Tuesday, February 10, 2009

Mahasiswa/i UTM Skudai Perihatin








Selama hampir setengah bulan mulai awal bulan Feb 2009, gabungan beberapa persatuan dan kelab di UTM menganjurkan dan melancarkan kutipan Tabung Kemanusiaan Gaza Palestin. Kerjasama dari Pihak Aman Palestin Sekretariat Negeri Johor Darul Takzim diberikan dalam bentuk membekalkan bahan-bahan pameran, tabung kutipan, barang-barang jualan kepada warga UTM. Beberapa lokasi ditempatkan bagi menjalankan aktiviti diatas. Pelbagai bahan yang menjelaskan keadaan yang sedang berlaku di Gaza Palestin turut diedarkan bagi memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku di Palestin. Keperihatinan dan rasa simpati jelas ditunjukkan oleh para pelajar yang menjayakan projek ini walaupun mereka sibuk dengan urusan kuliah, tutorial, ujian, kuiz dan sebagainya. Mereka benar-benar membuktikan bahawa pelajar Universiti hari ini masih memiliki nilai-nilai positif dan perihatin serta tidak semata-mata menjadi kutu buku di menara gading. Tahniah dan ikhlaskan amalan saudara/saudari demi membentuk jatidiri sejati. Turut berada di lokasi beberpa orang perunding & sukarelawan Aman Palestin bagi memberikan sokongan moral dan nasihat kepada mahasiswa/i yang bertugas.

No comments:

Post a Comment