Tuesday, February 17, 2009

AMAN PALESTIN DIJEMPUT BERSAMA WARGA POLITEKNIK PASIR GUDANG JOHOR BAHRU



AMAN PALESTIN SEKRETARIAT JOHOR mendapat jemputan untuk menjalankan aktiviti bersama. Berikut adalah detil akan dijalankan bersama Insya ALlah.

1. Pelancaran dan kutipan derma Tabung Aman Palastine Dewan Serbaguna, setiap jabatan, perpustakaan politeknik. 10 Mac – 12 April 2009 *8 Pagi – 5 Petang
(setiap hari)-Memerlukan 8 unit tabung
- banner.

2. Kutbah Jumaat .Masjid Politeknik. 3 April 2009. Waktu zohor-Menjadi khatib kutbah jumaat. Us. Mohd Akib Bin Abdullah.

3. Pameran dan Jualan perkarangan masjid dan kantin PJB – 10 Mac - 12 April *8 Pagi–5 petang - banner.

4. Ceramah dan tayangan Aman Palestin. Dewan Serbaguna PJB .10 Mac 2009 9 Malam – 11 Malam - Penceramah daripada UTM
- banner.

Sunday, February 15, 2009

KARNIVAL SELAMATKAN GAZA DI BENUT BERJALAN LANCAR BHG 4










Ekspressi anak-anak di dalam pertandingan mewarna dan melukis di Karnival telah dapat menilai bagai mana anak-anak yang terdedah dengan isu Gaza mempunyai semangat dan keperihatinan yang tinggi terhadap saudara mereka di Palestin. Pelbagai ekspressi dilahirkan oleh kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna dan melukis. Semoga dengan itu tertanam perasaan simpati dan semangat juang anak-anak kita di dalam menentang kezaliman di mana jua.
Pertandingan mewarna dan melukis disertai oleh anak-anak dari tadika dan sekolah berhampiran dan juga anak-anak yang datang dari Johor Bahru. Berikut adalah beberapa koleksi hasil warna dan lukisan anjuran Aman Palestin.

Saturday, February 14, 2009

Tambahan Rancangan Aktiviti AMAN PALESTIN

AMAN PALESTIN SEKRETARIAT JOHOR mendapat jemputan untuk menjalankan aktiviti bersama pelbagai institusi. Berikut adalah akan dijalankan bersama Insya ALlah.


Tarikh : 6 - 9 Mac 2009

Tempat : Dewan Sri Resak dan Dataran Sri Resak KTDI UTM Skudai


Booth Jualan Aman Palestin akan dibuka pada malam 7 dan 9 Mac sahaja.

Pada kali ini, Booth Aman Palestin telah mendapat bantuan sukarelawan
sebuah persatuan belia bebas berdaftar iaitu Sekretariat
PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional) di UTM Skudai
untuk membantu menguruskan booth Aman Palestin Johor
pada waktu dan masa yang diberikan.



Aman Palestin Johor dijemput bekerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan


Baru-baru ini pihak APJ telah dijemput ke Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) bagi membincang kemukinan kerjasama pintar di antara Aman Palestin dan Perpustakaan tersebut di dalam menyebarluaskan makluamt berkaitan isu Palestin. Pertemuan selama lebih kurang 1 jam di antara pihak APJ dengan Pengarah PPAJ pada dasarnya membuahkan suatu kesepakatan yang positif. Sebagai sebuah badan yang berusaha untuk menyebarluaskan maklumat mengenai Palestin, tawaran PPAJ sememang tepat pada masanya. Projek jangka pendek merupakan cadangan agar pihak APJ mengadakan pameran di perpustakaan serta mengadakan beberapa siri ceramah Palestin di perpustakaan berkenaan. Projek jangka panjang merupakan cadangan mewujudkan Palestinian Corner di PPAJ. APJ diwakili oleh Pegawai Operasinya (Saudara Fauzi) dan Perunding APJ (PM Dr Mohd Zin), manakala pihak PPAJ diwakili oleh Pengarahnya (Ungku Hjh Noorakmal bt. Ungku Sulaiman) dan beberapa pegawai perpustakaan.

Ekspressi Pelajar-pelajar Senibina UTM tentang Gaza









Pada 13 Feb 2009, Persatuan Pelajar Senibina UTM telah mengadakan "Bazzar e-vo" yang bertemakan FREE GAZA di Fakulti Alam Bina. Menurut Mohd Amin Madhadzir(Pengarah Program dan Pengerusi biro kerohanian Kelab Senibina), Bazzar e-vo kali ini bermatlamat untuk mewujudkan rasa simpati dikalangan pelajar mengenai nasib yang menimpa penduduk Gaza. Antara aktiviti ialah jualan produk-produk Aman Palestin, ekspressi Gaza berupa lakaran dan lukisan mural, ekspressi "Anti war avatar" dan jualan makanan. Sumbangan derma juga diterima dari pelajar-pelajar yang hadir dan menyumbang dalam tabung Aman Palestin.

Wednesday, February 11, 2009

AMAN PALESTIN HANTAR BANTUAN KE GAZA













Mesir - 5 orang anggota sukarelawan Aman Palestin selamat tiba di Mesir dalam misi mereka untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin. Setelah membeli barang terutamanya ubat-ubatan, juga sebuah jenerator berkuasa tinggi yang mampu menghidupkan tenaga eletrik sehingga 700kilowat yang akan diberikan untuk hospital Syifa’ di Gaza, selain makanan.Hanya 2 orang sukarelawan sahaja yang berjaya masuk ke Gaza, iaitu Pengerusi Eksekutif Aman Palestin sendiri iaitu Abdullah Zaik Abdul Rahman dan juga CEO hospital Zahrah, Abdul Rahmah Mat Dali. Sehingga berita ini ditulis mereka berdua masih lagi berada di Gaza. Ubat-ubatan serta makanan berjaya disampaikan kepada penduduk Gaza, manakala jenerator akan di bawa masuk kemudiannya oleh Persatuan Doktor Perubatan Mesir yang menjadi wakil Aman Palestin ke Gaza. Nantikan berita selanjutnya…

AMAN PALESTIN HANTAR BANTUAN KE GAZA

Mesir - 5 orang anggota sukarelawan Aman Palestin selamat tiba di Mesir dalam misi mereka untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin. Setelah membeli barang terutamanya ubat-ubatan, juga sebuah jenerator berkuasa tinggi yang mampu menghidupkan tenaga eletrik sehingga 700kilowat yang akan diberikan untuk hospital Syifa’ di Gaza, selain makanan.Hanya 2 orang sukarelawan sahaja yang berjaya masuk ke Gaza, iaitu Pengerusi Eksekutif Aman Palestin sendiri iaitu Abdullah Zaik Abdul Rahman dan juga CEO hospital Zahrah, Abdul Rahmah Mat Dali. Sehingga berita ini ditulis mereka berdua masih lagi berada di Gaza. Ubat-ubatan serta makanan berjaya disampaikan kepada penduduk Gaza, manakala jenerator akan di bawa masuk kemudiannya oleh Persatuan Doktor Perubatan Mesir yang menjadi wakil Aman Palestin ke Gaza. Nantikan berita selanjutnya…

MoU Aman Palestin Sekretariat Johor dengan Kelab MyVi Extreme





Di atas dasar untuk bersynergi di dalam usaha menyebarluaskan maklumat berhubung isu Palestin kepada masyarakat khususnya di negeri Johor, Aman Palestin Sekretariat Negeri Johor Darul Takzim (APJ) bekerjasama kepada sesiapa jua yang bersedia membawa misi APJ. Kesediaan Kelab MyVi wilayah selatan untuk membawa misi mengumpul dana kemanusiaan Gaza Palestin, pihak APJ telah mempelawa Kelab MyVi untuk bekerjasama. Satu majlis ringkas di pelabat APJ telah diadakan dan MoU telah ditandatangani bersama.
Majlis dihadiri oleh lebih kurang 20 ahli kelab MyVi dan didahului dengan ceramah ringkas oleh Perunding/Sukarelawan APJ PM Dr Mohd Zin Kandar. Tujuan sessi ini adalah bagi menjelaskan latar belakang AP dan Isu palestin bagi difahami oleh ahli-ahli kelab MyVi agar apabila mereka bergerak dalam masyarakat membawa makluamt AP, mereka pergi dengan maklumat dan kefahaman yang jelas berkaitan dengan isu yang sedang berlaku di Palestin khususnya di Gaza.
Satu MoU ringkas di tandatangani oleh kedua-dua pihak dan pihak APJ membekalkan beberapa tabung, buletin dan maklumat kepada ahli-ahli Kelab MyVi. Dengan demikian, APJ akan dapat memantau individu dan pertubuhan yang membawa misi APJ dan menghindari dari perkara-perkara yang tidak diingini.

RANCANGAN AKTIVITI AMAN PALESTIN JOHOR

AMAN PALESTIN SEKRETARIAT JOHOR mendapat jemputan untuk menjalankan aktiviti bersama pelbagai institusi. Berikut adalah aktiviti yang sedang dan akan dijalankan Insya ALlah.

1. 2-14/2/2009 - Program Kelab Gabungan Rakan Muda UTM Skudai.

(Pameran, jualan dan majlis kemuncak pada 14 Feb 2009)

2. 13/2/2009 - Pameran & Jualan di Fakulti ALam Bina UTM


3. 14 - 16/2/2009 - Pesta Layang2 Antarabangsa, - Pameran dan Jualan

4. (Tarikh akan ditentukan) : Karnival Selamatkan Gaza Palestin di Kompleks Angsana : Anjuran bersama YB Dato' Osman Hj. Sapian dan Peniaga-peniaga di Angsana.

5. 20/2/2009 - Pameran dan Jualan Masjid Jamek Kota Tinggi, Solat Jumaat
- Ceramah Palestin oleh Yg Bhg. PM Dr. Zin / Us. Akib - Maghrib

6. 21/2/2009 - AP di SMA Mersing - Penceramah Yg Bhg. Imam Ustaz. Akib.

7. 23/2 - 15/3/2009 - AP di Politeknik JB, P.Gudang - Ceramah / Jualan
/ Pameran / Kutipan.


8. (Tarikh akan ditentukan) : Pameran, Jualan dan kutipan derma di Perpustakaan Awam Johor.


9. (Tarikh akan ditentukan) : Ceramah, pameran dan jualan - PIBG Sek Men Keb Pt Betak Benut. Penceramah Y,Bhg PM Dr Mohd Zin Kandar.

Tuesday, February 10, 2009

Mahasiswa/i UTM Skudai Perihatin








Selama hampir setengah bulan mulai awal bulan Feb 2009, gabungan beberapa persatuan dan kelab di UTM menganjurkan dan melancarkan kutipan Tabung Kemanusiaan Gaza Palestin. Kerjasama dari Pihak Aman Palestin Sekretariat Negeri Johor Darul Takzim diberikan dalam bentuk membekalkan bahan-bahan pameran, tabung kutipan, barang-barang jualan kepada warga UTM. Beberapa lokasi ditempatkan bagi menjalankan aktiviti diatas. Pelbagai bahan yang menjelaskan keadaan yang sedang berlaku di Gaza Palestin turut diedarkan bagi memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku di Palestin. Keperihatinan dan rasa simpati jelas ditunjukkan oleh para pelajar yang menjayakan projek ini walaupun mereka sibuk dengan urusan kuliah, tutorial, ujian, kuiz dan sebagainya. Mereka benar-benar membuktikan bahawa pelajar Universiti hari ini masih memiliki nilai-nilai positif dan perihatin serta tidak semata-mata menjadi kutu buku di menara gading. Tahniah dan ikhlaskan amalan saudara/saudari demi membentuk jatidiri sejati. Turut berada di lokasi beberpa orang perunding & sukarelawan Aman Palestin bagi memberikan sokongan moral dan nasihat kepada mahasiswa/i yang bertugas.

KARNIVAL SELAMATKAN GAZA DI BENUT BERJALAN LANCAR BHG 3

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN TAHNIAH

Karnival Selamatkan gaza Palestin yang dijalankan di Kg Permatang Palas Benut benar-benar menarik dan unik kerana beberapa individu utama telah merialisasikan keupayaan mereka di dalam merancang dan menggerakkan masyarakat setempat dengan berkesan. Aman Palestin Sekretariat Johor ingin merakamkan terima kasih khusus kepada Tn Hj Moit Saion, En Mispan Sulaiman, Tn Hj Nordin Suriff dan Cikgu Zulkarnain Lasiman. Pemerhati Aman Palestin sangat terharu di atas kesunguhan dan komitmen serta keupayaan mereka mengemblingkan tenaga dipelbagai lapisan masyarakat kampung dari peringkat kanak-kanak, remaja, pemuda/pemudi, kaum wanita dan golongan warga emas. Tahniah dan semoga keikhlasan tuan-puan diganjari ALlah dengan ganjaran yang berpanjangan.