah, pihak Aman Palestin ucapkan kepada semua yang terlibat moga kerjasama sebegini dapat diteruskan hingga ke masa hadapan.

Tuesday, September 29, 2009

Sukarelawan Aman Palestin Universiti Teknologi Malaysia dan sekitar Johor Bahru menyeru "Selamatkan Al-Quds" dalam bulan Ramadhan 1430H






4 Sept, Jumaat - Aman Palestin Johor berserta NGO Ikatan Muslimin Malaysia Johor dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional Johor, Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai Johor serta sukarelawan UTM Skudai telah menganjurkan Hari Al-Quds Sedunia bertempat di Kawasan Masjid Sultan Ismail UTM Skudai. Di antara bentuk program:-
Booth dan Pameran Palestin.

Solat Asar berjemaah.

Ceramah Aman Palestin.

Kutipan derma untuk Palestin.

Majlis berbuka puasa.

Solat Maghrib, Solat Sunat Hajat dan Isya’ berjamaah.

Solat Tarawih berjemaah.

Solat Sunat Hajat Palestin

Program bermula jam 11 pagi dan tamat pada jam 10 malam tersebut memberi impak yang
begitu berkesan apabila ramai di kalangan para pelajar utm skudai berpusu-pusu menyertai pameran Hari Al-Quds Sedunia. Pengarah Program, Saudara Muzaffar yang juga merupakan Bendahari PEMBINA Johor serta sebagai sukarelawan Aman Palestin UTM Skudai amat berpuas hati dengan penganjuran program ini.

Walaupun program ini dianggap "Add-Hock" namun program ini berjaya dilaksanakan dalam bulan Ramadhan yang mulia dalam masa dua hari persiapan. Ini menunjukkan para pemuda Islam (sukarelawan aman palestin) mampu melaksanakan tugas yang melibatkan kerja-kerja fizikal yang boleh dikatakan berat asal ada kemahuan, keikhlasan yang tinggi dan semangat juang yang tidak pernah padam seumpama jika kita meninjau kembali rentetan sejarah perjuangan pemuda Islam dalam perang badar al-kubra yang berlaku juga dalam bulan yang mulia ini.

Syabas dan Tahniah kepada Aman Palestin Johor selaku penganjur utama, Ahli JK PEMBINA Johor, JK Ikatan Muslimin Malaysia Johor dan sukarelawan Aman Palestin UTM Skudai kerana dengan usaha mereka telah menjayakan program yang barakah ini. Setinggi- tinggi penghargaan kepada Dr. Us. Azhar Bin Mohamad, Pengarah Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai kerana dengan bantuan beliau Aman Palestin Johor dapat melaksanakan salah satu tanggungjawab fardhu menyebarluaskan Isu
Palestin di UTM Skudai.

Semoga ramai lagi rakyat malaysia khususnya di Johor berminat untuk membantu Aman Palestin dengan menjadi SUKARELAWAN AMAN PALESTIN . Pendaftaran sukarelawan adalah percuma sahaja. Sila hubungi saudara fauzi 019-3314342 sekarang!.

Tuesday, August 18, 2009

Pemuda Islam Sedunia Sangat Mencintai Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta bekerja bermati-matian untuk Al-Quds.


(Gambar Wakil Aman Palestin Malaysia semasa perasmian Multaqa)-Akhbar Rakyah Qatar

Laporan
“Multaqa Syabab Al-Quds” Sedunia Kali Ke-empat
Tempat : Doha, Qatar
Tempoh : 1 - 6 Ogos 2009

1 Ogos 2009 (Sabtu)
Perjalanan bermula pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009 jam 12.00 tengah malam dari Pejabat Aman Palestin Bangi ke Lapangan Terbang KLIA. Wakil Aman Palestin Bangi, Malaysia iaitu Anas Bin Abd Wahab dan Mohd Azrin Bin Samsudin serta Mohd Fauzi Bin Abd Hamid Wakil Aman Palestin Johor, Malaysia telah dipilih menyertai Multaqa Sedunia ini di Doha, Qatar. Penerbangan kami dari KLIA pada jam 4.00 pagi akhirnya selamat sampai ke Lapangan Terbang Doha, Qatar pada jam 6 pagi waktu Qatar (11.00 pagi waktu Malaysia). Kami disambut dan dibawa ke Hotel Sheraton, Doha Qatar untuk urusan penginapan dan program Mulataqa. Sepanjang perjalanan kelihatan kawasan Bandar Doha sedang membangun di mana kelihatan banyak bangunan-bangunan yang masih dalam pembinaan dan keadaan cuaca di sana begitu panas kering serta berdebu.


2 Ogos 2009 (Ahad)
Pada jam 7 pagi kami tiba di Hotel tersebut. Kami disediakan bilik penginapan dan makanan untuk sarapan pagi dan tengahari. Program pertama iaitu ceramah yang bermula jam 7 malam yang diadakan di Dewan Maha, Hotel Sheraton di mana tajuk yang dibentangkan oleh Ahmad Yasin iaitu tentang “Terowong Dalam Al-Aqsa Kepercayaan Yahudi”. Beliau merupakan seorang jurutera yang juga sedang membuat penyelidikan ke atas Masjid Al-Aqsa secara detil. Ahmad Yasin telah menerangkan secara terperinci tentang Keadaan Penggalian Terowong di bawah Masjid Al-Aqsa dan perancangan yahudi untuk membina Kuil Haikal, Sulaiman untuk menggantikan Masjid Al-Aqsa. Di antaranya, bila permulaan Terowong dibina dan ditunjukkan gambar -gambar terkini. Maklumat ini benar-benar memberi gambaran sebenar kepada semua peserta dan menunjukkan Al-Aqsa dalam bahaya jika tiada usaha bantuan berterusan diberikan. Ceramah tersebut tamat pada jam 9 malam. Sesi seterusnya diambil oleh Husam Al-Gholi di mana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memantau perjalanan program Multaqa ini sehingga tamat. Sedikit kata-kata alu-aluan selamat datang dan penerangan ringkas tentang aturcara program. Kelihatan ramai peserta yang baru sampai pada masa tersebut. Sesi penerangan tamat pada jam 11 malam.
3 Ogos 2009 (Isnin)
Pada jam 8 pagi kami bersarapan di Hotel Sheraton. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta pada jam 9 pagi hingga 10 pagi. Hampir 95 % kehadiran telah dipenuhi. Peserta yang hadir kebanyakannya terdiri daripada golongan belia yang datang dari negara-negara seluruh dunia seperti Iran, Arab Saudi, Madinah, Lubnan, Yaman, Sudan, Ethiopia, Jordan dan lain-lain serta negara-negara Eropah seperti Jerman dan Sweden termasuk dari Qatar dan Malaysia sendiri. Semua peserta diminta masuk ke Dewan Majlis Hotel Sheraton untuk majlis perasmian pembukaan “Multaqa Syabab Al-Quds” Sedunia Kali Ke-empat. Majlis perasmian pembukaan berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10 pagi dengan dirasmikan wakil Pegawai Kerajaan Qatar. Seterusnya Ceramah bertajuk “Keadaan Kota Al-Quds Dan Keperluannya” disampaikan oleh Dr. Ikram Adluni dan Hasan Hadraji. Ceramah ini menceritakan keadaan pada masa sekarang yang berlaku di Kota Al-Quds. Gambaran realiti jelas terbayang bahawa Al-Quds adalah kota perjuangan dan kebenaran. Seterusnya semua peserta diminta berbincang tentang jalan penyelesaian untuk membantu Al-Quds. Apa yang boleh dilakukan oleh setiap peserta di negara masing-masing. Selepas perbincangan, para peserta makan tengahari dan solat zohor berjemaah di ruang legar luar dewan.
Selepas itu, Sesi Pembentangan di antara kumpulan dibuat untuk memberi ruang kepada setiap kumpulan dari Negara yang lain menyampaikan idea masing-masing bagaimana untuk beramal untuk Al-Quds. Sesi pembentangan berkumpulan tamat pada jam 5.30 petang. Pada jam 5.30 petang, sesi ceramah pendek bertajuk “Zionis Masihi” selama setengah jam oleh Ikram Kasaab. Kemudian sesi rehat serta solat maghrib. Ceramah diteruskan dengan tajuk “Yahudi dan Masjid Al-Aqsa dan Pegangan Haikal”. Ceramah yang penuh bersemangat ini dibentangkan oleh Dr. Abdullah Ma’arof yang berkisar apa kaitan di antara Yahudi dan Masjid Al-Aqsa dan Pegangan Haikal. Kebenaran hubungan jelas di antara Yahudi dan Masjid Al-Aqsa. Ceramah tersebut tamat pada jam 9 malam. Kemudian, para peserta dibawa menyelusuri sekitar Bandar Qatar yang berhampiran sebagai program menjalinkan ukhuwwah.
4 Ogos 2009 (Selasa)
Aturcara pada pagi tersebut dimulakan dengan Bengkel Pengucapan ataupun Ceramah Umum oleh Abdul Rahman Harami. Bengkel ini banyak membincangkan teknik-teknik pengucapan umum yang betul untuk memberikan pembentangan ceramah ataupun pengisian terbaik kepada semu peringkat masyarakat. Banyak ilmu dan kemahiran yang diperolehi oleh para peserta terutama para peserta belia.
Bengkel seterusnya dikendalikan oleh Mohamad Bashir tentang Penggunaan ICT Elekronik di mana para peserta diterangkan secara ringkas tentang penggunaan kemudahan akses internet yang boleh digunakan untuk menyebarluaskan maklumat tentang Al-Quds. Di antaranya ialah penggunaan E-mail, Youtube, Web Site, Face Book, dan perisian lain. Program berikutnya disusuli dengan bengkel untuk para peserta : bagaimana peranan Al-Quds dapat dimainkan oleh para pemuda di seluruh dunia oleh Husam Gholi. Para peserta kemudiannya menikmati makanan tengahari. Aktiviti seterusnya iaitu perbincangan strategi dan projek yang perlu dibuat diselaraskan oleh Dr.Kholid Farj dan diikuti ceramah oleh a. saud abu mahfuz. Kemudian para peserta berehat sebentar untuk solat dan menikmati minum petang. Pada jam 7 malam terdapat sesi persembahan daripada para peserta sendiri di antaranya Pentomin, Syair, Sajak dan Nyanyian Nasyid. Kesemua persembahan banyak membawa definisi perjuangan al-quds. Sesi ini tamat pada jam 10 malam.

5 Ogos 2009 (Rabu)

Program pada 11 pagi itu bermula dengan Ceramah “Gerakan Zionis dan yahudi daripada definisi masihi”. Ceramah ini lebih merujuk kepada perbezaan gerakan Zionis dan yahudi sedunia. Banyak pengetahuan baru yang para peserta dapat manfaat. Para peserta kemudiannya menjamu selera makan tengahari dan berehat. Pada jam 5.30 p.m, Dr. Ahmad Naufal membongkar rahsia al-quran dengan memberi ulasan bertajuk : yahudi daripada pandangan quran kita. Kisah Nabi Ibrahim dengan yahudi, kitab Talmud dan kesahihan kitab taurat dan paling penting surah al-isra’ sebenarnya menceritakan tentang Al-Quds selain kisah Israk dan Mikraj serta banyak lagi. Ceramah yang bagi para peserta begitu mantap dan terkesan. Para paserta seterusnya dibenarkan berehat selama 30 minit sebelum masuk untuk sesi seterusnya. Pada jam 7.00 malam, Dr. Muhamad Musafar member sedikit input tentang “Palestin di antara dokumen sejarah atau dokumen agama”. Beliau mengupas sejarah Islam sejak Nabi Ibrahim dan fakta – fakta sejarah Islam yang lain untuk membuktikan bahawa Palestin bukan sebagai monument sejarah tetapi sebenarnya satu dokumen agama. Setelah tamat sesi ceramah tersebut, para peserta dibawa untuk bersama-sama meninjau tempat yang dikenali sebagai “Sauq Waquf”. Banyak kedai dan restoren yang terdapat di sana. Brangan seperti cenderahati Qatar, makanan dan sebagainya. Para peserta dijamu dengan hidangan istimewa sebagai tanda meraikan tetamu yang datang jauh dari luar Qatar. Para peserta pulang denga 3 buah bas pada masa itu.
6 Ogos 2009 (Khamis)
Alhamdulillah, program pada hari ini dilaksanakan di Dewan Majlis. Hari ini merupakan hari terakhir Multaqa. Program pada pagi itu bermula pada jam 9 pagi. Ceramah oleh A. Saud Abu Mahfuz yang bertajuk “Al-Quds dan Cabaran-Cabarannya”. Ceramah ini banyak menyentuh kekangan – kekangan yang dihadapi oleh Umat Islam untuk menyelamatkan Al-Quds. Selepas itu, terdapat perbincangan bersama Kedutaan Al-Quds iaitu Amaad Al-Magzawi. Para peserta kemudiaannya diminta untuk duduk dalam kumpulan masing-masing untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi di Negara sendiri. Banyak masalah yang diutarakan oleh wakil-wakil kumpulan. Para peserta kemudiannya dibawa melawat Muzium Islami Qatar yang penuh dengan monument sejarah seperti permaidani yang berusia 1400 tahun lalu, begitu juga quran, dan pinggan serta pelbagai bahan sejarah yang lain. Program penutup “Multaqa Syabab Al-Quds” Sedunia Kali Ke-empat” adalah pada jam 8 malam. Program penutup tersebut dihadiri semua wakil penaja, wakil pegawai kerajaan Qatar dan wartawan Al-Jazeera. Banyak persembahan pada malam tersebut seperti Syair Agung Al-Quds dan Nyanyian Nasyid Khas Palestin. Mohd Azrin Bin Samsudin pada ketika itu sedang ditemuramah buat kali ke-dua di Balai Studio Penyiaran Al-Jazeera di Qatar. Akhirnya, semua hadirin makan malam di luar dewan.
7 Ogos 2009 (Jumaat)
Kami bertolak pulang pada jam 12 tengahari dari Hotel Sheraton ke Lapangan Terbang Doha, Qatar. Penerbangan pada jam 2.30 petang akhirnya selamat sampai di Malaysia jam 4.00 pagi waktu Malaysia. Kami menaiki teksi ke Pejabat Aman Palestin dan pulang ke rumah masing-masing pada waktu paginya. Semasa perjalanan pulang ke Johor Bahru
saya berfikir sejenak bagaimana pemuda atau remaja Lubnan yang saya temui berumur hanya 17 tahun sibuk dengan perjuangan pembebasan Palestin jika dibandingkan apa yang rutin difikirkan dan dilakukan oleh pemuda kita sebayanya di Malaysia, satu
gerakerja yang agung wajib diimplementasikan sekarang! Ya Syabab Al-Alami, Aina Antum!!!

Disediakan oleh,
Mohd Fauzi Bin Abd Hamid
Bertarikh : 13 Ogos 2009 jam 3.08 p.m

Monday, July 27, 2009

Malam Gemilang Aman Palestin Johor : Malam Amal Harmoni Palestin Berjaya Kutip RM250,000.00


www.utusan.com.my


ARKIB : 12/05/2009
Gaza: Yayasan Harmoni bantu Aman Palestin kutip RM250,000 untuk Palestin

Mohd. Radzuan Abdullah menyerahkan raplika cek derma kepada Abdullah Zaik sambil diperhatikan Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor pada Majlis Amal menderma kepada Gaza di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 11 Mei - Yayasan Harmoni berjaya mencapai sasaran kutipan sumbangan RM250,000 untuk disalurkan kepada sekretariat Amal Palestin bagi membina klinik pakar di Gaza.

Pengarah Eksekutifnya, Mohd. Radzuan Abdullah berkata, sasaran itu dicapai menerusi kutipan tabung di sekitar pusat komersial The Zon di sini dan melalui majlis makan malam amal yang berlangsung di sini baru-baru ini.

''Kami telah meletakkan tabung di sekitar pusat beli-belah The Zon Mall, Hotel The Zon Regency dan Terminal Feri The Zon di sini sejak Februari lalu sehingga hari ini.

''Kejayaan sumbangan ini jelas membuktikan keprihatinan rakyat Malaysia tentang nasib rakyat Palestin selain kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan kutipan amal ini,'' katanya pada majlis Malam Amal Harmoni Palestin di The Zon Regency Hotel di sini.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin.

Abdul Ghani turut menyaksikan penyampaian cek bernilai RM250,000 oleh Mohd. Radzuan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Aman Malaysia, Abdullah Ziak.

Kutipan derma itu dianjurkan oleh Yayasan Harmoni dengan kerjasama Amal Palestin, syarikat Atlan Holdings Bhd. dan Kumpulan The Zon.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, pihaknya memuji usaha murni menganjurkan kutipan sumbangan itu bagi membina klinik pakar di Gaza memandangkan keperluannya amat mendesak di sana.

''Kehidupan penduduk Gaza kini semakin terjejas dan mereka memerlukan rawatan pakar dengan segera dan saya berharap sumbangan ini meringankan penderitaan mereka,'' katanya.

Sementara itu, lebih 1,000 tetamu yang hadir pada malam amal itu dihiburkan dengan persembahan bertenaga oleh penyanyi, Datuk Sheila Majid.

Persembahan selama setengah jam menyaksikan Sheila yang digelar Ratu Jazz Malaysia menyampaikan rangkaian lagu popular seperti Lagenda, Antara Anyer dan Jakarta, Warna, Aku Cinta Padamu dan Sinaran.

Friday, May 29, 2009

Mengenang Kembali Ekspedisi Road Show Berbasikal Semalaysia




(Gambar : Sukarelawan Aman Palestin di Kulai Johor)

Tahun 2008 merupakan tarikh keramat bagi Aman Palestin Malaysia apabila
Sukarelawan Aman Palestin yang berasal dari Utara Malaysia telah nekad untuk menjalankan ekspedisi berbasikal dari Utara Malaysia hingga ke Selatan Malaysia.Ekspedisi yang boleh dikatakan berjiwa berani ini hanya terdiri daripada dua orang iaitu Bekas Guru yang bergelar Cikgu Sahideen, 63 tahun dan seorang belia berumur 22 tahun. Perjalanan Ekspedisi berbasikal mengambil masa berminggu-minggu ini berobjektifkan Kempen Aman Palestin di seluruh Malaysia.

Di antara aktiviti yang dilakukan semasa sepanjang ekspedisi ialah memberi penerangan tentang Isu Palestin kepada sesiapa sahaja apabila beliau berhajat
berhenti di premis-premis atau tempat tertentu. Di samping itu, beliau juga
mengutip derma bagi Tabung Aman Palestin. Bayangkan bagaimana seorang
sukarelawan yang berumur 63 tahun sanggup berbasikal seluruh Malaysia
untuk menunjukkan keprihatinan yang amat tinggi beliau terhadap Isu Palesin. Bagaimana pula dengan semangat dan jiwa berani belia-belia dan remaja-remaja di Malaysia ini!Tidak tercabar ke kepada jiwa-jiwa mereka.Persoalan yang wajib dijawab!

Semoga Allah s.w.t merahmati segala pengorbanan yang telah diimplementasikan oleh Cikgu Sahideen dan memberi pahala sebanyak-banyaknya kepada beliau. Ameen.

Monday, May 4, 2009

Uitm Kampus Bandaraya Johor Bahru dalam kenangan pupuk kesedaran peduli ummat



Kata-Kata Dekan UITM Segamat pada masa Program Ihya’ Ramadhan tahun lalu
Kami telah dipertontonkan dengan kekejaman terhadap orang-orang muslim di Palestin, Afghanistan, Chechnya, Afghanistan, India, Serbia dan di seluruh pelusuk dunia.
Hati terkedu, tersedu dan sebak melihat tayangan tersebut. Itu yang tersurat dan tergambar dengan mata kasar. Lemah dan hinanya umat Islam.
Mereka yang kehilangan anak, suami - isteri dan sanak saudara menangis mendayu-dayu. Merintih dan meraung-raung sambil mengutuk mereka yang melakukannya.
Saya mungkin tidak dapat membayangi betapa peritnya penderitaan yang telah mereka tempuh. Namun dicelah-celah suasana tersebut, saya terlintas - mungkin jauh-jauh - dan bertanya: Kenapa tiada satu pun yang memohon pertolongan Allah, menyebut Allah, merintih - Ya Allah bantulah kami, Ya Allah. Mungkin mereka tidak merakam bahagian tersebut. Atau ia hanya secara kebetulan.
Ia boleh berlaku di Malaysia. Saya menyeru [sambil mengingati diri sendiri] kepada para hadirin:
Marilah kita berbalik kepada yang asas, bersolat 5 waktu, mengingati Allah dan memohon perlindungannya. Marilah kita belajar bersungguh-sungguh, belajar supaya jadi manusia yang cemerlang supaya kita dapat melindungi umat Islam. Ingat, Allah sentiasa mengingati hambanya, Aku dekat denganmu, Aku dekat denganmu!



Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada warga UiTM Johor, Kampus Bandaraya JB.

Sunday, May 3, 2009

Mengimbau sejarah dalam kenangan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) turut ambil peduli tanggungjawab kepada Umat!


Jumaat , 30 Januari 2009 - Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa MARSAH (MPMM) dengan kerjasama bersama Aman Palestin Berhad bahagian Johor melalui wakilnya Mohd Fauzi Bin Abd Hamid, Setiausaha Eksekutif Aman Palestin Berhad telah mengadakan program Bulan Aman Palestin yang bertujuan untuk mewujudkan satu suasana bersama-sama bersimpati dan kasih terhadap saudara-saudara seagama yang sedang mengalami kemelut peperangan di negara Al-Quds, Palestin.

Program yang diisi dengan ceramah, jualan, tayangan, pameran serta kutipan derma tersebut sampai ke kemuncaknya pada hari Jumaat, 28hb Januari 2009 dengan Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh Ustaz Salleh Bin Sanwan selaku Pendaftar MARSAH. Hasil kutipan yang terkumpul melalui program ini adalah berjumlah RM 1715.60. Ianya akan diserahakan kepada wakil Aman Palestin Berhad sebagai badan yang bertanggungjawab memastikan wang yang didermakan tersebut sampai ke tangan mereka yang memerlukan.

Pihak MPMM, selaku penganjur program di kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini. Terutama kepada pihak pentadbiran MARSAH, Aman Palestin Berhad, Ahli Jawatankuasa MPMM serta pelajar-pelajar yang turut terlibat secara langsung di dalam memastikan program-program yang kami rancangkan sepanjang bulan Januari lalu berjalan dengan lancar. Apa yang kami harapkan dari program-program seperti ini ialah para warga Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dapat merasakan semangat ukhuwah islamiah yang jitu yang akan seterusnya membawa kepada penyatuan umat. Sekian. Wassalaamua’alaikum.

Presiden MPMM.

Friday, April 24, 2009

AMAN PALESTIN JOHOR BERSAMA KELAB RAKAN MUDA MASJID POLITEKNIK JOHOR BAHRU SERTA JK MASJID POLITEKNIK JB


AMANKAN PALESTIN
“Sehingga Ke Titisan Terakhir”
TARIKH
10 Mac 2009 hingga 12 April 2009
TEMPAT
KAWASAN POLITEKNIK JOHOR BAHRU
ANJURAN
KELAB RAKAN MUDA MASJID POLITEKNIK JOHOR BAHRU
Dengan Kerjasama
AMAN PALESTIN BERHAD

Program Amankan Palestin seperti yang diiklankan telah berjalan
dengan lancar. Alhamdulillah, projek selama lebih kurang 3 minggu
itu dapat mengumpul sumbangan Palestin khususnya untuk Gaza sebanyak
RM1436.56. Semua ini hasil fitrah usaha dan kerja keras Ahli-Ahli Jawatankuasa
Kelab Rakan Muda Masjid (KRMM) Politeknik Pasir Gudang Johor Bahru.








Selain itu, di antara matlamat dan objektif program ini :

Matlamat:-
Memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap nasib rakyat Palestin dan kepentingan sifat kemanusiaan dalam pembentukan sebuah negara aman damai tanpa peperangan.

Objektif :-
Memberi informasi terkini tentang nasib rakyat yang berada di Palestin.
Menggalakkan bantuan kemanusiaan dari segi sumbangan kewangan.
Melahirkan kesedaran pentingnya kita mengambil berat tantang nasib saudara kita di Palestin



Ceramah Palestin dan tayangan telah disampaikan oleh Wakil Aman Palestin Johor Pasir Gudang selama lebih sejam. Pelajar - Pelajar, Pensyarah Politeknik dan Staf Bukan Akademik ramai yang hadir khusyuk mendengar ceramah.

Moga Aman Palestin Johor dapat bekerjasama lagi menjalankan tanggungjawab suci dan
murni ini dengan Warga Politeknik Johor Bahru pada hari mendatang.

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis - PWTC 9 Mei 2009



"Semua Umat Manusia dijemput hadir.
Projek yang bernilai
hampir RM 0.5 Juta ini
diimplementasikan khas untuk memberi kefahaman
kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan belia
tentang Isu Zionisme yang sangat bahaya
dan bakal mengancam keamanan dunia sejagat
jika tiada langkah atau jalan penyelesaian
bersama yang perlu diambil."
Kata Salah Seorang
Wakil Aman Palestin Johor.


Oleh itu,Aman Palestin Berhad adalah sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk membangunkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin. Di dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbiya’ yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang erat di dalam menangani isu ini.
Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan “Israel Raya”.
Apa yang disaksikan kini, agenda mendirikan sebuah negara yang besar itu tidak mungkin akan tercapai dalam keadaan mereka ditentang dengan penentangan yang amat kuat, sehingga mereka terpaksa berundur sedikit demi sedikit pada ketika dan saat ini.
Justeru itu Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu seminar yang bertajuk “Berakhirnya Agenda Zionis” bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya melihat semula kegagalan Zionis di dalam mendirikan sebuah negara yang agong itu.




3. OBJEKTIF
• Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat khususnya golongan belia terhadap agenda Zionis yang paling utama untuk menguasai dunia sudah berakhir.
• Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.
• Membuat pendedahan kepada masyarakat terhadap propaganda Zionis di dalam mendirikan Israel Raya.
• Memberikan persepsi yang sebenar kepada masyarakat terhadap status terikini agenda Zionis.
• Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menghadapi agenda Zionis.


9. PEMBENTANG KERTAS KERJA
Pembentang 1: Dr Roslan bin Mohd Nor

• Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya.
• PhD di dalam bidang Kajian Jerusalem-Islam, Aberdeen University, Scotland.
• Banyak melakukan kajian ke atas kepentingan Jerusalem-Islam dan Rujukan Al-Quran dan As-Sunnah kepada Jerusalem-Islam.
• Menerbitkan beberapa artikel akademik sepertai “Jerusalem-Islam: Tanah Israa’ & Mikraj” di dalam Jurnal Kajian Jerusalem-Islam, Scotland, dan “Jerusalem-Islam di bawah Pemerintahan Islam” di dalam Jurnal Al-Tamaddun, Malaysia.

Tajuk Kertas Kerja:
1. Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel

Pembentang 2: Dr Azzam At-Tamimiy

• Pengarah, Institut Pemikiran Politik Islam, London
• Pernah menjadi ‘visiting’ Profesor di Universiti Kyoto (2004) dan Universiti Nagoya(2006).
• Menerbitkan beberapa buah buku
1. Rashid Ghannouchi, Democrat within Islamism (Oxford University Press, New York 2001)
2. Islam and Secularism In The Middle East (Hurst London dan NY University Press, New York, 2000)
3. HAMAS, The Unwritten Chapter.
• Menulis dan member syarahan mengenai isu-isu berkaitan pemikiran politik Islam dan Polisi-plosi Timur Tengah.
• Kerap muncul sebagai pengantara di rangkaian satelit Bahasa Arab iaitu al-Jazeera dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Tajuk Kertas Kerja:
1. Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat.
2. Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis



Pembentang 3: Dr Mohsen Saleh


• Pengurus Besar, Pusat Penyelidikan dan Perundingan Al-Zaytouna, Beirut, Lubnan
• Profesor Sejarah Kontemporari dan Arab Moden.
• Pakar dalam Kajian Palestin.
• Penerima Anugerah Bait-Al-Maqdis untuk Ilmuwan Muslim Muda oleh Islamic Research Academy, UK.
• Beliau juga menjadi pembantu editor untuk 15 buah buku yang lain, serta menjadi editor laporan tahunan Palestinian Strategic Report dan akhbar elektronik Palestinian Today sebanyak lebih daripada 1400 isu.

Tajuk-tajuk Kertas Kerja:
1. Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan.
2. Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini.


10. ATURCARA PROGRAM
Sabtu 9 Mei 2009
8.00 – 8.30 pg Pendaftaran Peserta
8.30 – 9.30 pg Pembentangan 1 – Dr. Roslan bin Mohd Nor (Kejatuhan Islam Dan Kewujudan Negara Israel)
9.30 – 10.00 pg Kehadiran VVIP / VIP
10.00 – 10.45 pg Majlis Perasmian - Ucapan Alu-aluan dan Perasmian
 Ucapan Alu-aluan – Ustaz Abdullah Zaik bin Abd Rahman (Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia ISMA)
 Ucapan Perasmian – Y.B Mej Jen Dato' Haji Jamil Khir bin Haji Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
10.45 – 11.00 pg Jamuan VVIP / VIP & Jamuan ringan peserta
11.00 – 12.00 tgh Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimiy (Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat)
12.00 – 1.00 ptg Pembentangan 3 – Dr. Muhsin Saleh (Hakikat Zionis dan Agenda Yang Dipropagandakan)
1.00 – 2.00 ptg Rehat / Makan / Solat
2.00 – 3.00 ptg Pembentangan 4 – Dr. Azzam al-Tamimiy (Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis)
3.00 – 4.00 ptg Pembentangan 5 – Dr. Muhsin Saleh (Kebangkitan Islam Di Palestin Dan Status Agenda Zionis Masa Kini)
4.00 – 5.00 ptg Majlis Penutup / Ucapan Penangguhan dan Bersurai – Dr. Kamil Azmi bin Tohiran (Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA))
5.00 ptg Majlis bersurai




Wednesday, April 1, 2009

Sukarelawan Aman Palestin Johor bersama Rapat Umum Gaza di Stadium Shah Alam



HANCUR! HANCUR! HANCUR ISRAEL! HIDUP!HIDUP! HIDUP PALESTIN! IZZAH LIL GAZZAH! KEMULIAN UNTUK MU GAZA! LAUNGAN BERGEMA DARI SELURUH HADIRIN STADIUM SHAH ALAM..

Ustaz Hj. Mohd Akib Bin Abdullah menyemarakkan tanggungjawab memberi ceramah palestin



Pelabuhan Tg. Langsat - Us. Hj. Mohd Akib telah menyampaikan ceramah palestin kepada semua staf Tanjung Langsat Port. Moga usaha murni ini mendapat keredhaan daripada Allah s..w.t

Tuesday, March 31, 2009

BERSAMAMU PALESTIN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H



Alhamdulillah, Aman Palestin Johor sekali lagi berjaya bekerjasama dengan JKK Bandar Mas, Kota Tinggi, DUN PENAWAR dan KEJORA dalam menjayakan Program Bersamamu Palestin Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1430H. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah berlangsung pada 28 Mac 2009, bermula jam 6.30 p.m sehingga 12.30 p.m di Mini Stadium Kg. Bandar Mas.

Program bermula dengan Sudut Pameran Mini Palestin pada 6.30 p.m. Kemudian, 9.30p.m – dengan ucapan wakil pengerusi Aman Palestin Johor, En. Fauzi dan seterusnya Tayangan Multimedia Palestin yang dikendalikan oleh saudara Nur Hidayat (Wakil Kolej Islam Johor). Tayangan tersebut banyak memaparkan bagaimana Sukarelawan Aman Palestin Malaysia mengadakan delegasi ke Palestin untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat palestin terutamanya pelarian di Lubnan dan projek-projek Aman Palestin di sana.

Program diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Zulrahim dari Pasir Gudang. Beliau mengajak ahli kariah Kg. Bandar Mas untuk terus menyumbang kepada rakyat palestin melalui Aman Palestin kerana Rasulullah sendiri menyuruh umatnya banyak bersedekah.

Pihak Aman Palestin mengucapkan tahniah kepada JKK Program kerana menjemput Aman Palestin untuk bersama dalam program ini dan ucapan terima kasih kerana telah berjaya mendapatkan kutipan derma sebanyak RM1130.45.Cek Replika disampaikan oleh YB Hamimah. Moga Allah memberkati usaha kita semua.


Friday, March 13, 2009

AMAN PALESTIN MEMBANTU PERBANAN PERPUSTAKAAN MEWUJUDKAN PALESTINIAN CORNER





Selama dua minggu, AMan Palestin Johor membantu dan bekerjasama dengan Perbanan Perpustakaan Negri Johor menganjurkan pameran dan aktiviti kesedaran Palestin. Orang awam sekitar Johor Bahru boleh memperolehi makluamt dan latar belakan serta sejarah konflik Palestin dalam bentuk Poster, Keratan AKhbar, Tayangan Media dan Buku-buku yang ada dipasaran.
Tahniah kepada Pengurus dan pihak Perbadanan Perpustakaan Negeri Johor di atas inisiatif yang murni.

Sunday, March 8, 2009

Yayasan Harmoni Lancar RM250,000.00 sasaran Untuk Aman Palestin






Johor Bahru 7 Mac 2008 di the Zon Stulang Laut, satu majlis pelancaran pungutan dana oleh Yayasan Harmoni dengan kerjasama Atlan Holding, the Zon dan Aman Palestin telah berjaya dianjurkan. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Atlan Holding - General Dato Seri Panglima Azumi (Rtd), Pengurus Eksekutif Yayasan Harmoni - Tn Hj Adam Sani Abdullah, Pengerusi Aman Palestin Johor - Imam Ust. Mohd Akib Abdullah serta tetamu kehormat, sukarelawan AMan Palestin dan para pemberita.
Melalui kutipan yang dijalankan syarikat-syarikat dalam rangkaian the Zon dan Atlan Holding serta Yayasan Harmoni sendiri bermula hari ini sehingga akhir bulan Mei 2009, sejumlah RM250,000 adalah menjadi sasaran dan menurut Pengurus Eksekutif Yayasan Harmoni, jumlah tersebut adalah peringkat pertama yang akan diserahkan kepada Aman Palestin sebagai sumbangan yayasan untuk menjayakan projek pembinaan Hospital Pakar di Gaza yang sedang diusahakan oleh Aman Palestin.
Majlis di atas dipenuhi dengan tayangan multimedia yang menyentuh perasaan, ucapan wakil rakyat Palestin - Br. Muslim Abu Umar dan pamiran Aman Palestin di ruang legar the Zon yang akan terus berlangsung beberapa hari.
Penglibatan badan korporat sebegini rupa, sesungguhnya adalah suatu yang sangat membanggakan dan Insya ALlah akan benar-benar ditunggu-tunggu oleh rakyat Palestin yang benar-benar sedang menunggu bantuan dari rakyat Malaysia.

Saturday, March 7, 2009

DARI KAMU UNTUK GAZA







Jumaat 6 Mac 2009, Kelab Thesis Tahun Akhir Senibina UTM telah berjaya menganjurkan program "Dari Kamu Untuk Gaza". Majlis terbahagi kepada dua segmen iaitu wakti pagi di Bilik Seminar Fakulti Alam Bina UTM dalam bentuk ceramah palestin dan pameran. Wakil Aman Palestin Imam Ustaz Mohd Akib dan PM Dr Mohd Zin memberikan ceramah dan dikuti dengan soal jawab. Beberapa persoalan penting diketengahkan para bakal arkitek yang hadir. Beberapa orang pensyarah Seni Bina juga turut hadir.
Di sebelah malam pula di adakan majlis makan malam yang di adakan di bangunan Canselori UTM. Majlis dimulai dengan tayangan multimedia Palestin, Deklamasi Sajak, Ucapan Timbalan Dekan - Prof Dr Hamdan AHmad, Ucapan Wakil Aman Palestin Tn Hj Tahir Hamdan dan persempahan kesenian serta penyerahan cek kutipan dana kemanusiaan oleh Prof Hamdan kepada Th Hj Tahir. Majlis dihadiri oleh pelajar-pelajar dan kakitangan UTM. Teman Dari Kamu Untuk Gaza memberikan kesan yang mendalam kepada para hadirin bagaimana kesengsaraan rakyat Palestin dan simpati serta kebersamaan pelajar dan staf dalam negei dan luar negara yang berbilang kaum. Sdr Jack merupakan Pengerusi Program dan turut dibantu oleh Sdr Rofi dan pengemblengan tenaga padu dari pelajar-pelajar thesis tahun akhir senibina.