Thursday, February 5, 2009

DAPATKAN PRODUK-PRODUK KEMPEN AMAN PALESTIN SEKRETARIAT JOHOR


Aman Palestin Sekretariat Negeri Johor menawarkan kerjasama kepada semua pihak sama ada dikalangan individu, organisasi awam, swasta dan apa jua pertubuhan sejajar dengan misi Aman Palestin untuk melipatgandakan usaha pengumpulan dana kemanusiaan bagi disalorkan kepada rakyat Palestin yang sedang memerlukan dari semua segi sama ada untuk membangunkan semula Gaza, keperluan makanan, pakaian, pendidikan anak-anak mahupun kesihatan.

Berikut adalah kerjasama dan program yang boleh dijalankan bersama Aman Palestin:-

a. Aman Palestin dijemput ke organisasi tuan/puan untuk majlis penyerahan kutipan tabung Kemanusiaan Aman Palestin.
b. Aman Palestin dijemput ke organisasi tuan/puan bagi menyampaikan ceramah.
c. Aman Palestin dijemput mengadakan pamiran dan jualan di organisasi tuan/puan atau dimajlis anjuran tuan/puan.
d. Aman palestin bersama mana-mana organisasi/kampung/institusi menganjurkan aktiviti seumpama karnival, expo dan sebagainya.
e. Aman Palestin membekalkan produk-produk dan bahan-bahan pameran untuk diuruskan oleh wakil organisasi tuan/puan.

Sehingga kini Aman Palestin Sekretariat Johor mempunyai pelbagai bahan pameran, produk-produk untuk jualan berkaitan Palestin seperti sticker kereta/motor, kemeja T, topi, towel, bag, lencana, key-chain, buku dll. Kesemua produk tersebut dijual dengan tujuan menjana Dana Kemanusiaan Palestin.
Jika anda berminat untuk turut mengemblengkan tenaga ke arah pengumpulan dana Kemanusiaan Palestin, sila berhubung dengan Pegawai Operasi Aman Palestin Sekretariat Negeri Johor, Saudara Fauzi bin Abdul Hamid Tel (P): 07-5563085 atau (HP) 019-6724430.

No comments:

Post a Comment