Saturday, February 14, 2009

Aman Palestin Johor dijemput bekerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan


Baru-baru ini pihak APJ telah dijemput ke Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) bagi membincang kemukinan kerjasama pintar di antara Aman Palestin dan Perpustakaan tersebut di dalam menyebarluaskan makluamt berkaitan isu Palestin. Pertemuan selama lebih kurang 1 jam di antara pihak APJ dengan Pengarah PPAJ pada dasarnya membuahkan suatu kesepakatan yang positif. Sebagai sebuah badan yang berusaha untuk menyebarluaskan maklumat mengenai Palestin, tawaran PPAJ sememang tepat pada masanya. Projek jangka pendek merupakan cadangan agar pihak APJ mengadakan pameran di perpustakaan serta mengadakan beberapa siri ceramah Palestin di perpustakaan berkenaan. Projek jangka panjang merupakan cadangan mewujudkan Palestinian Corner di PPAJ. APJ diwakili oleh Pegawai Operasinya (Saudara Fauzi) dan Perunding APJ (PM Dr Mohd Zin), manakala pihak PPAJ diwakili oleh Pengarahnya (Ungku Hjh Noorakmal bt. Ungku Sulaiman) dan beberapa pegawai perpustakaan.

No comments:

Post a Comment