Wednesday, February 11, 2009

AMAN PALESTIN HANTAR BANTUAN KE GAZA













Mesir - 5 orang anggota sukarelawan Aman Palestin selamat tiba di Mesir dalam misi mereka untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin. Setelah membeli barang terutamanya ubat-ubatan, juga sebuah jenerator berkuasa tinggi yang mampu menghidupkan tenaga eletrik sehingga 700kilowat yang akan diberikan untuk hospital Syifa’ di Gaza, selain makanan.Hanya 2 orang sukarelawan sahaja yang berjaya masuk ke Gaza, iaitu Pengerusi Eksekutif Aman Palestin sendiri iaitu Abdullah Zaik Abdul Rahman dan juga CEO hospital Zahrah, Abdul Rahmah Mat Dali. Sehingga berita ini ditulis mereka berdua masih lagi berada di Gaza. Ubat-ubatan serta makanan berjaya disampaikan kepada penduduk Gaza, manakala jenerator akan di bawa masuk kemudiannya oleh Persatuan Doktor Perubatan Mesir yang menjadi wakil Aman Palestin ke Gaza. Nantikan berita selanjutnya…

No comments:

Post a Comment