Thursday, February 5, 2009

KARNIVAL SELAMATKAN GAZA DI BENUT PONTIAN



Orang ramai adalah dijemput hadir ke Karnival Selamatkan Gaza yang Insya Allah akan berlangsung pada hari AHAD 8 Feb 2009 di Dataran Impian Kg Pt Permatang Palas dan di Masjid kampung yang sama dari jam 10.00pagi hingga 11.30 malam.

Karnival ini adalah kerjasama Zon Permatang UMNO Bhg Pontian dengan kerjasama Aman Palestin Sekretariat Negeri Johor. Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti peraduan-peraduan mewarna, melukis, kuiz, bercerita, sukan tradisional "Untukmu Palestin" pada sebelah siang di Dataran Permatang Palas. Tahlil dan solat hajat yang akan disertai oleh YB Datuk Ir Hasni (ADUN Benut)akan diadakan selepas solat Maghrib di Masjid kemudian diikuti dengan ceramah "Tangisan Gaza" yang akan disampaikan oleh Imam Hj Mohd Akib (Pengerusi Aman Palestin Johor) dan Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar (UTM).
Pelbagai jualan produk-produk kampung akan diadakan sepanjang Karnival bagi didermakan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin. Pameran dan jualan produk-produk Aman Palestin juga akan di adakan. Datanglah beramai-ramai, berkongsi simpati dengan penduduk GAZA di Palestin sambil menderma.

Maklumat Lanjut, penyertaan dan sumbangan sila berhubung dengan JKK Kg Permatang Palas (Tn Hj Moit), Ketua Kampung (Tn Hj Mispan), Pengerusi Zon Permatang (En Buang), Hj Nordin (S/U JKKK)019-7473064, En Zulkarnain (JK Acara) 012-7228100, En Fauzi (Aman Palestin Johor).
Datang beramai-ramai ... ajak seluruh orang kampung....!

No comments:

Post a Comment