Wednesday, February 11, 2009

MoU Aman Palestin Sekretariat Johor dengan Kelab MyVi Extreme





Di atas dasar untuk bersynergi di dalam usaha menyebarluaskan maklumat berhubung isu Palestin kepada masyarakat khususnya di negeri Johor, Aman Palestin Sekretariat Negeri Johor Darul Takzim (APJ) bekerjasama kepada sesiapa jua yang bersedia membawa misi APJ. Kesediaan Kelab MyVi wilayah selatan untuk membawa misi mengumpul dana kemanusiaan Gaza Palestin, pihak APJ telah mempelawa Kelab MyVi untuk bekerjasama. Satu majlis ringkas di pelabat APJ telah diadakan dan MoU telah ditandatangani bersama.
Majlis dihadiri oleh lebih kurang 20 ahli kelab MyVi dan didahului dengan ceramah ringkas oleh Perunding/Sukarelawan APJ PM Dr Mohd Zin Kandar. Tujuan sessi ini adalah bagi menjelaskan latar belakang AP dan Isu palestin bagi difahami oleh ahli-ahli kelab MyVi agar apabila mereka bergerak dalam masyarakat membawa makluamt AP, mereka pergi dengan maklumat dan kefahaman yang jelas berkaitan dengan isu yang sedang berlaku di Palestin khususnya di Gaza.
Satu MoU ringkas di tandatangani oleh kedua-dua pihak dan pihak APJ membekalkan beberapa tabung, buletin dan maklumat kepada ahli-ahli Kelab MyVi. Dengan demikian, APJ akan dapat memantau individu dan pertubuhan yang membawa misi APJ dan menghindari dari perkara-perkara yang tidak diingini.

No comments:

Post a Comment