Saturday, February 14, 2009

Ekspressi Pelajar-pelajar Senibina UTM tentang Gaza









Pada 13 Feb 2009, Persatuan Pelajar Senibina UTM telah mengadakan "Bazzar e-vo" yang bertemakan FREE GAZA di Fakulti Alam Bina. Menurut Mohd Amin Madhadzir(Pengarah Program dan Pengerusi biro kerohanian Kelab Senibina), Bazzar e-vo kali ini bermatlamat untuk mewujudkan rasa simpati dikalangan pelajar mengenai nasib yang menimpa penduduk Gaza. Antara aktiviti ialah jualan produk-produk Aman Palestin, ekspressi Gaza berupa lakaran dan lukisan mural, ekspressi "Anti war avatar" dan jualan makanan. Sumbangan derma juga diterima dari pelajar-pelajar yang hadir dan menyumbang dalam tabung Aman Palestin.

No comments:

Post a Comment