Monday, February 9, 2009

KARNIVAL SELAMATKAN GAZA DI BENUT BERJALAN LANCAR























Alhamdulillah, Karnival anjuran bersama UMNO Zon Permatang, Penduduk Kg Permatang Palas dengan kerjasama AMAN PALESTIN Sekretariat Johor telah berjalan dengan lancar pada 8 Jan 2009 di dataran Impian Kg Ptg Palas. Pelbagai aktiviti yang merangkumi sukan tradisional, acara pentas, acara kanak-kanak, acara remaja, konvoi Kelab Myvi, Kelab Motosikal berkuasa tinggi, Pameran, jualan, Solat hajat, tahlil dan Ceramah Tangisan Gaza telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dari pagi hingga tengah malam.

Antara tetamu yang turut hadir ialah YB Ahmad Maslan (Ahli Parlimen Pontian), YB Dato' Ir Hasni Hj Mohamad (ADUN Benut) dan Pengerusi Aman Palestin (AP) Sekretariat Johor iaitu Imam Ust. Akib Abdullah.

Selain pameran Aman Palestin dan jualan produk-produk AP mendapat sambutan yang menggalakkan. Kutipan dana tabung kemanusiaan Palestin telah dijalankan dikalangan penduduk oleh kampung-kampung yang berada di Zon Permatang mukim Benut. Sumbangan derma juga diterima dari orang ramai yang hadir serta melalui aktiviti khas Konvoi Kelab Myvi mengilingi Zon Permatang dan beberapa lokasi pilihan dengan diiringi petugas-petugas Aman Palestin Johor. Sokongan, komitmen, kerjasama dan kesungguhan penduduk-penduduk disemua peringkat umur yang dipimpin oleh Tn Hj Moit Saion (Ketua UMNO Kg Ptg Palas) dan En Mispan Sulaiman (Ketua Kampung Ptg Palas) benar-benar terserlah di dalam menjayakan aktiviti yang julung kali diadakan khusus sebagai menunjukkan rasa simpati terhadap penderitaan yang dilalui oleh saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza.

Pihak Aman Palestin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang menyumbang tenaga, masa, fikiran dan kewangan sehingga dapat menjayakan Karnival Selamatkan Gaza tersebut.Slide 1

No comments:

Post a Comment