Thursday, February 5, 2009
JKK PENGKALAN RINTING HULUR SUMBANGAN
Penduduk dan JKK Pengkalan Rinting Johor Bahru bersama UMNO Cawangan Pengkalan Merin dan Pengkalan Rinting telah berjaya menganjurkan program solat hajat dan majlis penyerahan sumbangan Tabung Kemanusiaan Aman Palestin pada 1 Februari 2009. Majlis dihadiri oleh YB Dato' Osman Sapian (ADUN Kempas) dan Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar (Aman Palestin Sekretariat Negeri Johor). Majlis dimulai dengan ucapan Pengerusi sambutan, Sdr Abu Bakar Abdullah (Ketua Cawangan UMNO Pengkalan Merin) dengan menjelaskan usaha murni mengadakan tabung kutipan Dana Kemanusiaan Palestin dikalangan penduduk dan peniaga di kawasan ini.
Dr Mohd Zin menyampaikan ceramah ringkas berhubung dengan perkembangan terkini di Gaza dan bagaimana Kezaliman Rejim Zionis Israel yang tidak berperi kemanusiaan semenjak 60 tahun lalu berterusan menzalimi dan mengusir penduduk Islam yang sah dibumi Palestin. Meletupkan rumah-rumah orang palestin bersama penghuninya, merampas tanah dan ladang serta pembunuhan dan pengusiran penduduk palestin dengan pelbagai tindakan kejam adalah ciri-ciri kebinatangan dan tidak bertamadun dan perlu di fahami oleh kita semua. Oleh itu seluruh dunia bangun menunjukkan protes terhadap regim Israel, baik di barat mahupun di timur.
YB Dato' Osman Sapian pula dalam ucapannya menegaskan akan sifat-sifat kesombongan dan keangkuhan Zionis Yahudi yang hanya pentingkan bangsanya sendiri dan tidak mengindahkan kesengsaraan orang lain. "Oleh itu dari dahulu hingga sekarang, rakyat Palestin terus menentang regim Yahudi dan kita sebagai umat Islam dan manusia yang waras mesti menyokongan perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan diri dan tanah mereka dari cengkaman penjajah" ujar YB Dato' Osman.
Setelah penyerahan sijil-sijil kepada para penderma, majlis kemuncak ialah penyerahan sumbangan penduduk oleh YB Dato' Osman Sapian kepada wakil Aman Palestin dengan disaksikan para pemimpin masyarakat dan penduduk sekitarnya. Majlis solat hajat yang diimamkan oleh Imam2 Masjid Ungku Tun Aminah, Ustaz Khairul Nizam Yahya mengakhiri majlis yang istimewa tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment